Anda mempunyai masalah mudah lupa? Kami Akan Kongsikan Tips untuk Mudah Mengingat


Kita selalu tidak mengendahkan Tips untuk Mudah Mengingat kerana kita anggap benda hal ini remeh sahaja. Namun kita tidak sedar betapa pentingnya mengingat sesuatu dalam kehidupan seharian kita. Tidak kira kita sebagai pelajar ataupun yang sudah bekerja. Kami akan cuba kongsikan beberapa tips untuk mudah mengingat dengan anda semua. Semoga tips yang dikongsikan berguna bagi anda dan menjadikan kehidupa sehaian anda lebih ceria.

 

Tips untuk Mudah Mengingat

 

Tips untuk Mudah Mengingat

1. Petua yang pertama ialah – Tumpukan sepenuh perhatian

  • Hal ini kerana perhatian yang penuh terhadap sesuatu itu dapat memudahkan lagi kita untuk mengingat sesuatu. Begini, dalam kehidupan seharian kita, terlalu banyak benda dan perkara yang berlaku disekeliling kita. Contohnya anda sedang berada didalam kelas. Berbagai-bagai bunyi yang ada, bunyi kipas, bunyi tapak kaki orang berjalan diluar kelas, bunyi orang bersembang dan guru mengajar. Sekiranya anda fokus kepaad guru yang sedang mengajar, maka anda akan ingat apa yang diajarkan. Jika sebalik, anda akan ingat apa yang anda fokuskan. Hal ini kerana otak kita hanya boleh tumpukan pada satu perkara sahaja pada satu-satu masa.
  • Abaikan perkara lain yang berlaku disekeliling anda. Beri tumpuan sepenuhnya kepada apa yang guru anda sedang katakan dan cuba fahami maksudnya. Sebaiknya kita cuba menggambarkan apa yang sedang diajarkan oleh guru supaya kita lebih mudah untuk faham.
  • Jika anda ada apa-apa yang tidak faham, tanya guru anda bukan kawan di sebelah anda. Jika anda tanya kawan disebelah, guru akan sangka anda sedang berbual dan tidak menumpukan perhatian. Tambahan lagi, kawan anda mungkin tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan anda.

 

2. Petua yang kedua ialah – Tukarkan maklumat yang ingin anda ingat kepada gambar

  • Sebagai contoh, jika seseorang memberi tunjuk arah kepada anda untuk pergi ke sesuatu tempat, anda akan lebih mudah ingat jika anda menukarkan maklumat itu kepada gambar. Oleh kerana itulah kita sentiasa diajar oleh guru kita untuk selalu buat “mind map” kerana ia sememangnya terbukti dapat membantu untuk kita lebih mudah untuk kita megingat.
  • kelajuan manusia bercakap adalah antara 150 – 200 patah perkataan seminit
  • kelajuan manusia berfikir adalah antara 300 – 500 patah perkataan seminit.
  • Ini bermaksud, semasa guru atau pensyarah anda bercakap, minda anda ada banyak masa untuk leka dan hanyut memikirkan perkara lain.
  • Dengan menukarkan apa yang guru/pensyarah anda katakan kepada gambar, anda akan lebih fokus dan tumpuan anda tidak akan terpesong ke tempat lain. Sudah pasti ia dapat membantu anda untuk lebih mudah ingat.

 

3. Petua ketiga – Ulang dan latih semula apa yang anda ingin ingat

  • Kajian mengatakan bahawa selepas 48 jam, anda akan lupa lebih daripada 90% apa yang telah anda pelajari. Perkara ini boleh dielakkan jika anda mengulang semula apa yang telah anda pelajari atau apa yang ingin anda ingat.
  • Tentu anda pernah dengar pepatah Inggeris yang mengatakan “Repetition is the mother of all skills” (Pengulangan adalah ibu kepada segala kemahiran). Baca semula buku dan nota itu sepintas lalu sebelum tidur. Cuba ingat semula apa yang diajarkan oleh guru semasa didalam kelas.

 

4. Petua keempat – Menjaga masa tidur anda

  • Untuk pengetahuan anda, minda anda lebih mudah ingat sesuatu jika ia berada dalam keadaan cergas dan segar. Sebab itulah anda selalu dengar petua untuk menghafal sesuatu di waktu pagi. Namun sebaliknya jika anda tidak rehat secukupnya, ia tidak akan mendatangkan sebarang hasil. Di waktu pagi selalunya minda anda lebih segar kerana baru sahaja berehat sepanjang malam.
  • Menurut satu kajian yang saya baca, masa paling bagus untuk tidur supaya mendapat kesan rehat yang baik ialah sebelum pukul 12 tengah malam. Jika anda tidur dalam pukul 10 atau 11 malam, tubuh anda akan rasa lebih segar di waktu pagi kerana waktu itu sangat sesuai untuk tubuh manusia berehat dan tidur.
  • Ini akan memberi tubuh badan dan minda anda masa yang cukup untuk berehat sepenuhnya. Ingat, tubuh dan minda yang segar akan membuat anda jadi lebih aktif dan mampu mengingati apa yang anda pelajari dengan lebih mudah.

 

5. Petua kelima – Mempraktikkan apa yang anda pelajari dengan serta merta

  • Contohnya, jika anda baru sahaja belajar satu topik baru dalam subjek matematik, anda perlu segera cuba menyelesaikan masalah atau latihan matematik dalam subjek tersebut.
  • Kebanyakan pelajar suka menunggu masa yang sesuai untuk mencuba perkara yang baru dipelajari. Jika satu topik baru diajar pada hari Isnin dan kerja rumah diberikan, pelajar akan berlengah-lengah dalam melaksanakan kerja tersebut.
  • Seperti yang pernah saya terangkan sebelum ini, jika pelajar bertangguh hingga melepasi tempoh 48 jam, mereka akan lupa lebih daripada 90% apa yang mereka pelajari itu.
  • Setelah anda pelajari topik baru, anda perlu segera mencuba dan buat latihan berkenaan. Ini adalah kerana, dalam masa yang singkat sahaja anda akan lupa apa yang guru anda telah ajarkan. Apabila anda lupa, anda tidak akan faham nota yang telah anda tulis sendiri.

 

6. Petua keenam – Tulis 

  • Saya selalu perhatikan gelagat pelajar semasa berada di dalam kelas, ceramah atau kursus. Mereka selalu leka mendengar atau mengelamun tanpa berbuat apa-apa mengenai apa yang mereka dengar.
  • Dengan mencatat atau menulis apa yang baru kita pelajari, kita boleh merujuk kepadanya pada bila-bila masa sahaja. Kedua, apabila anda menulis apa yang anda pelajari, fikiran anda akan fokus kepada apa yang anda tuliskan itu. Jadi, anda tidak akan leka. Minda yang fokus kepada sesuatu yang dipelajari akan lebih mudah mengingatinya.
  • Tulis mengikut pemahaman kita. Tidak perlulah kita mencatat apa sahaja yang diajarkan oleh guru. Kemudian buat penerangan kecil dalam ayat anda sendiri tentang maksud nota yang anda salin itu.
  • Jadi kreatif. Anda boleh reka nota dan tulisan anda sendiri. Nota patut jadi sesuatu yang menyeronokkan untuk dibaca. Gunakan warna warna yang berbeza. Gunakan lukisan atau buat peta minda tentang nota yang diberikan. Kadangkala penerangan guru anda boleh ditulis dalam bentuk lukisan, bukan tulisan.

 

Kebolehan anda adalah tidak terbatas tetapi ia bergantung kepada diri anda sendiri dalam menggunakan didalam hidup anda. Semoga tips yang dikongsikan dapat sikit sebanyak membantu anda supaya lebih mudah untuk mengingat. Hapuskan ketidakpercayaan kepada diri anda sendiri kerana anda adalah lebih baik dari apa yang anda fikirkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat