5 Tahap Yang Wajib Di Tempuhi Oleh Sesebuah Pertubuhan NGO Untuk Mencapai Kejayaan


NGO atau nama penuhnya Non-Govermental Organization merupakan satu pertubuhan NGO yang ditubuhkan oleh pihak swasta yang tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana badan kerajaan. Namun terdapat juga sesetengah NGO yang dibiayai oleh sesetengah pihak kerajaan.

Pada post kali ini, kami ingin kongsikan dengan anda tentang taha-tahap yang harus ditempuhi untuk menubuhkan badan NGO yang dikongsikan di Facebook. Perkongsian ini merupakan pandangan peribadi beliau dalam dunia NGO ini sendiri memandangkan beliau juga merupakan CEO bagi satu pertubuhan NGO di Malaysia.

Penulisan beliau merupakan hasil dari case study yang beliau sendiri hadapi, proses demi proses yang di lalui untuk membawa nama pertubuhan beliau hingga ke tahap sebegini pada hari ini dan juga melalui pemerhatian yang dibuat terhadap pergerakan pertubuhan NGO lain di Malaysia.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaatnya buat pengasas dan pemimpin NGO-NGO di Malaysia dan seterusnya menjayakan visi dan misi utama penubuhan NGO anda semua. Amin.

6 Proses Tahap Perjalanan Sesebuah NGO di Malaysia

TAHAP 1: BARU NAK MASUK DUNIA NGO

Fasa ini boleh dikatakan, fasa yang paling banyak pertubuhan NGO di Malaysia berada sekarang. Fasa ini juga memperlihatkan kebanyakan NGO akan terbahagi kepada 2 situasi lagi iaitu:

  • Situasi Pertama: Yang baru menubuhkan NGO.
  • Situasi Kedua: Yang baru menubuhkan NGO dan boleh terus pergi dengan laju.

Untuk pecahan situasi pertama, kebanyakan NGO tersangkut dari part “Dana Sumbangan”. Kebanyakan mereka tidak jumpa jalan bagaimana caranya untuk mendapatkan sumbangan. Akhirnya membawa ke arah NGO tersebut hilang dan tertutup begitu sahaja.

Bagi situasi kedua, NGO yang berada di fasa ini pada peringkat awal bergerak dengan laju. Terdapat juga NGO yang boleh dikatakan berada pada tahap sangat laju. Kiranya apa yang dirancang mudah sahaja menjadi. Jika diurus dengan baik, besar potensi untuk berkembang lagi, tapi jika sebaliknya yang berlaku, akan terkandas, menghilang dan terus tutup.

TAHAP 2: MAHIR MENCARI SUMBANGAN PUBLIC (CROWDFUNDING)

Fasa ini boleh dikatakan NGO yang berada pada tahap ini sudah mampu untuk jalankan program dengan mendapat dana sumbangan yang dicari melalui public sahaja.

Kelebihan dalam fasa ini kepada NGO yang mahir dalam dunia sosial media ialah mereka mampu menyampaikan maklumat dan hebahan tentang bantuan dengan sangat baik dan berkesan. Hebahan yang berkesan akan memberikan pulangan yang sangat memberangsangkan bagi pertubuhan-pertubuhan NGO di Malaysia.

TAHAP 3: MAMPU MENDAPAT POTONGAN KEUNTUNGAN SYARIKAT

Pada fasa ini sudah mula tidak banyak NGO yang mampu untuk sampai. Pada fasa ini, tidak sama dengan hanya mendapat tajaan barangan atau tajaan kewangan puluhan ribu untuk menjalankan sesuatu program. Fasa ini memerlukan pertubuhan NGO itu mampu untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat tertentu sehingga mampu membawa sumbangan ratusan ribu kepada mereka.

TAHAP 4: POTONGAN AUTO DEBIT

Hanya terdapat beberapa NGO di Malaysia sahaja sudah sampai di tahap ini. Jika ada banyak NGO yang sudah sampai pada tahap ini sekalipun, tidak semua NGO mampu uruskan dan pandai menguruskan perjalanan auto debit.

Bagi NGO yang nampak kelebihan auto debit kepada pertubuhan mereka, sampai satu tahap NGO tersebut boleh bergerak, mempunyai pekerja, dan mempunyai pejabat yang dibayar melalui auto debit sahaja.

Untuk sampai ke tahap ini, NGO tersebut perlulah mempunyai sokongan yang padu dan kuat daripada komuniti dan para penderma.

TAHAP 5: KERJASAMA DENGAN SYARIKAT GLC

Fasa ini merupakan satu tahap pencapaian yang sangat besar bagi sesuatu pertubuhan NGO itu. Tidak banyak NGO yang mampu mencapai tahap ini.

Jangan terkejut jika saya kata, ada NGO yang kos pengurusannya untuk mengerakkan organisasi mereka disokong dengan menerima sejumlah dana yang besar daripada syarikat GLC.

Untuk sampai ke level ini, saya melihat satu-satu pertubuhan NGO itu perlu melalui banyak fasa dan proses. Sebab itu tidak banyak NGO mampu berada di tahap ini.

TAHAP 6: GERAN BANTUAN KERAJAAN

Fasa ini yang pastinya akan ada baik dan buruknya. Ada NGO yang tidak perlu bersusah payah melalui tahap 1 sehingga tahap 5. Tiba-tiba boleh terus ada di tahap 6 pun ada juga.

Cuma pandangan peribadi beliau, pertubuhan NGO jangan terlalu bergantung pada dana dari kerajaan sahaja, kerana bila berlakunya pertukaran kerajaan, silap haribulan NGO pun hilang entah ke mana. Pada akhirnya, pertubuhan NGO mereka juga hilang dan tutup begitu sahaja.

Pandangan yang beliau utarakan merupakan hasil dari pemerhatian selama 5 tahun tentang cara dan pergerakan pertubuhan NGO di Malaysia. Untuk menjadikan sesebuah pertubuhan NGO itu kuat dan kukuh, mereka perlulah menguasai beberapa tahap dalam cabaran menjayakan sesebuah pertubuhan NGO.

Satu-satu organisasi ini juga perlu melalui satu tahap demi satu tahap bermula dari bawah untuk menjadi organisasi mereka sangat kuat dan mampu untuk bertahan dalam tempoh masa yang lama. Organisasi NGO di Malaysia telah wujud berpuluh tahun lamanya dan masih terdapat banyak organisasi NGO di Malaysia pada hari ini. Namun masih banyak perubahan yang harus dilakukan terutamanya dalam bab pengurusan dan perancangan dalam sesuatu aktivit yang akan dijalankan

Kredit: Muhammad bin Jantan (Pengasas dan Presiden Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat