Rahsia dan Kelebihan Di Dalam AIS Tanpa Anda Sedari
Ramai diantara kita yang mengatakan tidak elok minum ais, lebih elok minum air panas. Satu fakta berkaitan tentang kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia telah dikemukan.
RAHSIA DAN KELEBIHAN AIS
“Kandungan zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Kita seharusnya tidak boleh mengatakan bahawa minum ais itu tidak memberi kebaikan langsung kepada kita. Pastinya ada kebaikan di dalam keburukan.
Penyebaran penyakit berjangkit lebih aktif apabila dalam keadaan yang panas kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di daerah Kutub Selatan dan daerah Kutub utara adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk merupakan salah satu rahsia keseimbangan tekanan alam semulajadi yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
MENGURANGKAN GEJALA INSOMNIA
Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar untuk tidur. Air sejuk ini dapat mengembalikan tidur seperti biasa. Orang yang tidur di dalam keadaan yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan. Keadaan ini membantu dalam memastikan kesihatan terjaga dalam jangka masa yang pendek mahupun dalam tempoh jangka masa yang panjang.
MENGUATKAN GIGI KANAK-KANAK
Membenarkan anak mengunyah ais dapat membantu menguatkan giginya. Pengambilan aiskrim secara teratur dapat mengurangkan gejala batuk yang dihidapi oleh anak-anak. Pengambilan ubat-ubatan memerkukan tempoh masa yang agak lama untuk melegakan batuk. Dengan pengambilan air sejuk juga, ia dapat menguatkan lagi tulang bayi. Peningkatan dalam sistem imun juga akan terangsang bagi mencegah pelbagai penyakit alahan dan jangkitan kuman.
MENGEMBALIKAN MEMORI
Pengambilan ais atau air sejuk dikatakan dapat mengembalikan memori seseorang individu yang mempunyai masalah pelupa yang keterlaluan. Ransangan yang dihasilkan melalui pengambilan ais boleh mengembalikan semangat individu tersebut yang pengsan, gila dan sedar dari koma.
MENINGKATKAN KECERDASAN FIKIRAN
Kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan dapat ditingkat dengan membiasakan diri dengan mengunyah ais. Ais juga seringkali digunakan oleh ahli sukan untuk merawat kecederaan yang dialami semasa latihan atau pertandingan seperti terseliuh, bengkak dan cedera ringan. Ais atau air sejuk juga digunakan sebagai bahan perencat kepada demam panas yang dialami oleh kanak-kanak atau bayi yang berpotensi untuk menghidap penyakit sawan.
MENGUATKAN TULANG
Air sejuk juga dijadikan sebagai terapi untuk menguatkan tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk yang dicampurkan dengan cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Manakala air suam yang dicampurkan dengan cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang mengandungi urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan seterusnya akan melemahkan struktur tulang.
Namun harus diingat pengambilan ais atau air sejuk juga harus dikawal bagi mengelakkan bahaya lain mengundang kepada diri kita. Setiap apa yang kita ketahui dan kita amalkan adalah merbahaya kepada kesihatan namun pengambilan secara terkawal itu sangat penting. Jangan kita menyatakan bahawa pengambilan ais itu merbahaya kepada kita.