Punca Pakai Lens Mata Berabuk Dan Berair Dengan Sendiri, Rasa Sikit Gatal-gatal Akibatnya Mata Dah Rabun Sebelah
Satu cerita sangat-sangat sedih bagi diri ini disebab lens mata jadi rabun sebelah tidak nampak jarak jauh dan dekat jadi kabur. Allahu, nasib tidak buta mata “mohon dijauhkan!”.
Sesiapa pakai lens mohon jaga elok-elok sebelum menyesal di kemudian hari . Tidak jamin sama ada lens mahal elok atau lens yang murah tidak elok sebab semua atas penjagaan masing-masing . Sebelum ni pakai Alhamdulilah tidak pernah jadi macam ni mungkin dugaan Allah bagi dekat saya, dan ini ujian teramat besar sebab mata ini la penting.
Mula-mula pedih, memang pedih teramat dah rasa macam nak buta dah mata ni, maklumlah dengan tiba-tiba jadi begini. Masa malam tu buang lens rasa okay tiada masalah, tiba-tiba keesokkan hari mata macam berabuk dan berair dengan sendiri, rasa sikit gatal-gatal dan lama kelamaan jadi kemerahan .
[ARTIKEL BERKAIT : 4 Petua Kurangkan Rabun ]
Selepas itu, jumpa doktor sebab tidak boleh tahan sangat mata ni dengan kerja tidak boleh buat . Doktor bagitahu sebab lens dia menyebabkan terkoyak sikit kat kelompak mata, masa itu hanya sara dan Allah swt sahaja yang tahu .
Dan hari ni rasa macam lain sedikit sebab mata ni rabun sebelah dan sebelah lagi okay (nasib bukan kedua-dua) . Selepas ini kena pakai cermin. Mata ni paling penting, Jadi jagalah elok-elok sebelum terkena dekat diri anda. Rasa menyesal yang teramat, Allahu!
6 perkara yang anda perlu tahu sebelum menggunakan kanta lekap.
1. Basuh tangan sebelum guna kanta
Sebelum makan pun kita basuh tangan, lainlah kalau yang guna sudu atau chopsticks. Basuh tangan sebelum menjamah makanan disebabkan kita sedar yang tangan kita penuh dengan bakteria. Begitu juga sebelum pakai kanta, kita perlu basuh tangan sebelum sentuh dan letakkan kanta lekap ke mata kita untuk elakkan bakteria dari tangan beralih ke kanta lekap.
2. Elakkan memakai kanta lekap ketika tidur
Tidur dengan memakai kanta lekap boleh menyebabkan 6 hingga 8 kali jangkitan lebih cepat kepada si pemakai. Jangan lupa tanggalkan kanta lekap sebelum tidur!
3. Elakkan mandi atau berenang sambil guna kanta lekap
Mandi atau berenang menggunakan kanta lekap boleh menyebabkan bakteria dari air beralih ke mata dan boleh menyebabkan anda berhadapan risiko jangkitan atau masalah mata yang lebih teruk.
4. Tukar kanta lekap on-time
Kanta lekap dicipta untuk kemudahan manusia, tetapi janganlah selalu sangat pakai sampai lupa nak tukar. Durasi penggunaan kanta lekap biasa ada yang hanya tahan beberapa minggu sahaja tapi ada juga yang boleh guna sampai berbulan-bulan mengikut jenis dan ketahanan.
Jadi jangan lupa tukar kanta lekap anda bila tiba masanya!
5. Tukar bekas kanta lekap setiap 3 bulan
Bukan kanta sahaja yang perlu di tukar, bekas juga perlu diberi perhatian dan mesti di tukar elak daripada bakteria. Bekas kanta lekap seharusnya ditukar setiap tiga bulan kerana bakteria boleh berkumpul dan akan menjejaskan kualiti kanta lekap anda.
6. Guna cecair rendaman kanta lekap yang betul
Gunakan cecair rendaman kanta lekap atau larutan disinfeksi yang sesuai menurut jenis kanta lekap anda. Elakkan guna air paip kerana mungkin nampak bersih tetapi kita tak nampak molekul-molekul merbahaya di dalamnya yang boleh memberi jangkitan merbahaya kepada mata kita.
Bagi anda yang gemar menggunakan kanta lekap, jangan lupa berunding dan dapatkan nasihat optometris dulu sebelum membeli untuk mendapatkan jenis kanta lekap yang sesuai dengan mata kita dan mengelakkan dari terkena jangkitan merbahaya!
Ramai pengguna yang mengenakan kanta lekap disebab kerana malas memakai cermin mata. Ada juga sebilangan memakai kanta untuk kelihatan cantik dan sebagai hiasan. Sebenarnya banyak mengenakan kanta lekap berisiko kepada mata kita, dari yang tidak rabun menjadi rabun, dan yang rabun makin bertambah rabun.
Mata adalah anugerah yang tidak ternilai harganya. Penjagaan mata yang rapi amat perlu bagi memastikan ia kekal sihat. Disini ingin memperkenalkan cermin mata ibnusina Therapy Eyewear yang mengambil hasil kajian moden oleh pakar Optometrist Dr William Bates dan Dr Roberto Kaplan.
Produk ini membantu menajamkan fokus mata anda melalui latihan selama 15-30 minit sehari. Ia membantu mata anda menjadi lebih sihat dengan merasa lebih rileks kurang senak dan tidak letih.
Kelebihan Therapy Eyewear :
- 100% selamat dan semulajadi.
- Tidak perlu ujian mata.
- Memperbaiki fokus mata anda.
- Mencegah rabun jauh, rabun dekat, myopia dan astigmatism.
- Hanya beli sekali seumur hidup.
- Design yang menarik, boleh dibawa berjalan.
- Boleh digunakan sebagai cermin mata penapis UV dari komputer.
Testimoni pelanggan :