Ulang Tahun Kedua Perlaksanaan GST, Ini Realitinya.
Tahniah PM Najib dan Kerajaan pemerintah sekarang sempena Ulang Tahun Kedua GST.
+ Alhamdulillah! harga Daging sekotak hanya naik 75% dalam masa dua tahun. Dari RM 200++ naik kepada RM 370 sekotak.
+ Harga barangan mentah hanya naik setiap bulan. Dulu keli RM 3.50 sekilo, sekarang baru RM 7 sekilo.
+ harga minyak sekali naik RM 10/5kg. Bukan calang-calang PM yang pernah buat kerja seperti PM sekarang.
+ Kangkung pun dari rm 1.50 /kg sekarang baru naik rm 6-7 /kg. Tu kangkung.
+ Ikan kembung/ selar dr rm 8-10 /kg baru naik sehingga rm 16-18/kg.
+ harga minyak juga turun naik.
+ Yang turun hanyalah hujan setiap hari.
Terima kasih dan Tahniah! Teruskan usaha anda untuk “Rakyat di dahulukan, Cukai dan GsT di utamakan”.
p/s: Ditulis oleh Wan Hilmi Wan Mohd Nor Hilmi yang juga digelar Bapak Rambo kerana memiliki restoran ‘Rambo’ di Bandar Baru Bangi.