PEMENANG Syor Wujudkan Kerusi Senat Tan Sri P Ramlee di Universiti Awam

Sumber Rujukan : Berita Harian 23 Mar 2017

P Ramlee seorang seniman yang telah banyak berjasa untuk tanah air dalam industri yang menerbitkan pelbagai filem yang banyak memberi pengajaran dan sebagainya.

Sempena ulang tahun kelahiran Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang ke-88 pada 22 mac 2017, Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) berhasrat mewujudkan kerusi Senat Allahyarham Tan Sri P Ramlee di universiti awam (UA), bagi mengingati sumbangan seniman agung itu kepada negara.

Presidennya, Tan Sri Yusoff Latiff, berkata cadangan itu sudah di kemukakan kepada sebuah UA di negeri ini dan kami dalam proses rundingan, hasil kerjasama bersama Kelab Peminat P Ramlee Pulau Pinang.

Katanya, kerusi berkenaan akan diberikan kepada seorang profesor terpilih bagi merealisasikan hasrat PEMENANG yang ingin memartabatkan nama tokoh seniman negara itu pada peringkat lebih tinggi.

“Ini adalah usaha PEMENANG dan Kelab Peminat P Ramlee Pulau Pinang bagi memastikan setiap peringkat masyarakat mengingati dan menghargai sumbangan P Ramlee terhadap dunia lakonan, nyanyian dan filem tempatan.

Ikon Perpaduan

“Cadangan ini juga bertepatan bagi menonjolkan beliau sebagai ikon perpaduan yang banyak menghasilkan filem memartabatkan setiap kaum di negara ini,” katanya pada sidang media di pejabat PEMENANG, di sini 22 mac 2017 lalu.

Yusoff berkata, kerusi itu juga akan dibiayai sepenuhnya PEMENANG, selain menaja program membabitkan dialog, seminar, atau kajian mengenai P Ramlee.

Sementara itu, laman carian Google turut memberikan penghormatan menerusi Doodle atau lakaran seniman agung itu pada enjin carian internet berkenaan.

Imej P Ramlee dilakar memakai sut petak, bermisai nipis, sambil memegang sehelai kertas di tangan kirinya, alat pembesar suara di tangan kanan dan sebuah gitar yang diletakkan di belakang kerusinya.

P Ramlee telah menyumbang lebih 60 karya filem ketika zaman kegemilangannya.

foto-pinterest.com

Nama Sebenar    : Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh

Nama lain             : Ramli Puteh

Tarikh Lahir       : 22 Mac 1929

Tempat Lahir     : 40A, Jalan P. Ramlee, Pulau Pinang, Malaysia.

Kematian             : 29 Mei 1973 (umur 44 tahun)

Sebab Kematian : Serangan jantung

Mayat dijumpai  : No. 22, Jalan Dedap, Taman P. Ramlee, Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia.

Dikebumikan      : Pusara Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Monumen            : Pustaka Peringatan P. Ramlee

Warganegara      : Malaysia

Pendidikan          : Sekolah Melayu Kampung Jawa
Francis Light English School (1939-1941)
Japanese Navy School (Kaigun Gakko)
Penang Free School (1945-1947)

Pekerjaan            : Penyanyi, Pelakon, Pengarah filem, Pemuzik dan Penulis lagu

Organisasi            : Gelanggang Filem (1958)
Sazara Filem (1970)
PERFIMA (1970)
Rumpun Melayu Film (1973)

Terkenal keran   : Siri filem Bujang Lapok, Antara Dua Darjat, Labu dan Labi, Tiga Abdul, Panggilan Pulau,
Madu Tiga, Hang Tuah

Pasangan              : Junaidah Haris (1950-1954)
Noorizan Mohd Noor (1955-1961)
Saloma (1961-1973)

Tanda Panggilan  : Remy

Genre muzik         : Pop, Irama Malaysia

Instrumen            : Ukelele, Piano, Biola, Saksofon, Gitar, Akordian, Trumpet

Label                     : EMI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat