4 Cara Meningkatkan Stamina yang Dapat Meningkatkan Tahap Kecergasan Seseorang Individu
Apakah Cara Meningkatkan Stamina yang paling berkesan? Stamina atau sistem imun yang juga dipanggil kekuatan atau tenaga yang diperlukan oleh tubuh dalam tempoh yang agak lama. Stamina juga boleh dirujuk sebagai keupayaan yang dimiliki oleh badan untuk melaksanakan pelbagai jenis aktiviti dalam tempoh tertentu.
Penurunan stamina biasanya akan diikuti dengan pelbagai jenis penyakit yang menyerang di dalam badan anda. Stamina yang lebih rendah akan menyebabkan kualiti hidup anda lebih rendah. Untuk itu, anda perlu melakukan beberapa aktiviti supaya anda dapat mengekalkan stamina. Bagi yang baru nak memulakan aktivti untuk meningkat stamina, anda semua kena lah fokus dan sentiasa memberikan komitmen yang tinggi.
Sebenarnya banyak aspek yang mempengaruhi kita untuk meningkatkan stamina seperti diet pemakanan yang seimbang dan aktiviti seharian yang dilakukan dan tidak lupa juga rehat yang mencukupi.
Kalau anda tak tahu apa yang boleh dilakukan untuk meningkatkan stamina, anda boleh lah ikuti beberapa langah seperti dibawah sebagai panduan anda semua.
Antara Cara Meningkatkan Stamina ialah:
1. Tetapkan corak pengambilan makanan
Terdapat dua kaedah yang boleh anda gunakan untuk meningkatkan stamina melalui penetapan corak pengambilan makanan, iaitu:
Mengatur Corak Pengambilan Makanan Sihat dan Seimbang
- Melalui pengambilan makanan, tubuh akan mendapat bahan bakar untuk pelbagai aktiviti dalam kehidupan seharian.
- Memenuhi keperluan nutrisi setiap hari akan membantu tubuh melakukan kerja dengan lebih optimum.
- Ambilkan makanan mengikut keperluan badan seperti karbohidrat, protein, lemak sihat, vitamin dan mineral.
- Pengambilan makanan yang lengkap dengan nutrisi yang diperlukan dapat mengawal prestasi organ badan supaya stamina juga akan meningkat. Untuk diet yang sihat, anda boleh mengambil 1/3 makanan yang mengandungi karbohidrat setiap kali anda makan.
- Jenis karbohidrat sangat disyorkan oleh pakar pemakanan adalah karbohidrat yang diperolehi melalui gandum.
- Protein juga diperlukan oleh bdan kita. Protein yang diperolehi melalui pemakanan sayur-sayuran dan kekacang sangat disyorkan kerana mempunyai protein dan lemak yang tidak merbahya kepada badan
- Untuk memenuhi keperluan vitamin dan mineral, anda boleh mengambil pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu makana seharian anda.
Memenuhi Keperluan Cecair Badan
- Badan manusia terdiri daripada 60% kandungan air. Jika badan tidak mempunyai cecair yang mencukupi, stamina akan berkurangan.
- Ini akan menyebabkan aliran darah tidak lancar dan bekalan oksigen ke otak akan menurun. Pengambilan air yang mencukupi dapat mengekalkan kandungan air didalam badan dan dapat mncegah otot mudah letih semasa melakukan sebarang aktiviti.
- Pengambilan air mineral atau air masak yang sangat disyorakan ialah sebanyak 8 gelas sehari. Manakala bagi mereka yang akan melakukan aktiviti berat dan bersukan dalam jangka masa yang lama pada satu-satu masa, air yang berasaskan isotonik yang kaya dengan elektrolit sangat disyorkan. Ini supaya cecair didalam badan dapat dikekalkan lebih lama didalam badan. Tetapi kena elakkan daripada mengambil minum yang mengandungi kafein atau dengan kandungan kafein yang rendah.
2. Rehat Yang Cukup
Sebagai mana pentingnya aktiviti seharian kita, rehat juga merupakan salah satu faktor yang sangat penting untuk kita kekalkan stamina untuk kerja seharian kita.
- Tidur yang mencukupi iaitu 6 jam – 8 jam sehari dapat membantu mengembalikan stamina yang sudah habis digunakan semasa aktiviti seharian kita.
- Sel-sel regenerasi sel juga berlaku semasa kita tidur. Ini dapat memperbaiki dan membaiki sel-sel yang roak didalam badan kita.
- Oleh itu, jangan sekali-kali mengabaikan rehat. Dapatkan tidur yang cukup dan sentiasa cuba untuk menenagkan fikiran semasa kita tidur supaya kita mendapat tidur yang berkualiti.
3. Meningkatkan Ketahanan Mental
Cara seterusnya untuk meningkatkan stamina ialah dengan meningkatkan daya tahan mental. Terdapat beberapa langkah untuk meningkat daya tahan mental.
Visualisasikan Tujuan
- Visualisasikan tujuan hidup anda. Setiap apa yang anda lakukan semestinya mempunyai tujuanya tersendiri. Anda haruslah sentiasa fikirkan terhadap apa yang anda inginkan supaya dapat mengekalkan fokus anda semasa melakukan sebarang aktiviti. Ini juga membantu kesihatan mental anda untuk sentiasa menumpukan perhatian.
- Di samping itu, menggambarkan matlamat akan membantu anda untuk tidak melakukan pelbagai perkara yang tidak penting yang membuang masa anda. Untuk mencapai matlamat anda, anda tidak perlu terlalu memikirkan cabaran dan juga gangguan yang mungkin menghalang anda untuk mencapai matlamat anda.
- Walau bagaimanapun, anda haruslah sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu aktivit supaya anda sentiasa dalam keadaan bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Mental yang kuat akan melahirkan badan yang sihat.
Bahagikan Masalah Kepada Beberapa Bahagian Kecil
- Setiap orang pastinya mempunyai masalah dalam usaha mencapai matlamat yang ingin dicapai. Tetapi cara mengandilakan masalah itu berbeza mengikut individu itu sendiri.
- Setiapa masalah yang kita hadapi, anda boleh pecahkan atau bahagikan kepada beberapa bahagian kecil. Ini dapat memudahkan anda untuk menyelesaikan masalah satu per satu.
- Melalui proses ini juga, anda dapat lebih fokus kepada masalah utama yang harus anda selesaikan terlebih dahulu daripada membebankan fikiran anda untuk memikirkan semua masalah.
- Dengan itu, matlamat utama yang anda inginkan dapat diberikan perhatian yang penuh dalam mencapainya.
Membina Keupayaan untuk Tetap Fokus
- Kerapkan melakukan aktivit yang positif supaya minda kita sentiasa dalam keadaan santai dan sentiasa fokus.
- Relaksasi juga dapat mengurangkan tekanan semasa melakukan aktiviti. Sesungguhnya mental yang sihat dan sentiasa cerdas dapat mempengaruhi stamina kita dengan cara mengelakkan kita daripada melakukan aktiviti dalam tekanan yang akan menyebabkan badan kita mudah letih.
4. Membina Ketahanan Fizikal
Untuk meningkatkan stamina kita, aktiviti fizikal merupakan salah satu daripada beribu cara untuk meningkatkan stamina. Antara 4 aktivit fizikal yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan daya tahan fizikal ialah:
Lakukan Latihan Fizikal
- Melakukan senaman fizikal salah satu daripada caranya. Latihan fizikal haruslah dilakukan secara berkala.
- Buat jadual aktiviti rutin harian anda dan pastikan anda sentiasa berdisiplin dalam mengikut jadual yang anda buat.
- Latihan boleh dikatakan menyebabkan keletihan dalam jangka pendek. Walau bagaimanapun, senaman akan mencetuskan ketahanan fizikal dalam tempoh masa panjang. Maka anda haruslah bersabar dan kekalkan fokus.
- Antara aktiviti yang boleh anda lakukan seperti berjogging, berbasikal, atau melakukan senaman aerobik sebagai aktiviti seharian anda.
Memilih Aktiviti Kesukaan Anda
- Dengan memilih aktiviti yang anda minati, ia akan mendorong anda untuk melakukan aktiviti tersebut dengan lebih fokus dan komitmen yang tinggi.
- Ini juga dapat mendorong anda untuk mencuba sesuatu aktiviti baru yang anda tidak pernah lakukakn ataupun jarang melakukannya.
- Dengan kaedah anda mempelbagaikan aktivit yang anda lakukan, ia sikit sebanyak dapat memberikan dorongan dan motivasi untuk anda terus melakukan aktiviti untuk meningkatkan stamina anda.
Tetapi mesti ada yang menjadikan mereka yang bermata empat sebagai alasan untuk tidak melakukan aktiviti membina daya tahan fizikal. Kononnya takut cermin mata jatuh, takut cermin mata patah dan bagai-bagai lagi alasan untuk mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti sukan.
Tapi korang wajib tahu satu rahsia ini, korang boleh menggunakan cermin mata dari ibnusina iaitu cermin Mata Fleksibel (flexspec). Kalau anda tak percaya, anda boleh tengok testimoni seperti dibawah ini:
Testimoni Flexspec
Antara Kelebihan Flexspec ini:
SPEK PALING ELASTIK DAN FLEKSIBEL
KELEBIHAN PRODUK
✓Fleksibel,boleh bengkok dan betulkan semula
✓Bahagian hujung boleh dilaraskan elak dari jatuh
✓Mesra solat – anti jatuh
✓Mesra tudung-tidak kembang di tepi
✓Material yang tahan lasak
Jadi lepas ni dah tak ada alasan lagi untuk anda tidak bersukan. Dengan cara meningkatkan stamina yang dikongsikan dengan anda semua dapat meberi manfaat. Semoga dengan cermin mata ini dapat membantu anda menignkatkan stamina bagi mereka yang bermata empat. Selamat mencuba semua.