Ketahui Kebaikan Bermain Game Online Tanpa Anda Sedari
Game yang berasaskan online memang sedang hangat di zaman moden ini. Secara faktanya, pada zaman ini tidak hanya kanak-kanak sahaja bermain permainan online ini tetapi para remaja dan oran dewasa juga ada yang ketagih dengan permainan online ini. Namun terdapat segelintir masyarakt yang melontarkan pandangan negatif kepada gamer ini. Bahkan mereka dianggap sebagai orang yang gagal dalam menjalani kehidupan nyata mereka. Disebabkan itulah mereka lari ke dunia maya yang merupakan dunia baru mereka.
Begitulah pandangan sesetengah masyarakt yang hanya berfikiran negatif terhadap sesuatu yang mereka tidak gemarai. Mereka tidak akan pernah untuk mengetahui kebaikan yang tersirat daripada permainan online ini. Jom sama-sama kita memahami penulisan ini supaya kita tidak lagi memandang negatif sahaja kepada permainan online ini.
KEBAIKAN BERMAIN GAME ONLINE
-
Boleh Hilangkan Stress
Pernahkah kamu berasa stress? Selepas bekerja seharian atau membuat assignment kuliah. Tahukah anda bermain game online boleh menjadi salah satu hiburan yang tepat semasa anda dalam keadaan stress? Pada dasarnya fungsi dari game itu sendiri sebagai media hiburan. Maka tidak salah lah menghiburkan diri dengan permainan yang menghiburkan. Bermain game online boleh menjadi salah satu jalan keluar untuk lepaskan diri dari tekanan yang membuat anda stress.
-
Memupuk Semangat Berpasukan
Beberapa jenis game online seperti RTS (Real Time Strategy) dan FPS (First Person Shooter) memerlukan kerjasama antara ahli pasukan yang kukuh untuk menang sesebuah pertempuran. Dalam game ini para player akan dilatih keahlian mereka untuk bernegosiasi, mengambil keputusan, melakukan rancangan dan menyusun strategi. Di dunia nyata, hal ini menjadi nilai ini lebih mudah difahami oleh para gamer. Para gamer boleh mengaplikasikannya pada kehidupan bersosial mereka. Sebagai contoh semasa bekerja dengan sebuah pasukan atau kumpulan, mereka boleh bekerjasama dalam pasukan dengan baik demi mencapai sebuah tujuan bersama.
-
Dapat Membuat Pilihan Sendiri
Di dalam senario sesebuah online game, seseorang gamer selalu diberikan berbagai pilihan yang susah yang akan mempengaruhi senario dalam game tersebut. Oleh kerana itu, seorang gamer akan mengenal pasti kemungkinan yang akan terjadi dan risiko yang perlu dihadapi ketika mereka membuat pilihan tertentu. Kemampuan untuk mengenalpasti kemungkinan yang terjadi berdasarkan pilihan mereka sangat diperlukan untuk kehidupan seharian mereka. Mereka akan lebih berfikiran ke depan saat melakukan sesuatu keputusan dan sentiasa mempunyai rancangan untuk tindakan seterusnya.
-
Sarana yang Baik Untuk Mengasah Otak
Percaya atau tidak, bermain online game dapat meningkatkan kemampuan kognitif. Isabela Granic, profesor dari Radbound University Nijmegen di Belanda, dalam penelitiannya menyatakan bahawa bermain game dapat meningkatkan kemampuan navigasi, berfikir, mengingat dan menerima informasi baru.
-
Dapat Meluaskan Pengetahuan
Bermain online game bermaksud kita bertemu dengan berbagai jenis pemain yang mempunyai ragam berbeza-beza, baik berbeza dari segi negara, agama, bangsa mahupun bahasa. Mahu tidak mahu, pemain tersebut perlu berkomunikasi dengan mereka. Dengan itu, online game dapat dijadikan sebagai medium untuk belajar pelbagau bahasa dan sedikit sebanyak budaya bangsa lain. Bahkan kita dapat belajar untuk berkomunikasi dengan berkesan dan bertolak ansur.
-
Belajar Menerima Menang atau Kalah
Permainan dalam online game juga secara tidak langsung juga telah menanamkan nilai-nilai sportivitas dalam diri mereka. Mereka mematuhi peraturan permainan yang telah berlaku. Selain itu, bagi seseorang gamers kalah dan menang adalah hal yang biasa. Secara tidak sedar mereka dididik agar tidak sombong semasa menang dan tidak pula untuk mudah menyerah semasa mengalami kekalahan. Nilai-nilai seperti inilah yang sangat penting dalam mengharungi lautan kehidupan di dunia nyata. Nilai-nilai yang membuat seseorang menjadi individu yang selalu bersyukur dalam segala hal dan tidak pernah merasa murung dikala sedang terjatuh.
-
Boleh Mendatangkan Hasil (Duit)
Di dunia international, beberapa game online sudah diakui sebagai cabang olahraga yang disebut ESports (Electronic Sports). Setiap tahun, berbagai negara mengirimkan atlet game terbaiknya untuk mengikuti pertandingan game bertaraf international. Bahkan ada beberapa game developer yang mengadakan pertandingan international setiap tiga bulan sekali, misalnya Dota2 dan League of Legend. Tidak tanggung-tanggung, misalnya pada tournament The International Dota2 pada tahun 2014, hadiah yang diberikan senilai $ 5 juta USD. Angka yang sangat fastastis bukan? Hal inilah yang menjadikan alasan mengapa game boleh menjadi sumber penghasilan yang menjanjikan. Bermain game dan boleh menghasilkan duit, siapa yang tidak mahu?
Segala hal memang bermanfaat bila kita selalu berfikir secara positif, termasuk bermain game online. Bermain game memang boleh membuatkan anda ketagih, namun diperingatkan sesuatu itu tidak baik ketika kita melakukan secara berlebihan.