Makanan, Petrol Menjadi Kos Utama Mahasiswa Mengetahui Cara Mengatasinya

Sumber Rujukan : Faizatul Farhana (BH) 23 Mac 2017

Makanan dan petrol menjadi isu utama bagi mahasiswa dalam perbelanjaan pada masa kini. Peningkatan harga minyak memberikan kesan kepada mahasiswa kerana kenaikan tersebut bersifat berantai yang menyebabkan kenaikan kos harian mahasiswa terutama bagi yang memandu kerana terpaksa tinggal di luar kampus. Mengikut sumber Berita Harian yang telah menemubual dua mahasiswa daripada dua universiti berbeza telah menceritakan kisah hidup mereka dalam menangani kos terbabit.

Setiap bulan anggaran perbelanjaan saya lebih RM700 dan boleh dikatakan 60 peratus daripada jumlah itu digunakan untuk keperluan diri, terutama makanan,” kata seorang mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohamad Noor Farez Romli, 23.
Keadaan itu ditambah lagi terpaksa memandu kenderaan ulang-alik ke universiti kerana tinggal di luar kampus, katanya, beliau terpaksa memperuntukkan paling kurang Rm300 sebulan daripada perbelanjaan itu untuk kos petrol.

Mohamad Noor Farez berkata, bagi menampung kos kehidupan di universiti, beliau terpaksa menjalankan perniagaan secara online yang menawarkan perkhidmatan percetakan beg cenderahati.
“Pinjaman pengajian yang diperoleh hanya mencukupi untuk beberapa bulan disebabkan kebanyakkan harga barang semakin meningkat.


“Saya pernah melihat seorang rakan terpaksa menjual nuget di asrama yang dimasak menggunakan periuk nasi setiap malam untuk mencari duit poket tambahan,” katanya.
Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan itu, berkata langkah membantu mengurangkan bebanan kewangan pelajar di universiti perlu, bertujuan memastikan mereka mampu belajar dalam keadaan lebih selesa.

Berjimat Cermat

Bagi mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Nur Khalisa Zulkarnain, 23, beliau terpaksa berjimat cermat bagi memastikan wang perbelanjaannya mencukupi sehingga hujung bulan.
Tanpa pinjaman pendidikan, katanya, beliau terpaksa bergantung penuh kepada wang saku diberikan ibubapa bagi menampung segala keperluan sebagai mahasiswa, termasuk pembelian buku, bahan tugasan kuliah,makanan dan petrol.

Foto Hiasan – Sinar Harian

Nur Khalisa berkata, secara purata dalam seminggu, beliau membelanjakan kira-kira RM70 untuk makanan, manakala RM200 untuk mengisi minyak kereta.
“Adakala saya hanya makan sehari sekali, iaitu pada waktu tengah hari untuk menjimatkan wang dan malam saya hanya makan ala kadar bagi menghilangkan rasa lapar.
“Saya pernah melihat kesusahan lebih teruk dialami rakan akibat terpaksa menampung kos hidup, sehingga ada yang tidak mampu pulang ke kampung pada cuti semester,” kata mahasiswa Universiti teknologi MARA (UiTM) Alor Gajah itu.
Ditanya pandangannya mengenai usaha wajar bagi mengurangkan kos sara hidup pelajar di universiti, Nur Khalisa berkata, penjimatan perlu diberikan daripada segi makanan kerana itu adalah keperluan utama golongan terbabit.
“Jika permbelian buku mungkin sesekali perlu tetapi makanan adalah keperluan harian yang wajar diberikan penjimatan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat