Dua Mahasiswa Merangkul Anugerah Mentor Keusahawanan Terbaik Dengan Memajukan Projek Ketam


Dua mahasiswa Ijazah Sarjana  Muda Sains Agroteknologi(Akuakultur) mengharumkan nama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) apabila memenangi tempat kedua Kategori Keusahawanan Sosial Terbaik, Anugerah Keusahahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi (MEA) 2016.
Mohd Hariz Azman dan Mohd Fadirul Md Sah meraih kejayaan itu melalui Projek Pembenihan Ketam Nipah, sekaligus menerima hadiah geran pembangunan keusahawanan bernila RM15,000, sijil serta trofi.
Projek akhir pengajian mereka itu dikembangkan menjadi cabang mereka cabang perniagaan bertujuan menerapkan kemahiran keuasahawanan dalam kalangan mahasiswa di samping membantu menjana pendapatan petani akuakultur di kawasan sekitar. Muhamad Hariz berkata, pelaksana projek itu mendapat bimbingan mentor dari Vietnam, Tran Nguyen Duy Khoa yang berkepakaran dalam bidang pembenihan ketam nipah di negaranya.
“Kami cuma ada bulan untuk mempelajari teknik pembenihan ketam nipah sebelum Khoa kembali ke Vietnam. Dalam tempoh singkat itu, sebanyak 5,000 beenih ketam nipah berjaya dihasilkan melalui satu tangki ternakan yang ditempatkan di Akuatrop UMT.”
“Berikutan minat keusahawanan  yang mendalam kami bertekad mengaplikasikan ilmu diperoleh dan membuat keputusan untuk meneruskan projek ini bagi menjana pendapatan serta memabntu komuniti setempat dengan membekalkan benih ketam nipah pada mereka dengan harga yang berpatutan,” katanya.
Pelaksanaan itu bermula dengan mendapatkan bekalan  induk ketam nipah dari Setiu Wetland yang menyaksikan pada peringkat awal, mereka hanya mampu menghasilkan 50 ekor crablet(benih matang) melalui satu tangki ternakan.
Mereka terus mengikhtiarkan pelbagai langkah bagi memastikan usaha pembenihan ketam itu berjaya dengan inovasi tersendiri dan setiap tangki ternakan kini mampu menghasilkan 2,000 ekor crablet yang dijual pada harga RM0.40 seekor.
Hasil itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pembeli, terutama dari Terengganu, Perak dan Pahang, malah ada permintaan dari Sabah serta Singapura tetapi terpaksa ditolak kerana masih banyak inovasi perlu diperlukan bagi memenuhinya.
Sementara itu, kesungguhan usaha Pengurus Koperasi Siswa (KOSISWA) UMT, Nik Nurfarah Fareena Auddin menjana usahawan bakeri dalam kalangan mahasiswa turut mendapat pengiktirafan pada majlis sama.
Beliau merangkul Anugerah Mentor Keusahawanan terbaik dan menerima geran pembangunan keusahawanan bernila RM5, 000, trofi, plak serta sijil.
Nik Nurfarah Fareena menjalankan perniagaan bakeri ketika mengikuti pengajian di UMT dan meneruskan minatnya selepas bergraduat dengan melatih pelajar universiti itu yang berminat sehingga berjaya melahirkan 30 usahawan setahun dalam bidang berkenaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat