5 Kanak-kanak Meninggal Kerana Kecuaian Ibu

Sumber Rujukan : World Of Buzz

Sebagai seorang ibu, anak-anak adalah hadiah yang paling bermakna. Bagaimana ibu ini akan menjalani hidupnya selepas ini setelah dia telah menyebabkan kematian kelima-lima anaknya pada suatu kemalangan yang ngeri?

Mengikut sumber daripada Oriental Daily, kejadian ini berlaku di Jiangsu, China apabila keluarga ini pergi bersiar-siar pada 31 Julai pada pukul 6.50pm. Ibu yang berusia 39 tahun yang bernama Jiang baru mendapat lesen dan dia yang memandu ketika itu dengan suami berada di tepi untuk membantunya.

Anak-anak mereka berada di tempat duduk belakang, dan ketika mereka mahu pulang setelah sampai di destinasi, si ibu telah tertekan accelerator dengan kuat, yang menyebabkan kereta itu laju kehadapan. Disitu bermulanya tragedi itu apabila kereta itu terus terjunam ke dalam sungai yang berada dekat dengan kawasan itu.

Penduduk yang melihat kejadian itu dengan lajunya terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan mereka, namun, mereka hanya sempat menyelamatkan pasangan suami isteri itu, tetapi bukan anak anaknya kerana arus terlalu kuat.

Pihak penyelamat sampai ketempat kejadian dan cuba untuk menyelamatkan mereka juga tetapi sungai itu terlalu dalam. Bantuan kren terpaksa digunakan untuk mengangkat kereta dan kanak-kanak yang terperangkap, dan dikejarkan ke hospital untuk diselamatkan. Namun semua itu telah terlambat dan semuanya telah mati lemas.

Ibu kepada lima anak itu berterusan menyalahkan dirinya sendiri sepanjang operasi menyelamat itu dijalankan dan dia juga mahu membunuh dirinya sendiri. Pasangan itu telah kehilangan empat anak perempuan dan seorang anak lelaki yang berusia dalam lingkungan 7 hingga 17 tahun.

Polis akan menyiasat kejadian ini dengan lebih lanjut.

Hati hati kepada semua pembaca. Malang tidak berbau. Moga roh mereka bersemadi dengan aman.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat