Apa Dah Jadi Dengan FGV


Dalam beberapa hari ini kecoh di media sosial dan keratan akhbar berkaitan dengan FGV yang mempunyai masalah dalam mungkin disebabkan salahguna kuasa.

Menurut sumber semalam Anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tadi tiba di Menara Felda hari ini dipercayai untuk mengambil dokumen berkaitan siasatan terhadap Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

[ARTIKEL YANG BERKAITAN: SPRM Rampas Dokumen Di Pejabat Felda]

Selain itu, ramai yang mendesak supaya Tan Sri Isa Samad melepaskan jawatan beliau di dalam pengurusan badan (FGV). Menurut laporan Jawatankuasa Bertindak Suara Generasi Ke 2 Felda (SGK2F) sebulat suara mendesak supaya Pengerusi Felda Global Ventures (FGV) melepaskan jawatan.

Tetapi Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), Tan Sri Isa Abdul Samad menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan walaupun terdapat gesaan agar beliau berbuat demikian.

Menurut Isa, tiada keperluan untuk beliau meletakkan jawatan.

“Pasal apa saya nak letak jawatan? Bukan saya yang salah,” katanya dalam sidang media selepas program majlis sumbangan FGV kepada golongan asnaf, di Menara Felda,

Menurut Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata , sebaiknya satu jawatankuasa audit pengurusan perlu ditubuhkan bagi mengenal pasti punca masalah dalam pentadbiran Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

“Audit pengurusan bukan sekadar menyemak audit kewangan, tetapi mampu mengenal pasti segala punca masalah dalam pentadbiran FGV. Ini bagi melancarkan Siasatan ke atas CEO FGV.

Sumber :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat