Pesanan Untuk Ibu Bapa “Bila Ada Anak Perempuan”
Pesanan untuk ibu bapa “Bila Ada Anak Perempuan”. Mencabarkan? Apabila sebuah family itu memiliki ramai anak perempuan.
Anak merupakan anugerah tuhan kepada insan bergelar ibu bapa. Tanggungjawab yang besar dipikul kepada ibu bapa untuk mendidk anak-anak menjadi insan yang membawa keberkatan untuk diri dan kebaikan untuk ibu bapa sendiri.
Aurat merupakan syariat yang wajib dijaga untuk memeliharan maruah diri. Lebih-lebih lagi anak perempuan yang mempunyai tugas yang berat untuk ibu bapa menjaga. Tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi karenah mereka, Allah SWT dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.
Nasihat ringkas dari puan Syikin Zahir yang mendapat 18k perkongsian ini dapat memberikan memberi manfaat kepada kita semua.
Anak sulung saya Allah beri seorang perempuan.
Jujur
Masa dia kecil kecik dulu
Tak rasa sangat cabarannya
Tapi bila dah besar makin terasa cabarannyaMak sentiasa pesan,
Ada anak perempuan jangan ambil mudah..
Jangan buat tak endah
Tanggungjawab nya berat
Tugasnya amat besarJaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki
Bila ada anak perempuan
Anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi seksi
Bukanlah mahu diajar anak bertudung litup
Tapi cukup mengajar anak berpakaian sopan.
Tidak terdedah sana sini
Tidak ketat menonjol
Ajarkan mereka erti malu
Ajar pakai yang sopan sopan
Besederhana menikmati zaman kanak kanakBila ada anak perempuan
Tak boleh dibiar tidur sana sini
Harus diajar tidur setempat di dalam bilik
Bahayanya ada dimana mana
Jangan percaya kepada sesiapaBila ada anak perempuan
Ajarkan mereka sentuhan selamat
Ajarkan mereka sentuhan tidak selamat
Jangan biarkan anak berseorangan
Sentiasa temani mereka
Biar kita susah hari ini
Dari menangis dikemudian hariBila ada anak perempuan
Ajarkan mereka tentang harga diri
Ajar mereka untuk sayang diri sendiri
Kerena diri mereka sangat berhargaBila ada anak perempuan
terangkan kepada mereka tentang haid,
dan kehamilan bila mereka sudah baligh
Usah malu untuk memberi ilmu
Bimbang mereka cari di tempat salahBila ada anak perempuan
Pilihlah rakan untuk mereka
Kenali juga siapa kawan mereka
Rakan yang baik menjadi penguat
Rakan yang nakal menjadi pemusnahBila ada anak perempuan
Selalu lah diperiksa handphone mereka
Apa yang dikongsi
Apa yang ditulis
Ambil tahuBila tiba saat kau lepaskan mereka-Hidup berjauhan
Sentiasa ingatkan mereka
Jagalah diri baik baik
Jagalah maruah diri
Jagalah maruah keluargaBiarlah orang kata kita kolot
Biarlah orang kata kita syadidBila ada anak perempuan
Berdoalah,
Mohon dijaga kehormatan diri mereka
Mohon dijaga keselamatan mereka
Moga moga Allah jaga dan lindung..Perkongsian utk kita bersama ibu ayah
Semoga bermanfaat untuk semua.
Baca selanjunya: Betoi Kata Pepatah Memelihara Kerbau Sekandang Lebih Mudah Dari Anak Dara Seorang