Mengapa Proton Menjual Saham Kepada Geely Automobile Holdings


Semalam, 24/5/2017 Syarikat Proton Holdings Bhd (Proton)  yang di diasaskan pada tahun 1983 dan kereta pertama iaitu Proton Saga dilancarkan pada 1985 yang dimilik oleh Malaysia telah di katakan menjual saham Proton kepada Geely Automobile Holdings Ltd. (Geely) untuk dijadikan rakan kongsi yang hangat di perkatakan.

Punca Kenapa Proton Menjual Sebahagian Saham Kepada Geely :

Geely boleh melakukan perkara yang sama ke atas Proton, terutamanya dalam memaksimumkan kapasiti kilang pengeluarannya di Tanjung Malim, selain mendorong jenama Proton ke pasaran global dan serantau secara besar-besaran.

Proton selepas ini akan berada di landasan pertumbuhan yang meningkat, berdasarkan pencapaian Geely dalam memulihkan Volvo dan menyasarkan jualan sebanyak sejuta unit pada 2017.

Proton (dan) kerjasama Proton-Geely bukan sahaja akan menjadi situasi ‘menang-menang’ kepada kedua-dua pihak tetapi juga kepada Malaysia.

Geely adalah sebuah perusahaan automotif swasta pertama dan terbesar di China, berpusat di Taizhou, Zhejiang. Pada 2009, Geely membuat kejutan dengan membeli Volvo dari Ford Motors pada harga USD1.3 bilion (RM5.7 bilion).

Malaysia sebagai pusat utama pembuatan dan penjualan kereta keluarannya di rantau Asia Tenggara.

Kenapa Proton Jadikan Geely Sebagai Rakan Kongsi

Geely mempunyai rekod prestasi yang telah terbukti dalam menyelamatkan pengeluar kereta dari Sweden yang terkenal, Volvo, yang dibelinya pada 2010, dan jualan jenama Sweden itu melebihi paras setengah juta dalam tempoh lima tahun.

Jenama kereta Geely dikatkan paling laris di China beberapa tahun kebelakangan ini, lebih-lebih lagi setelah mengadakan kerjasama dengan Volvo. Pada tahun lalu, jumlah pengeluaran kereta Geely dan Volvo telah mencecah sejuta unit.

Geely membawa kepada pertumbuhan dalam pembuatan, model kereta baharu, pemindahan teknologi dan platform, peluang pekerjaan yang meningkat, dan tempahan lebih besar bagi vendor Malaysia,

Geely mempunyai rekod kejayaan mereka sendiri, mereka berjaya meningkatkan prestasi Volvo untuk menjadi lebih baik berbanding semasa Ford memiliki Volvo sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat