Betul Ke Kalau Suka Tonggek atau Gatal Lubang Dubur…Ada CACING?
“Doc ada apa benda bergerak2 di dubur anak saya? Doc pun cek….masyallah cacing terkodek2….apa lagi doc kapit dengan forsep & tarik keluar..hi hi hi..panjang mcm “mee”. Ibu nya rasa geli & termuntah-muntah. Pernah kes seorang kanak-kanak gatal punggung..doc touch…tu dia cacing kerawit ramainya keliling lubang jubur berdisco!!…hi hi hi.
Info hal cacing untuk rakan-rakan
1. Jangkitan cacing berlaku daripada pencemaran tanah yg tercemar dgn telur cacing. Telur ni mencemarkan tanaman & tangan anda. Tangan & makanan yangg tidak dibersihkan menyebabkan telur cacing dimakan & larva menetas dlm usus anda.
2.Ingat cacing hidup dalam badan semua manusia kanak-kanak atau anda yangg dewasa yang rendah immune & kebersihan tidak dijaga.
3.Ubat cacing diambil setiap 6 bulan selepas anak 1thn 6 bln. Ubat Albendazole/Mebendazole yg hapuskan Cacing Kerawit, Cambuk, Gelang, Kait, Pita, Trikinella & Cacing Benang. Ia halang penyerapan gula pada cacing & cacing kehilangan tenaga & KO.
4.Cacing bukan dalam usus saja. Tapi boleh merayap ke – mata, hati, paru-paru, hati, gallbladder & salur darah.
5.Jangkitan cacing juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit dari haiwan peliharaan anda seperti kucing /anjing & lain2 binatang peliharaan.
Tanda-tanda anda ada infeksi cacing:-
* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pd najis.
* Gatal dubur.
* Sakit perut – cirit-birit, kembung, sembelit
* Anemia – kurang darah kerana ada cacing yang hisap darah anda.
* Keletihan luar biasa – lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
* Tiada selera makan, pucat,
* Kurang berat badan walaupun selera makan ada
* Menggisir gigi ketika tidur malam.
* Batuk teruk berpanjangan, batuk berdarah, asthma sebab cacing di paru-paru
Cara-cara elak jangkitan cacing.
* Amalkan kebersihan diri & rumah – cuci tangan sebelum & selepas makan.
* Cuci tangan selepas keluar tandas. Ingat basuh tangan sebelum mkn.!!
* Cuci tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan anda.
* Pakai kasut bila keluar rumah sebab ada cacing boleh masuk menerusi kulit anda.
* Basuh sayur-sayuran & buah-buahan dgn teliti terutama yang dimakan mentah.
* Makan ubat cacing setiap 6 bulan.
* Wanita mengandung & bayi bawah 1 tahun dilarang makan ubat cacing !
Kesan sampingan infeksi cacing.
1. Perut tersumbat dengan cacing. Tak boleh berak. Muntah x henti. Perut kembung.Operate buangkan cacing tu.
2. Larva cacing boleh pergi ke paru-paru menyebabkan anda batuk serta lelah.
3. Cacing yang banyak pada usus besar dan rektum boleh akibat usus terkeluar dari lubang dubur.
4.Ada cacing hisap darah kita macam dracula & menyebabkan kita kekurangan darah atau anemia. Anemia ganggu tumbesaran kanak-kanak & kegagalan jantung.
Petua-petua untuk membunuh cacing
1.Makan buah tomato mentah atau makan atau minum bawang putih samada makan mentah, atau bakar dan dicampur dalam minyak kelapa dara atau minyak zaitun.
2.Minum air kelapa.Makan lobak merah mentah atau jus carrot setiap pagi.
3.Nenas muda diparut, diperah. Tambah madu atau sirup gula batu.