AirAsia Lancar Penerbangan Langkawi ke Shenzhen
Sebelum ini Air Asia sudah mempunyai dua penerbangan antarabangsa iaitu Singapura dan Guangzhou, China. Hari ini Air Asia telah melancarkan destinasi penerbangan antarabangsa ketiganya iaitu Shenzen, China.
Penerbangan dari pulau bebas cukai itu ke Shenzhen dijangka bermula pada 16 Julai ini dengan kekerapan sebanyak tiga kali sehari.
Pelancaran itu disempurnakan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai di ruang pameran AirAsia di Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA ’17) di sini.
Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Air Bhd., Aireen Omar.
Aireen berkata, AirAsia berasa gembira kerana dapat mengukuhkan lagi laluan penerbangan AirAsia ke Langkawi.
“Terdapat banyak potensi pelancongan di Langkawi dan kita yakin ia dapat dikembangkan lagi dengan pembukaan laluan ke Shenzhen.
“Kita juga bersedia bekerjasama dengan semua pihak, terutamanya para pemain industri pelancongan untuk mengoptimumkan destinasi baharu ini,” katanya.