Sah! Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke-10


Pilihan Raya Umum yang ke 15 ini cukup sengit dan mendebarkan. Bukan sahaja ahli politik malah rakyat Malaysia turut sama merasai debarannya. Betapa lama rakyat Malaysia menunggu keputusan siapa yang bakal memimpin negara Malaysia, dari malam 19 November sehingga lah kepada hari ini.

Sah! Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke-10

Penantian yang cukup lama dan akhirnya hari ini pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 10 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, sebentar tadi.

anwar ibrahim

“Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

“Selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan,” demikian menurut kenyataan Istana Negara.

Sabtu lalu, pada sesi perbincangan khas Raja-Raja Melayu yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, baginda telah berkenan mewasalkan kepada Raja-Raja Melayu bahawa proses pelantikan Perdana Menteri baharu adalah susulan daripada PRU15

“Perbicangan khas itu juga bertujuan bagi Seri Paduka mendapat pandangan Raja-RajA Melayu untuk membolehkah baginda membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat.

“Proses di atas adalah bagi membolehkan Seri Paduka membuat keputusan melantik seorang Ahli Dewan Rakyat pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan,” katanya.

Semoga dengan lantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 10 ini bakal membawa perubahan dan transformasi kepada Malaysia. Diharapkan juga, beliau dapat membantu rakyat Malaysia bagi memperolehi kehidupan yang lebih aman, bahagia dan sejahtera.

Latar Belakang Datuk Seri Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim lahir pada 10 Ogos 1947 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau merupakan anak kepada bekas ahli parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan. Beliau dikurniakan 6 cahaya mata selepas berkahwin dengan Datin Seri Dr Wan Azizah Datuk Ismail.

Ayah kepada Nurul Izzah ini mula berkecimpung dalam dunia politik semenjak tahun 1982. Pada ketika itu, beliau bergiat aktif dalam parti Barisan Nasioanal (BN) dan juga UMNO. Namun pada tahun 1998, beliau mula beralih parti kepada Pakatan Rakyat (PKR).

Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menjadi Menteri Kewangan dan segala tugasan dan amanah yang diberikan dilaksanakan dengan baik. Ramai yang memuji hasil kerjanya yang bagus, bijak dan pintar.

Malah sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan, Malaysia menikmati kemakmuran. Tidak dinafikan beliau juga turut disegani oleh pelabur dan orang luar. Malah Euromoney menamakannya sebagai empat menteri kewangan teratas dan pada tahun 1996 Asiamoney menamakannya sebagai Menteri Kewangan terbaik.

Anwar bin Ibrahim juga merupakan seorang yang kental dan tidak pernah kenal erti mengalah. Walaupun sudah beberapa kali gagal memegang jawatan Perdana Menteri, namun akhirnya pada 24 November 2022 beliu telah dilantik menjadi Perdana Menteri ke 10. Pengorbanan dan kesabaran beliau selama ini akhirnya membuahkan hasil.

Sumber: Harian Metro

Baca juga: Masalah Bekalan Air Kelantan, Perlu RM7 Billion Untuk Pulihkan – Timbalan MB Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat