Pendekatan Counter Narrative Hadapi Militan

Sumber Rujukan : Utusan Malaysia (23/3/2017)

Pendekatan secara “Counter Narrative” bagi menghadapi ideologi kumpulan militan Daesh merupakan salah satu daripada tiga aspek penting yang diberi penekanan dalam pertemuan lima Menteri Pertahanan melibatkan Malaysia, Turki, Qatar, Pakistan dan Indonesia semalam yang diadakan sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA’17).Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, tindakan itu diambil sebagai pendekatan untuk mematahkan propaganda kumpula-kumpulan militan yang berkenaan yang menjadikan agama sebagai “topeng” perjuangan mereka.

“Ini satu perkara penting apabila negara-negara Islam terlibat bangkit menunjuk bahawa Daesh bukan sebahagian daripada Islam dan mereka tidak langsung menggambarkan Islam sebagai agama dan umat yang bersederhana atau wasssatityah.

yayasan Gerakaan Kesederhanaan Global (GMMF) boleh memainkan peranan dalam inisiatif yang diambil lima negara dengan kerjasama Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) yang baru ditubuhkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Forum Meja Bulat Panglima Tentera Laut melibatkan 12 Panglima Tentera Laut serta 25 wakil panglima negara-negara yang terlibat dengan LIMA’17 di sini hari ini.

Antara yang menjadi penel dalam forum tersebut adalah Panglima Tentera Laut, Tan Sri kamarulzaman Ahmad Badarudin; Panglima Diraja Laut Australia, Tim Barret; Panglima Armada ke-7 Tentera Laut Amerika Syarikat, Joseph P. Aucoin serta Panglima Tentera LAut Diraja India, karambir Singh.

Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, dua lagi perkara yang dibangkitkan adalah kerjasama operasi antara aset-aset ketenteraan serta transformasi terhadap pendekatan-pendekatan yang diambil dalam memastikan keamanan sejagat.

Katanya, kesemua perkara itu akan dibincangkan secara lebih serius dan menyeluruh dalam petemuan lanjut ynag akan diadakan tidka lama lagi di Istanbul, Turki.

“Dalam keadaan  ekonomi yang tidak menentu, kerjasama operasi aset sudah tentu dapat membantu penjimatan serta mengelakkan pertindihan. Kerjasama seperti ini bukan sesuatu yang dilakukan secara tradisi dan perlu dibincangkan secara bersama menerusi jalinan hubungan yang lebih erat.”

“Untuk transformasi pula, setiap daripada negara terlibat akan saling belajat antara satu sama lain kerana masing-masing berdepan cabaran hampir serupa dan ketika ini Qatar sudah menyatakan hasrat untuk belajar daripada Malaysia tentang pengalaman kita menguruskan isu-isu berkaitan keganansan,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat