Pilihan Susu Terbaik Yang Harus Di Ambil Oleh Ibu dan Anak Selepas 2 Tahun
Haii ibu-ibu di luar sana, di sini saya nak bagitahu dan kongsikan satu jenis susu yang baik untuk kesihatan dan sangat sesuai diambil oleh ibu dan anak kecil (selepas 2 tahun) dan pilihan susu terbaik untuk anda adan anak. Walaupun ianya sekadar susu tetapi korang harus ambil tahu kandungan dan kuantiti yang perlu diambil untuk pembesaran dan kesihatan anak kita.
Kalau korang semua nak tahu anak selepas dua tahun pilihan hanyalah freshmilk itu pun sehari 3 kali sahaja. Katakan tidak pada formula milk. Jangan taksub dengan 1 step sampai 7 tahun. Itu adalah marketing strategi masing-masing. Yang penting kita yang tak mudah dipengaruhi. Pastikan freshmilk pilihan korang jenis pasturized. Bukan jenis freshmilk perahan dari lembu terus bagi anak. Risiko contiminated sangat tinggi.
Selepas tamat belajar sebagai kaunselor penyusuan, saya terus tukar susu anak kepada fresh milk. Kalau bawah 2 tahun hanya susu ibu. Jika 1 tahun ke atas susu ibu tiada, susu fresh boleh dimulakan selepas 1 tahun kerana 1 tahun kanak-kanak dah mula makan ayam kerana molekul protein ayam lebih besar dari molekul protein fresh milk. Jadi atas 1 tahun boleh minum freshmilk jika tiada alahan dengan lactose.
Apakah Pilihan Susu Terbaik?
Anda harus ingat 1 tahun ke atas harus diutamakan diet seharian dia dan susu hanya sampingan. Susu bukan keutamaan. Sumber kalsium boleh gantikan diet dengan cheese, nasi goreng cheese dan sebagainya. Sebab cheese 3 kali ganda lebih tinggi kalsium dari secawan susu segar. Formula milk akan buat anak anda tolak real food.
Dan kalau nak tahu, ikan bilis kaya dengan kalsium, vitamin E dan D. Malah lebih baik dari tuna serta ikan siakap kerana ikan bilis kurang kadar pencemaran merkuri kerana ikan bilis jangka hayatnya pendek. Malah kalau makan 10 ekor ikan bilis saja sudah dapat 80gram kalsium. Korang makan ikan bilis kira tak?
Makan sayur yang tinggi kalsium dan magnesium seperti brokoli dan superfood seperti chiaseed. Jika anak dapat kalsium sahaja tanpa sumber magnesium tetap tidak akan membantu menguatkan tulang. Seeloknya amalkan magnesium oil setiap hari. Sapu di tapak kaki anak setiap malam. Kepentingan vitamin D juga sangat penting untuk bantu penyerapan kalsium secara optima. Rajin-rajin bawa anak keluar ke taman pagi hari untuk dapatkan sumber vitamin D semulajadi iaitu cahaya matahari sekitar jam 8.30am – 9.30am.
Apa Kata Pakar?
Menurut pakar kanak-kanak, formula milk lebih tinggi gula dari fresh milk. Malah lebih tinggi gula dari susu kotak Ducth Lady perasa strawbery mahupun coklat yang korang takut nak bagi anak minum sebab tinggi gula katanya. Sedangkan formula milk lagi tinggi gula dari susu kotak itu. Ingat ye terdapat ‘hidden sugar’ dalam formula milk yang sering kita gunakan.
Susu formula terlalu banyak lemak trans dan hidden sugar tinggi karbo, malah ada laktosa, sukrosa, maltosa, maltodexrrin. Ada juga corn syrup solid, high fructose corn syrup.
Dapat bayangkan tak bagaimana cecair boleh tukar jadi serbuk? Sebab itu saya nasihatkan agar susu formula kena bancuh dengan menggunakan yang bersuhu 70C dan ke atas. Malah tak boleh campur dengan air masak langsung kerana nak mematikan kuman E sakazaki. Kuman tersebut hanya boleh mati pada suhu air 70C ke atas.
Nutrisi formula milk bukan dari bahan semulajadi iaitu dari zat sintetik dan khasiatnya akan berubah-ubah apabila bercampur dengan suhu 70 C. Panduan dari KKM dan UNICEF menyarankan bancuhan susu hanya dengan air panas 70 C dan ke atas. Dari pentingkan nutrisi, lebih baik fikirkan keselamatan anak-anak. Pilihan susu terbaik harus diberi perhatian yang sebaik mungkin sebelum diberikan kepada anak-anak.
Dan korang tahu tak AHA DHA susu formula yang diiklankan dari mana? Iaitu dari alga sejenis kulapuk.
Berbanding susu ibu AHA DHA dari sumber asli ikan dan daging, iaitu dari sumber si ibu yang hari-hari makan. Jadi dari lahir sehingga 2 tahun susu ibu sangat menjadi keutamaan. Kalau selepas pantang susu drop carilah kaunselor penyusuan. Bukan susu formula. Pilihan susu terbaik untuk anak bawah dua tahan hanya ibu susuan bukan susu formula. Tapi tak semua orang boleh terima kan? Teman seangkatan saya mempunyai 5 anak susuan yang tiada ikatan persaudaraan. Saya pula baru mempunyai seorang anak susuan.
Sebab itu kadang-kadang dengan susu formula kita sering dapat masalah sembelit atau cirit sebab ada benda alah ini. Yang buat perut irritate dengan segala jenis unsur gula. Perut sangat sensitif dengan gula. Sebab itu gula merupakan salah satu pembunuh utama rakyat malaysia.
Kalau pilih fresh milk mesti yang ikut peraturan pasturization dan KKM terima. Anda baca nutri facts sejenis susu formula jenama A. Macam kita kononnya mahukan 3 scoop saja taknak anak sembelit. Tapi tahu tak jenama A perlukan 6 scoop per siving untuk lengkapkan keperluan protein secukupnya untuk nutrisi kanak-kanak. Cakna label pada susu anak!
Saya sudah, anda bila lagi?
Pilihan di tangan anda, ingat bawah dua tahun ialah SUSU IBU.