“Saya sudah maklumkan kepada pihak polis berkenaan ini. Undang-undang ini akan dikaji apabila Parlimen bersidang kelak,” dalam catatan di laman Twitter.

 Beliau memuat naik catatan tersebut berkenaan dengan kes berhubung penangkapan seorang lelaki di Langkawi berhubung kenyataan penghinaan yang keterlaluan di laman Facebook terhadap Perdana Menteri dan agama Islam.

Menerusi laman sosial Facebook Ibu Pejabat Polis (IPD) Langkawi, merupakan sumber berita berkenaan, penahanan suspek dibuat susulan atas laporan yang dibuat beberapa wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) kepada polis. Suspek tersebut akan direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut. – Bernama