Pulau Kapas Destinasi Yang Sesuai Untuk Percutian Bersama Keluarga!
Haii kawan-kawan sekalian,
Haa pasti korang semua tak tahu nak pergi bercuti ke mana kan? Nak bawa anak jalan-jalan musim cuti sekolah nanti, tengok-tengok pulau, mandi-manda. Meh sini saya nak bagitahu tempat yang sesuai untuk korang bercuti hilangkan stress dan santai bersama keluarga iaitu Pulau Kapas, Terengganu!
Tak perlu pergi pulau jauh-jauh dari Malaysia sebab sini pun ada tempat yang menarik, lagipun tak perlukan bajet yang banyak dan sesuai sangat untuk orang yang nak jimat bajet hehe. Dekat sini permandangannya sangat cantik, udara yang segar yang penting ia sesuai untuk bercuti dengan keluarga anda. Dekat sini pun banyak aktiviti yang korang boleh buat!
Meh saya ceritakan pengalaman saya bercuti di Pulau Kapas bawa anak – anak.
Kenapa Pulau Kapas?
Sesuai untuk percutian yang ringkas dan singkat, santai dan kurang penat. Terutamanya bila nak bawa baby kecil bawah 2 tahun! Sebab dekat dan selamat. Naik boat cuma 15 minit hingga 20 minit saja dari Jeti Marang. Tak sempat nak mabuk laut pun, dengan pulau yang dikelilingi air yang bersih. Kalau korang dari Kuala Terengganu nak ke Marang, sangatlah dekat dalam 20 minit sahaja. So kalau kalau korang datang Terengganu pastu tiba-tiba rasa nak pergi pulau boleh sangat singah dekat pulai ini. Bawak KFC berkelah pun best. Pergi pagi balik petang.
Tapi kami stay overnight sebab nak bagi baby main pasir dan mandi berjemur lama sikit. Pantai bersih, landai ke tengah dan tak takut nak mandi degan baby. Dan sekarang ini the best season untuk cuti-cuti di pulau-pulau di Terengganu.
Kami walk in saja. Sampai jeti terus ke kaunter untuk menempah resort dan boat. Sebab dah biasa dengan servis yang sama, kami terus walk in counter “Chalet Makcik Gemok” hujung sekali. Counter ini provide boat service dan chalet Ombak Kapas.
Boat paling awal pukul 9 am. Kami pergi lewat sikit 12 pm kali ini sebab nak overnight jadi tak kalut sangat. RM40 bagi dewasa untuk return boat. Baby bawah 3 tahun free. Ada package sekali snorkeling hanya tambah RM10 dari harga boat. Tapi kami tak ambil sebab tak nak snorkeling tak ada orang nak jaga baby. Focus nak main pasir dan mandi air yang macam dekat Maldives gitu.
Mahal Ke Pakej Percutian Di Pulau Kapas?
Chalet harga RM100 – RM200 per night (full board package 1 night RM170 per pax include return boat, snorkelling, Island hopping, chalet, meal 3x)
Kami tak ambil jugak package. Ambil bilik saja dan bawa siap-siap maggi sebagai bekal, contoh untuk mak-mak. Lagipun tak risau sangat sebab Ombak Kapas Cafe ada. Makanan sedap, view pun superb! Breakfast pun sini, lunch pun sini, dinner pun sini. Bawak cash banyak sikit sebab ada anak kecil ini, korang kena lupakan hasrat percutian bajet tak masuk akal bawah RM100 untuk 2 hari. Gerai burger pun ada depan cafe, burger pun sedap! Harga RM10 pun kami repeat 3 kali beli.
Pulau kapas memang cantik, instagram-able, bersih dan yang paling penting complete semua aktiviti percutian pulau yang korang boleh buat dekat sini.
Kami tak hiking Bukit Singa sebab bawak baby. Tak pergi snorkelling sebab tak ada infant life jacket. Memang fokus lepak, makan tepi pantai, main pasir, mandi laut, layan baby kecil kami main puas-puas dan memang happy sungguh. Malam lepas dinner tu kami night walk tepi laut, dengar live band, tengok orang main api, pukul 10 malam dah tidur anak-anak kecil kami.
Memang betul relaxing. Yang penting anak-anak happy. Memang betul percutian anak-anak, mak tumpang saja.
Contact number boat service/chalet ombak kapas: 014 8248535
Kapas Coral:
Ombak Kapas:
Jangan lupa bawa sunblock dan alovera gel. Sapu alovera gel dekat kulit baby sebelum dan selepas berjemur panas. InsyaAllah kulit tak burn dan menggelupas mengelupas.
Selamat bercuti! Pasti korang akan berpuas hati dengan percutian di Pulau Kapas ini.