Perbezaan Antara JDT Dan Johor Dahulu


ANTARA JDT DAN JOHOR DAHULU
Perak dan Johor 90’s lebih bermakna

Kagum dengan perubahan JDT tapi tidak berbangga
SAYA TIDAK SETUJU PANDANGAN LIM TEONG KIM

Sejak pasukan Johor diambil alih oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibrahim, seluruh negara mengkagumi perubahan yg berlaku kpd pasukan tersebut termasuk diri saya. Johor atau nama kininya JDT tidak ubah seperti pasukan Chelsea apabila ia dimiliki oleh jutawan. Mereka tersohor hingga ke rantau Asia.

Terbaru saya mendengar pandangan Lim Teong Kim, bekas jaguh bola sepak negara yg memuji TMJ sebagai seorang yg berani kerana pelaburan besar TMJ kpd JDT apabila pasukan JDT kini mempunyai akademi sendiri termasuk padang latihan bola sepak sendiri dan pelbagai kemudahan lagi. Saya tidak menidakkan betapa Tunku TMJ sebagai ikon yg patut dicontohi tetapi apa yg ingin saya hujahkan ialah mengenai hujah Lim Teong Kim yg saya kurang bersetuju dgnnya.

fourfourtwo_jdt

Saya puji perubahan tersebut tetapi dari sudut pandangan lain SETAKAT INI saya tidak berbangga dgn ‘pencapaian’ yg diperolehi oleh JDT atau utk ‘Johor sendiri’. Malah jujur saya lebih berbanga dgn pasukan Perak yg tidak pernah tercicir dari saingan bola Piala Malaysia sejak liga semi pro dan profesional. Begitu juga dgn pasukan Johor 25 tahun dahulu. Kenapa?

Saya puji pasukan Perak dan pasukan Johor awal 90 an dahulu. Pasukan Perak contohnya, sejak zaman Raja Ahmad lagi, Perak tidak membuat pelaburan yg tinggi dlm sukan bola sepak negeri tetapi mereka berjaya melahirkan bintang2 yg hebat utk negara.

Apabila liga Semi Pro diperkenalkan, negeri2 lain sibuk mengambil pemain daripada Eropah dan Afrika, Perak hanya mengambil dua pemain Myamar (yg kita tak kenal langsung ) dan seorang pemain Korea.

Tapi Perak tetap berjaya memenangi Piala FA yg pertama, berjaya ke separuh akhir Piala Malaysia sebanyak 3 kali. Lebih membanggakan Perak berjaya melahirkan pemain yg berkualiti seperti Azizul Abu Haniffah, Zaidi Napiah, Nizam Azhar Yusuf, P. Ravindran, Indra Putra Muhyiddin dan ramai lagi.

Begitu juga dgn pasukan Johor dahulu. Di samping 3 pemain import hebat mereka seperti Abbas Saad, Allistar Edward dan Ervin Borban…saya masih mengingati nama2 yg hebat anak jati Johor seperti ketua pasukannya Nasir Yussuf, Sazali Nasir, Salehan Mat Som, Hassan Miskam, Annuar Abu Bakar, pemain licik Khalid Shahdan dan perlu diingat lagenda mereka Muhiddin Hussin dan Dollah Saleh.

Rate Serendah RM0.06 sen

Rate Serendah RM0.06 sen

Tapi kini walaupun JDT berbangga dgn pencapaiannya,, cuba beritahu saya siapa bintang anak Johor yg boleh dibanggakan samada utk negara dan utk rakyat negeri Johor sendiri. Sepatutnya dlm kejayaan pasukan Johor masakini, perlu ia diseimbangi dgn pemain tempatan sepertimana berlaku pada skuad sebelum ini.

Kpd rakan2 FB saya terutama anak Johor, cuba berlapang dada kerana topik yg ingin saya ulas ini ialah kita patut membuat kajian bagaimana pasukan Johor dahulu boleh mengimbangi antara pemain import dan tempatan dlm satu pasukan. Ia penting kerana itu matlamat utama sepertimana matlamat utama FAM iaitu kita mahu Liga Profesional ini mampu melahirkan pemain2 yg berbakat utk mewakili negara.

Mungkin ada yg berkata, mungkin pemikiran saya ketinggalan zaman. Tidak mengapa anda berkata demikian tetapi fikirkanlah Liga Malaysia pasti tidak menjadi Liga EPL. Liga kita mahuoun Liga di Korea sendiri pun tidak akn ditonton oleh penduduk seluruh dunia utk pasukan2 kelab atau negeri mendapat tajaan ratusan juta ringgit.

Baru ada penaja belasan juta ringgit pun terpaksa pengurusan negeri berkorban mem ‘pink’ kan stadium dan bermacam2 macam lagi. Berpijaklah pada bumi yg nyata. Akhirnya setiap tahun anda akan membaca di akhbar pasukan2 Liga Malaysia berhutang berjuta ringgit dgn para pemain.

LIGA MALAYSIA TAKKAN JADI EPL

Kenapa kita terpaksa meniru EPL? Percayalah sampai bila2 pun kita takkan jadi seperti EPL. Budaya dan keupayaan kita sgt berbeza dgn mereka. Sebenarnya saya sendiri tidak bersetuju dgn amalan Liga Profesional sekarang. Ini kerana matlamat asal kita ialah mencari bakat utk mengembalikan era kegemilangan negara. Tapi lihatlah apa yg berlaku, hampir kesemua pasukan negeri membeli 2 atau 3 pemain import utk posisi sebagai penyerang.

Hasilnya kita kehausan mencari penyerang berbisa. Jika ada pemain yg mungkin ketika mewakili sekolah dahulu seorang penyerang yg hebat tetapi gagal menyerlahkan bakat mereka kerana pasukan negeri mengambil jalan mudah atau tidak mahu mengambil risiko dgn mengambil penyerang import. Bagitahu saya siapa penyerang anak tempatan yg menjadi penjaring yg disegani???

Bagi saya adalah lebih baik Liga Profesional Malaysia buat ala Malaysia atau cara kita. Sesuai dgn keadaan dan keperluan negara kita. Jgn bandingkan EPL, Liga mereka utk perniagaan yg mampu memberikan pendapatan berpuluh billion kpd kerajaan hasil dari kutipan cukai.

Negara kita kerajaan menerusi FAM terpaksa menaja atau mengeluarkan wang hanya semata mata utk menghiburkan rakyat dgn sukan yg paling digemari ini. EPL, utk musim hadapan 50% sudah habis tiket terjual. Mereka mendapat puluhan juta ringgit hasil pembelian syarikat2 TV di seluruh dunia. Mereka mendapat tajaan puluhan juta ringgit dari jenama sukan, mereka mendapat pelabur yg sanggup melabur ratusan atau billion utk pasukan mereka. Sumber kewangan mereka berbagai-bagai.

Beberapa kali saya menulis kita kena kembalikan Liga Profesional Malaysia hanya pasukan negeri sahaja bertanding. Bukan sahaja utk Liga ini lebih meriah dgn kehadiran ramai penyokong yg ramai tetapi utk mengelakkan banyak pasukan berhutang dgn pemain2 hingga jutaan ringgit. ia sgt memalukan!!!

Banyak pasukan bertaraf kelab menghadapi masalah kewangan. Adalah lebih baik ATM yg berhutang, PDRM, Felda yg membelanjakan puluhan juta ringgit setahun itu menggunakan wang tersebut membina rumah2 murah utk bekas2 anggota polis, tentera atau utk kebajikan lain. Buat apa membuang duit kpd bola sepak yg hanya menghabiskan wang rakyat puluhan juta setahun????

Lihat syarikat2 bangsa lain. Astro, Public Bank, Hong Leong, YTL, Genting Highland, Berjaya dan lain2 lagi, adakah mereka melahirkan pasukan bolasepak sendiri sedangkan mereka adalah syarikat gergasi di mana pemilik2nya adalah 10 org terkaya di Malaysia. Mereka tak lakukan sebab mereka tahu ia satu pelaburan yg merugikan. Apatah lagi tidak memberi impak kpd perniagaan mereka. Itu beza pemikiran bangsa Cina terutamanya berbanding dgn org kita…

KENAPA SAYA BANTAH PUJIAN MENGGUNUNG LT.KIM

Berbalik kpd isu pujian Lim Teong Kim….Anda masih ingat majalah Impiana terbitan Kumpulan Karangkraf? Ketika majalah Impiana diterbitkan saya pernah masuk ke bilik Pengarangnya. Ketika itu majalah Impiana sudah diterbitkan utk beberapa isu. Saya beritahu Pengarangnya, tiada apa istimewanya majalah ini. Pengarang wanita yg mendapat pendidikan di luar negara itu agak terkejut.

Saya beritahu dia jika dia hanya menumpukkan kpd dekorasi rumah para jutawan yg ada, apa istimewanya? Org kaya memanglah dia mampu menghias rumahnya secantik yg mereka mahu. Macam ada org kaya memberitahu, dia beli piano ratusan ribu ringgit hanya kerana merasakan itu hiasan rumah org kaya.

10417452_1116065328426494_8679555317812532669_n

Lalu saya menasihatkannya (Pengarang Impiana ketika itu) utk mengambil fotografi di rumah pangsa biasa tetapi hiasan dalamannya menarik sepertimana rumah2 org Sweden yg pernah saya tinggal dahulu. Rata2 rumah mereka di luar biasa2 je, tetapi hiasan dalaman mereka sgt menarik.

Begitulah juga dgn pasukan JDT, bila ada duit apa sahaja ingin dilakukan mereka mampu miliki, malah nak bina stadium baru pun mereka mampu. Dgn peruntukkan dari TMJ dan Baginda Sultan berpuluh juta setahun, pastinya JDT mampu memiliki pasukan yg mempunyai pemain yg berkualiti tinggi.

Sepertimana pasukan Real Madrid. Pasukan Real Madrid ini jika disuruh Rajagopal jadi Manager pun, kalau tak Juara Liga akan jadi Naib Juara Liga. Sebab apa? Sebab pasukan ini kaya jadi mampu memiliki pemain2 terbaik di dunia.

Selalu saya katakan, saya tidak pernah berbangga jika pasukan Chelsea atau M. City menjadi champion EPL kerana pasukan ini melaburkan berbillion ringgit utk menjadi kuat. TAPI tunggu andaikata Leicester City Champion tahun ini, kalian memang patut memberi pujian menggunung kepada pengurusnya, Claudio Ranieri yg hanya mempunyai pemain yg bertaraf 3 bintang sahaja.

Saya ingin bertanya kpd Lim Teong Kim, selepas 4 tahun apakah kejayaan yg boleh dibanggakan? Menang dgn pemain anak Selangor, anak org putih dan pemain luar??? JDT2 yg agak ramai pemain tempatan, di mana kedudukan pasukan itu sekarang. Berani ( kata LTK ) ? Semua org ada duit berani. Yg tak ada duit ini la takut2.

National_Stadium_Bukit_Jalil_2014_AFF_Suzuki_Cup_final

LT Kim patut berbangga juga dgn pasukan Perak yg dilihat dhaif serba serbinya, tetapi setiap tahun ada sahaja pemain muda yg dilahirkan, Bila besi buruk itu menjadi emas dipancing oleh pasukan yg kaya raya. Inilah yg patut dibanggakan sekurang kurangnya mereka ini mampu menyumbang sesuatu utk negara.

Mungkin ada yg mengatakan, lihatlah pasukan ini berjaya mejadi Juara AFC. Ini adalah kerana fasiliti yg terdapat di JDT. Saya menyanggah pendapat tersebut kerana apabila pemain JDT yg paling ramai bermain utk Malaysia tetapi tumpas 6-0 kpd Palestin. Mungkin faktor Awang import byk mempengaruhi kejayaan tersebut.

Kita tidak persoalkan mengenai pelaburan TMJ malah ia satu pujian. Pujian Lim Teong Kim itu bagi saya tidak berasaskan kpd situasi di Malaysia. Kita dgn EPL berbeza…bagi saya Teong Kim mesti mensasarkan JDT menjelang 2018 akan dibarisi anak2 tempatan Johor.

Sekurang kurangnya 6 org pemain tempatan utk kesebelasan utama. Barulah berbaloi pelaburan Tunku utk kemajuan pasukan Johor di mana pegawai, penasihat, pengemudi, pengurus dan pihak2 terbabit mestilah membantu baginda utk membina semula pasukan Johor yg berasaskan anak2 tempatan sepertimana kegemilangan Johor dahulu. Perlu diingat saya bukan pertikaikan visi Tunku tapi saya pertikaikan kpd kata2 Lim Teong Kim yg seolah-olah menganggap pasukan negeri lain tidak profesional atau tidak berani.

Teng Kim mesti ingat, negeri nak bantu anak yg menghidap jantung berlubang pun terpaksa suruh rakyat membantu sorang sikit. Malah lihatlah Veledrom pertama negara yg dibina di Ipoh dinamakan Veledrom rakyat kerana kerajaan negeri tiada wang. Bersyukurlah rakyat Johor yg mempunyai TMJ yg kaya dan lebih penting dari itu sgt minat kpd sukan bola sepak negara.

Pujian Lim Teong Kim hanya berdasarkan kpd kemampuan mengadakan keperluan yg lengkap itu bukan suatu beliau boleh katakan berani dan sekaligus seolah menuduh pengurusan pasukan lain pengecut. Yg penting tentulah rakyat Johor ingin menantikan siapakah bintang anak tempatan yg bakal menerajui pasukan Johor sepertimana berlaku di era pasukan Johor awal 90 an dahulu. Inilah impian sebenarnya org Johor yg saya rasakan…percayalah org Johor suasana dan perasaannya sgt berbeza. Barangkali yg berada di dlm padang itu anak saudara kita, sepupu kita, bapa saudara kita, abang ipar kita, adik ipar kita…..

Semoga JDT terus berjaya bukan sahaja sebagai pasukan yg hebat dgn fasilitinya tetapi berjaya mencungkil bakat2 anak tempatan. Benar masih terlalu awal kita melihat misi Tunku tetapi pegawai2 JDT mestilah membuat kertas kerja yg benar2 mampu melahirkan bakat anak negeri selewat lewatnya 2020 nanti. Jika tidak pelaburan yg besar ini akan diperkatakan nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat