Fenomena Jerebu


Jerebu

Jerebu yang melanda rantau Asia Tenggara termasuk di negara ini memberikan impak yang buruk terhadap tahap kesihatan. Jerebu disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang terapung-apung di udara serta tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Justeru itu fenomena jerebu ini berlaku.

Punca masalah jerebu

Kebiasaanya ia berpunca akibat asap terutamanya asap dari kilang dan kenderaan. Ia menyerap haba dari sinaran matahari dan secara langsung meningkatkan suhu bumi. Selain itu, aktiviti perindustrian yang tidak dipantau dengan berkesan menyebabkan pihak pihak tertentu menebang pokok tanpa kawalan. Pembakaran terbuka dan pembakaran api fosil merupakan puncanya kerana ia membebaskan kuantiti gas nitrogen yang agak tinggi. Secara ringkasnya punca puncanya adalah :

  • Pembakaran secara terbuka
  • Pembakaran api fosil
  • Asap yang berpunca daripada kilang
  • Asap kenderaan
  • Hujan tidak turun dalam tempoh jangka massa yang panjang

Kesan Jerebu

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada golongan :

  1. Kanak-kanak
  2. Orang tua
  3. Perokok
  4. Mereka yang terdedah dengan persekitaran
  5. Mereka yang mengalami penyakit ( asma, bronkitis, radang paru-paru, jantung, alahan)

Tanda dan Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

  • Sakit dada
  • Sesak nafas
  • Batuk dan gatal di bahagian kerongkong
  • Mata terasa sakit dan pedih
  • Hidung berair dan kuat bersin
  • Kulit badan terasa gatal

Indeks Pencemaran Udara (IPU)

jerebu

Nasihat Pencegahan

  • Segera ke klinik sekiranya mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik
  • Mengambil ubat yang disarankan kepada golongan yang berisiko tinggi
  • Perokok di sarankan supaya tidak merokok sejiranya IPU melenihi 100
  • Jauhi keluarga dari asap rokok
  • Sentiasa berada di dalam rumah/ kurangkan diri dari terdedah dengan persekitaran
  • Sentiasa memakai mask jika mempunyai urusan di luar rumah
  • Sentiasa membasuh muka serta bahagian kulit yang terdedah menggunakan air yang bersih
  • Pastikan minum air dalam kuantiti yang banyak
  • Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin
  • Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat