“Santai Betul Dia Curi..” Pencuri Selamba Lompat Pagar, Bawa Lari Tong Gas


Kesempitan hidup zaman sekarang membuatkan ramai dalam kalangan rakyat setempat bertindak untuk mencuri. Walaupun ada segelintir daripada mereka tahu apa kesalahan dan hukuman mencuri ini namun mereka terpaksa melakukannya.

Terpaksa kerana kekangan hidup, hilangnya sumber pendapatan manakala barangan mentah mula naik harga. Peluang pekerjaan juga semakin pudar jadi mungkin itu adalah salah satunya jalan mudah yang boleh mereka lakukan untuk mengisi perut yang kelaparan.

Kadangkala mereka nekad untuk mencuri bukan atas kemahuan diri sendiri. Namun dek kerana memikirkan anak-anak dan isteri di rumah yang kelaparan. Bukan juga semua pencuri suka akan pekerjaannya yang terkutuk itu namun mereka terpaksa.

“Santai Betul Dia Curi..” Pencuri Selamba Lompat Pagar, Bawa Lari Tong Gas

Berkenaan dengan pencuri ini, terbaharu viral sebuah video yang dikongsikan oleh Azmilkkl yang memaparkan seorang pencuri yang selamba lompat pagar membawa lari tong gas.

Sebesar-besar tong gas dan seberat-berat tong gas boleh diangkat. Cukup luar biasa kudratnya. Bahkan pagar tersebut juga kelihatan agak tinggi. Namun dengan pantas, pencuri tersebut dilihat melompat dan mengangkat tong gas hijau berkenaan.

curi tong gas

Kemudian lelaki berkenaan terus berlalu dengan menaiki motosikalnya. Menurut Azmil, kejadian tersebut berlaku di Taman Rakan Cheras Kajang. Walaubagaimanapun tidak dapat diketahui dengan lebih jelas hari apa, jam berapa kejadian tersebut berlaku serta bagaimana tong gas tersebut boleh berada di tangan pencuri berkenaan.

@azmilkkl #tonggas#kenecuri #fyp ♬ original sound – Azmilkkl

https://www.tiktok.com/embed.js

Macam tak logik je..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ada yang meninggalkan komen menyatakan macam tidak logik pencuri tersebut boleh panjat pagar dengan tong gas yang berat itu.

“Macam tak logik je macam mana dia boleh panjat pagar dengan tong yang berat tu”, tulis pemilik akaun TikTok Dami B di ruangan komen.

Ada juga yang berseloroh menyatakan yang pencuri itu pekak disebabkan itu dia tidak gelabah dan buat tak tahu. “Aku rasa pencuri tu pekak lah dia tak gelabah. Dia buat tak tahu je, selamba je”-Imranjismail

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen menyatakan, mungkin wanita tersebut mengenali pencuri tersebut kerana kelihatan dia senyum sahaja. “Tengok dia senyum je. Akak mesti kenal dia kan”, tulis NurQalish Delisya Al

Sehingga kini masih tidak diketahui lagi kebenarannya. Sama ada lelaki yang mengambil tong gas tersebut benar-benar pencuri mahupun bukan. Seandainya benar, lelaki berkenaan pencuri, semoga dia diberikan hidayah dan diampunkan dosa-dosanya.

Pesanan untuk semua, susah macam mana pun janganlah mencuri. Bukankah lebih baik jika kita berusaha mencari pekerjaan halal yang lain dan meminta kepada pihak yang sepatutnya dengan cara yang baik.

Walaupun kadangkala ramai yang terpaksa mencuri namun ingatlah makanan dan minuman yang dimakan hasil dari mencuri menjadi darah daging kita. Moga-moga kita semua dijauhkan dari melakukan perbuatan buruk ini.

Kredit: TikTok Azmilkkl

Baca juga: “Urgent Kot..” Pemandu Subaru Forester Memotong & Memandu Secara Merbahaya Menimbulkan Kemarahan Orang Ramai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat