Kesan Telefon Anda Yang Hilang Guna Google

Sumber Rujukan : Asma Nabihah Zali

Anda pasti pernah mengalami situasi dimana anda tidak menjumpai telefon anda. Seram sejuk di buatnya, salah letak ke? tertinggal ke? Atau hilang di curi?

Banyak terdapat aplikasi yang percuma mahupun yang berbayar yang boleh anda di muat turun. Tetapi, tahukah anda yang anda juga boleh Google telefon anda yang hilang sama seperti telefon jenama iPhone? Syaratnya ialah anda perlu log in email yang di gunakan di telefon anda.

Jangan risau kalau anda setkan phone anda dalam mode silent atau nada dering yang rendah, kerana anda boleh kuatkan bunyi nada dering untuk memudahkan anda mencari phone anda.

Kaedah ini juga boleh mengesan lokasi terkini phone anda tetapi anda haruslah on kan fungsi loaction di phone anda untuk dapatkan lokasi yang lebih tepat.

Dan yang paling penting phone anda haruslah on/hidup dan mempunyai akses kepada internet. Sila rujuk gambar-gambar dibawah dan arahan yang di nyatakan.

1. Bukak Google.com dan taip “find my phone”

2. Pilih link seperti gambar di atas.

3. Anda perlu log in menggunakan email yang sama seperti digunakan di phone anda dan klik “Log in”

4. Maka akan keluar senarai phone yang menggunakan email yang sama. Pilih phone yang anda mahu cari.

5. Selepas memilih phone yang anda mahu cari. Akan keluar senarai pilihan yang boleh anda buat untuk mendapatkan kembali phone yang hilang tadi. Tekan “Locate” untuk kesan phone anda guna maps.

6. Maka akan keluar paparan seperti di atas.

7. Anda juga boleh memilih “Play Sound” untuk membunyikan phone anda selama lima minit.

Selamat mencuba! Jika tidak jumpa juga boleh lah cari phone anda di kedai-kedai phone yang terdekat. Pasti ada, syaratnya hanya perlu bawa duit yang secukupnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat