10 Punca Mengantuk Di Pagi Hari Serta Petua Cara Mengatasi
Rasa mengantuk diwaktu pagi boleh menjejaskan tumpuan terhadap kerja ataupun rutin seharian. Mata akan terasa pedih dan badan akan mula rasa lesu apabila banyak menguap. Tetapi takkan nak sambung tidur sedangkan ada banyak kerja atau tugasan yang perlu anda siapkan ketika itu. Kalau hal ini berlanjutan atau berulang setiap hari, pasti prestasi kerja akan merundum.
Punca-Punca Mengantuk Di Pagi Hari Serta Petua Cara Untuk Atasi
1. Tidak cukup tidur
Tidur yang tidak cukup mungkin akan mengganggu fokus dan kesihatan anda. Anda disarankan tidur sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam setiap malam.
Jadikan tidur anda satu keutamaan dan tetapkan jadual tidur. Matikan segala gajet anda, tutup laptop jangan main facebook. Elak minum kopi pada waktu malam.
2. Tidur Apnea (Sleep Apnea)
Apnea terjadi disebabkan saluran pernafasan anda tersekat ketika tidur. Ia menyebabkan anda berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas. Kadang-kadang fikir anda sudah mendapatkan tidur yang cukup tetapi masalah apnea ini pula yang mengganggu.
Selepas itu secara tiba-tiba anda terbangun sesak nafas. Setiap gangguan mengejutkan anda dari tidur tapi mungkin anda tidak sedar. Oleh itu, anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi anda di siang hari merudum.
Biasanya dihidapi orang yang obese. Turunkan berat badan anda dan jangan merokok. Kedua-dua ini berpotensi anda mendapat apnea.
3. Tidak cukup tenaga
Pengambilan makanan yang sikit, diet yang keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Amalkan diet yang seimbang, i dapat membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah.
Mesti ambil sarapan pagi! Supaya tenaga anda dapat dibekalkan di waktu pagi. Waktu pagi anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja. Untuk fokus pun anda memerlukan tenaga juga.
4. Kurang darah merah (anemia)
Perempuan anemia merupakan penyebab utama mereka sering berasa lemah. Ini kerana mereka akan kehilangan banyak darah ketika datang haid. Iron dalam darah berkurang akan meletakkan mereka dalam keadaan berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen keseluruh organ. Lemah, sesak nafas, sering berdebar-debar, adalah simptom anemia. Pergi berjumpa doktor sekiranya anda mempunyai simptom-simptom tersebut.
Sekiranya kurang iron dalam darah, dapatkan iron supplement di klinik-klinik atau makan-makanan yang mempunyai kandungan iron yang tinggi seperti daging merah, dan juga kekacang.
5. Tekanan Emosi
Setiap orang pernah mengalami tekanan. Tekanan emosi bukan sahaja memberi kesan kepada emosi sahaja, tetapi ia juga memberi kesan kepada fizikal juga. Tekanan emosi mengakibatkan simptom seperti lemah, sakit kepala, hilang selera makan.
Lakukan perkara yang mengurangkan stress seperti bersukan, bermunajat kepada tuhan atau bermeditasi. Jika tidak berkesan sebaiknya anda mendapat nasihat psikiatri. Psikiatri bukan hanya untuk orang yang bermasalah mental, jika anda mempunyai masalah emosi yang tidak mampu ditanggung anda harus berjumpa dengan pakar psikiatri. Mereka mungkin akan memberikan ubat sebagai satu cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.
6. Penyakit hipotiroid
Mungkin anda perasan terdapat kalenjar yang membesar di bahagian halkum anda. Kalenjar tiroid ini berfungsi untuk mengawal metabolisma anda. Apabila kalenjar ini tidak menghasilkan hormon tiroid dengan cukup, metabolima badan akan menjadi bertambah perlahan. Menyebabkan berat badan anda bertambah dan bermacam-macam lagi simptom lain.
Jumpa dengan doktor dan mereka akan melakukan ujian darah untuk mengetahui kadar hormon tiroid anda.
7. Terlalu banyak kafein
Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan ada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan anda menjadi lemah.
Secara perlahan-lahan turunkan kadar ketagihan anda terhadap kopi. Penurunan secara mendadak menyebabkan anda kembali ketagih dan menyebabkan anda bertambah lemah.
8. Penyakit Kencing Manis
Kadar gula tinggi dalam darah, disebabkan sel-sel tidak dapat menggunakan glukosa dengan baik. Tenaga tidak dapat dihasilkan dan mengakibatkan anda akan cepat mudah letih.
Jika sudah mengalami kencing manis, penawarnya adalah dengan mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh.
9. Penyakit Jantung
Secara ringkasnya, anda akan mudah penat dalam melakukan kerja-kerja walaupun anda berjalan dalam jarak yang dekat. Perubahan gaya hidup adalah cara terbaik untuk mengelakkan penyakit jantung.
10. Dehidrasi
Mudah lemah mungkin disebabkan anda kurang minum air. Walaupun melakukan senaman ataupun bekerja di atas meja, badan anda sangatlah memerlukan air. Apabila anda dahaga, itu bermakna anda dehidrasi.
Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sekiranya anda ke gym, pastikan membawa bekalan air yang cukup dan minum air setiap kali anda melakukan senaman. Apabila rasa dahaga sahaja, terus minum seteguk dua untuk elakkan dehidrasi.