Nota Kehidupan : Tiada Beza Kehidupan Kita Di Dunia Ini Dengan Orang Lain – Daily Rakyat

Nota Kehidupan : Tiada Beza Kehidupan Kita Di Dunia Ini Dengan Orang Lain


Tiada beza kehidupan kita di dunia ini dengan orang lain, jika diperhalusi, kita hanyalah insan yang lemah dan memiliki kesamaan dengan insan lain di dunia ini. Seringkali kita membezakan sesama kita dengan pangkat, darjat, kekayaan, kepintaran dan kecerdasan serta kecantikkan bahkan dengan kesihatan  – hakikatnya semuanya akan berakhir.

Bacalah nota kehidupan ini dengan hati yang terbuka dan berlapang dadalah menghadapi hari kemudian dengan lebih tenang dan bahagia

● Pada umur 20 tahun “di luar negeri” dan “kampung halaman”. Tiada beza (Tidak kira di mana pun anda boleh menyesuaikan diri)

● Pada umur 30 tahun, “siang” dan “malam” tiada beza. (Tidak tidur satu malam pun tidak mengapa)

● Pada umur 40 tahun, “berpendidikan tinggi” dan “berpendidikan rendah” tiada beza. (Kadang2 yang berpendidikan rendah mungkin lebih mewah, atau kaya)

● Pada umur 50 tahun, “cantik” dan “hodoh” tiada beza. (Walau bagaimana cantik pun semuanya sudah luntur, kendur di makan usia.)

● Pada umur 60 tahun, “Pegawai tinggi” dan “pegawai rendah” tiada beza. (Sama-sama sudah pencen, taraf dan status sama saja)

● Pada umur 70 tahun, “rumah besar” dan “rumah kecil” tiada beza. (Gout, penyakit tua, tdk boleh jalan, banyak duduk dan baring saja)

● Pada umur 80 tahun, “banyak duit” dan “tiada duit” sama saja. (Gigi sudah tiada, banyak makanan tidak boleh makan)

● Pada umur 90 tahun, “lelaki” dan “perempuan” tiada beza. Dua2 pun tiada tenaga.

● Pada umur 100 tahun, “tidur” dan “bangun” tiada beza. (Lepas bangun tidak tau apa mau buat)

Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira. Suatu hari nanti kita semua sama saja ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat