Didakwa Indah Khabar Dari Rupa, Pengguna Proton X70 Kesal Dengan After Sales Service Yang Tidak Memuaskan


Rata-rata ramai pengguna Proton X70 mengeluh akibat terpaksa berhadapan dengan perkhidmatan selepas pembelian (after sales service) yang tidak memuaskan dari Proton.

Isu ini dikhabarkan sangat ketara selepas Proton mematerai usahasama degnan syarikat permotoran dari China, Geely Automobile Holdings.

Pengguna Persoal Alat Ganti Proton X70 Yang Susah Didapati

Ramai pemilik Proton X70 berkongsi masalah kerosakan yang sering dihadapi kereta ini di samping kesukaran untuk mendapatkan alat ganti kenderaan.

Perkara ini turut menjadi perbualan hangat apabila satu hantaran tentang jenama kereta ini dikecam oleh pelakon Azhan Rani  tular di Facebook.

Dalam hantaran tersebut, Azhan Rani seperti pengguna Proton X70 lain turut berasa kesal dengan stok alat ganti yang sukar didapati. “Jika kereta ini banyak cetuskan masalah, kenapa ia masih dijual ?”, keluh pelakon tersebut.

Proton X70 milik pelakon azhan rani meragam

Kredit ” Facebook Azhan Rani

Pengguna di Facebook yang mengalami nasib sama turut bersetuju dengan komen tersebut. Warganet juga menyatakan kebanyakan proton ‘generasi Geely’ hanyalah indah khabar dari rupa.

Seorang pengguna Facebook sempat berkongsi pengalaman yang mengecewakan daripada Proton meskipun kereta ini merupakan jenama baru dan mempunyai rekaan mewah.

“Semua jenama ada masalah sendiri tetapi yang membezakan adalah cara mereka cari jalan penyelesaian dan Proton gagal dalam bab itu”, jelasnya.

Pengguna tersebut turut berkongsi keputusannya untuk menjual sahaja kereta X70nya walaupun baru dipakai selama dua tahun dengan mileage 30,000 kilometer sahaja. Menurutnya, keputusan itu dibuat berikutan masalah kotak gear kereta tersebut.

 

Proton X70 Dikatakan Mudah Rosak

Sementara itu, seorang pengguna X70 turut luahkan kekesalan apabila pelbagai masalah timbul hanya selepas 10 bulan digunakan.

Menurut pengguna ini, beliau sudah membuat laporan di ibu pejabat namun pihak mereka berdolak-dalih dan menyuruhnya menghubungi pusat servis pula.

“Punya banyak kereta Proton X70 dekat jalan, takkan alat ganti tak cukup?” soal pengguna tersebut .

Seorang lagi pengguna Facebook lain pula berkongsi bahawa jenama Geely dari China tidak memegang reputasi yang baik sebagai pengeluar kereta.

Khabarnya, warga China sendiri tidak menggunakan kenderaan Geely kerana masalah alat ganti kenderaan. “Bukan saja terhad, malah alat ganti kereta Geely juga tidak dapat penuhi keperluan dalam tempoh masa yang lama. Agak-agak lepas 10 tahun ada lagikah alat ganti kereta ini?” soal pengguna tersebut.

jangka masa panjang protonx70 dipersoal netizen

Isu ini sedikit sebanyak telah mencalarkan imej syarikat Proton. Mana-mana kereta pun pasti ada masalahnya cuma perihal waranti dan after sales service perlulah dititikberatkan untuk kepuasan pelanggan.

Setakat ini, pihak Proton belum keluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara ini. Apa-apa pun semoga isu yang dihadapi pengguna Proton X70 dapat diselesaikan secepat mungkin.

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat