4 Petua Kurangkan Rabun : Bagaimana Gadis Ini Berjaya Mengurangkan Rabun Mata Dengan Caranya Tersendiri


Rabun adalah suatu penyakit mata yang menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Rabun terbahagi kepada 2 jenis iaitu rabun jauh dan rabun dekat. Mata menjadi rabun akibat selalu menonton televisyen, menghadap komputer terlalu lama, atau kurang vitamin. Almaklum laa… bila seseorang tu dah rabun kena la pakai spek mata baru penglihatan jelas dan senang buat kerja.

Tapi ada juga yang tak suka pakai spek mata. Cakap tak selesa la, tak macho la, mata empat laa…dan macam2 lagi alasan. Huhhh… Ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit semata2 buat pembedahan mata untuk kurangkan rabun mereka. Ada juga yang pakai contact lense, tapi contact lense agak berbahaya kerana dah ramai tertipu beli yang tiruan dan akibatnya mata hampir jadi buta.

Tips dibawah ini dikongsikan oleh seorang gadis bagaimana cara beliau mengurangkan rabunnya dengan caranya yang tersendiri. Ikuti cerita beliau :-

Sejak 2, 3 minggu yang lepas saya mula perasan yang saya sering sakit kepala dan rasa mata saya makin kabur bila pakai spek. Sebelum ni ok saja, jadi pada 22 Julai 2015 yang lalu saya pergi buat test mata di kedai cermin mata. Dalam hati ni kata ntah-ntah bertambah power spek sebab rasa macam makin kabur. Spek yang saya pakai sekarang baru ja saya buat pada bulan 12 2014 lepas. Kiranya baru 7 bulan ja spek baru saya ni.

So berdebar-debar jugalah tunggu result test mata tu. Tup-tup bila dapat result rupa-rupanya power rabun jauh dan silau saya dah berkurang dan sebab tu bila pakai spek sekarang macam kabur. Wahhh rasa macam nak melompat kat situ ja sebab saya dah berjaya kurangkan power rabun dan silau saya. Yeyyyy!!!

Gambar ini merupakan result test mata saya yang terbaru iaitu pasa 22 Julai 2015 yang lalu.

Gambar ini merupakan result test mata saya yang terbaru iaitu pada 22 Julai 2015 yang lalu.

Tulisan yang yang berdakwat pen biru diatas sekali tu merupakan bacaan power pada spek yang saya pakai sekarang. Manakala tulisan yang dicetak tu merupakan bacaan power rabun saya yang terkini.

Rabun pada mata kanan saya maintain pada 200 tapi bacaan silau turun dari 150 ke 125.
Rabun pada mata kiri pula turun dari 275 ke 250 dan silau pula turun dari 175 ke 150.

Serius saya cakap sebelum-sebelum ni jika pergi buat test mata mesti power asyik naik, tak pernahnya turun pun. Kiranya ni pecah rekod la sebab test kali ni power turun. Masa buat entry ni pun hati berbunga-bunga sebab tengok result test mata ni. hihihi overkan?? Awat tak happy sebab first time dapat result power dah turun. Korang mesti nak tahukan macam mana saya berjaya turunkan power rabun dan silau saya kan?

4 Petua Kurangkan Rabun Paling Berkesan adalah:

1. sekiranya menggunakan komputer, pada setiap 10 minit lihat ke arah objek yang jaraknya 3 meter lebih kurang. Lihatlah apa saya yang jarak 3 meter, lebih baik tengok alam semulajadilah macam pokok. Pandang dalam 3 minit sebelum mata kembali tengok skrin komputer. Jika baca buku pun boleh ikut cara ini.

2. Jangan main permainan video seperti playstation, Xbox dan sebagainya. Cuba kurangkan had bermain seperti 2 kali seminggu dan tak lebih dari 1 jam, kemuadian kurangkan lagi kepada 1 minggu 1 kali sahaja. Permainan ini memberi ketegangan yang tinggi pada mata, jika dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan mata. Alhamdulillah saya ni bukan jenis suka main game, so step ni boleh skip hihih..

3. Cuba melihat hanya pada benda-benda fokus samada jauh mahupun dekat. Contoh jangan tengok semua benda sambil mata melilau kiri kanan. Ini akan menyebabkan mata kita cepat letih dan menurunkan kecepatan proses menyembuhkan mata. Tetapi jangan di paksa sehingga menyebabkan ketegangan mata yang tinggi.

4. Tampalkan setem pada tingkap rumah ataupun pejabat. Berdiri depan setem dengan jarak mata dengan setem hanya 30 sentimeter. Lihat setem itu sehingga fokus atau setajam yang boleh. Kemudian lihat benda jauh di luar tingkap dan kemudian tengok setem kembali. Ulang langkah ini sebanyak 41 kali. Apabila kita berasa otot mata sudah mula kuat kita boleh tambah bilangan. Ini adalaha latihan hebat untuk melatih kekuatan otot mata dan meningkatkan proses penyembuhan mata.

rab1

Selain daripada langkah-langkah di atas, saya juga akan berkongsi beberapa tips mudah yang boleh kita cuba untuk membantu mengurangkan silau mata. Tips tersebut adalah :

1) Lihat pokok hijau dalam tempoh 10 minit pada setiap pagi. Tetapi anda hendaklah berdiri di satu posisi sahaja dan fokus kepada titik tersebut.

2) Elakkan untuk membaca buku atau melihat skrin telefon dalam suasana cahaya yang samar.

3) Banyakkan makan makanan yang mengandungi sumber Vitamin A seperti minum jus lobak merah, tetapi jangan menggunakan gula dan ais.

4) Jangan melihat skrin komputer terlalu lama. Setiap 30 minit,rehatkan mata anda dengan pejam dan celik berulangkali untuk meregangkan otot mata.

5) Makan supplement Vitamin A untuk membantu kesihatan mata.

Jagalah elok2 mata nie ok,,, sebab ianya anugerah Allah yang tak ternilai harganya…

Satu komen untuk “4 Petua Kurangkan Rabun : Bagaimana Gadis Ini Berjaya Mengurangkan Rabun Mata Dengan Caranya Tersendiri”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat