Perbualan Si Anak Dengan Ayahnya Dalam Tandas Yang Mencuit Hati


Saya nak share satu kisah lucu yang suami saya alami tadi, iaitu kisah perbualan si anak dengan ayahnya dalam tandas yang mencuit hati.
Sebab saya rasa semua bapak-bapak yang ada kecil, akan boleh relate dengan kisah ni.
So jangan lupa kongsi dengan suami masing-masing lepas baca k !Kisah ini berlaku di washroom lelaki di dalam Aeon Mall.
Masa suami saya tengah “melaksanakan hajat di hati” di dalam salah sebuah bilik jamban di situ ,
tetiba dia terdengar satu perbualan seorang anak kecil dengan bapanya di bilik jamban sebelah.
 

Rate Serendah RM0.06 sen

Rate Serendah RM0.06 sen

Anak: Papa, papa nak buat apa papa?

Bapak: Nak berak.

Anak: Kenapa papa buka kasut papa?

Bapak: Supaya senang nak buka seluar.

Anak: Kenapa kena buka seluar papa?

Bapak: Sebab nak berak.

Anak: Kenapa kalau nak berak kena buka seluar papa?

Bapak: Hmm.. Kejap lah papa nak berak ni.

Anak: Oh ok.

Lepas 5 saat–

Anak: Kenapa kalau nak berak kena buka seluar papa?

Bapak: Supaya seluar tak kotor. Dah papa nak berak kejap laa.

Anak: Oh ok ok.

Lepas 5 saat–

Anak: Kenapa kalau tak buka seluar nanti seluar kotor papa?

 

peran-ayah-dalam-mendidik-a

Dan perbualan mereka terhenti di situ sebab suami saya terus keluar dari washroom sebab tak tahan nak gelak. ?

Aihh budak-budak kecik ni kann.
Soalan tahap langit ketujuh dia bagi.
Topik berak je pun dah 60 soalan.

Lepas suami ceritakan kat saya kisah di atas,
kitorang berdua gelak barai siap hentak-hentak kaki hahah.
Dan tetiba haikal datang, dan tanya,

“Mama, kenapa manusia kena ada kuku?”

Suami jawab, dengan nada bergurau;
“Supaya Haikal senang nak korek hidung.”

Haikal respon;
“Ooo macam tu.. Tapi kenapa hidung kena ada lubang? Dua pulak tu.”

Aaaaarghhhhh soalan apeniii.
*terbalikkan meja*

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat