Apakah Jenis Psyhotic Disorder? Apakah Pula Gejala Yang Dihadapi Oleh Penghidap Psychotic Disorder


Psychotic Disorder merupakan salah satu dari kumpulan penyakit yang serius yang memberikan kesan kepada minda seseorang individu yang menghidap penyakit ini. Ia akan membuatkan seseorang itu sukar untuk berfikir secara jelas, membuat keputusan yang betul, bertindak balas dengan perasaan, komunikasi yang berkesan, memahami keadaan sebenar dan berkelakuan sewajarnya.

Apabila gejala ini bertambah teruk, mereka yang menghidap Psychotic Disorders akan mengalami masalah dalam menghadapi realiti kehidupan dan tidak dapat menguruskan rutin harian mereka dengan baik. Walapun penyakit ini berada pada tahap yang teruk, kemungkinan besar dapat dirawat masih ada.

Jenis-Jenis Psychotic Orders

Terdapat pelbagai jenis Psychotic Orders yang mana salah satunya adalah Schizophrenia. Mereka yang mengalami gejala ini akan mengalami perubahan pada sikap mereka. Gejala lain yang turut dikaitkan dengan penyakit ini ialah mereka seolah-olah dalam khayalan dan halusinasi yang mana berlarutan melebihi 6 bulan. Gejala ini akan mempengaruhi mereka sama ada di tempat kerja, di sekolah mahupun dalam sesuatu perhubungan mereka.

1. Schizoaffective Disorders

Mereka yang menghidap penyakit ini akan mengalami gejala schizophrenia dan mood disorders seperti tekanan yang tinggi atau bipolar disorders.

2. Schizophreniform Disorders

Gejala yang akan dialami sama seperti schizophrenia tetapi gejalan ini akan berlarutan dalam tempoh 1 hingga 6 bulan sahaja.

3. Shared Psychotic Disorders

Penyakit ini berlaku apabila seseorang individu itu dalam satu perhubungan mempunyai khayalan dan pasangannya mengamalkannya juga.

4. Paraphenia

Keadaan ini mempunyai gejala yang sama dengan schizophrenia. Penyakit ini akan menyerang pada lewat usia seseorang itu apabila mereka sudah dewasa.

Gejala Psychotic Disorders

Halusinasi

Halusina bermaksud melihat, mendengar dan merasakan sesuatu yang tidak wujud disamping mereka. Mereka seolah-olah melihat sesuatu yang mana sebenarnya tidak berada bersama mereka. Mereka juga mendengar suara-suara atau bunyi-bunyian yang sebenarnya tidak wujud dan paling kritikal mereka akan merasa terdapat sentuhan pada kulit mereka walaupun sebenarnya tidak ada perkara yang berlaku.

Khayalan

Khayalan adalah kepercayaan atau keyakinan terhadap sesuatu walaupun telah dibuktikan bahawa sesuatu itu salah. Sebagai contohnya seseorang itu tetap yakin dan percaya bahawa makanan mereka mengandungi racun walaupun sudah dibuktikan oleh orang lain bahawa makanan itu selamat.

Kaedah Merawat Psychotic Disorders

Terdapat 2 kaedah yang digunakan dalam merawat penyakit ini iaitu dengan rawatan secara psikoterapi dalam bentuk bimbing dan juga pengambilan ubat-ubatan.

Ubat-ubatan yang sangat disarankan oleh pakar untuk diberikan kepada pesakit ini dikenali sebagai “antipsychotic“. Walaupun ubat ini tidak mampu menyembuhkan pesakit tetapi ia berfungsi untuk mengawal kebanyakan gejala yang dialami oleh pesakit seperti halusinasi, khayalan dan juga memikirkan masalah secara keterlaluan.

Terdapat beberapa jenis kaedah psikoterapi yang digunakan dalam merawat pesakit ini seperti bimbingan secara individu, berkumpulan dan juga bersama keluarga (terapi keluarga). Kebanyakan pesakit ini dirawat sebagai pesakit luar sahaja yang mana mereka tidak perlu di masukkan ke wad.

Namun ada juga yang terpaksa di masukkan ke wad bagi mereka menampakkan gejala-gejala yang teruk yang mampu mengancam nyawa mereka dan orang lain selain mereka tidak mampu menguruskan diri mereka sendiri.

Kebarangkalian mencegah atau menyembuh seseorang itu dari Psychotic Disorders adalah agak rendah. Tetapi rawatan awal dari pakar dapat membantu dalam mengurangkan gejala penyakit ini menjadi semakin teruk. Dapatkan rawatan segera bagi menjamin keselamatan seseorang itu, keluarga dan perhubungan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat