Penyakit Polio Kembali Ke Malaysia


Penyakit Polio

Polio kembali ke malaysia setelah 27 tahun pupus di bumi Malaysia. Ini merupakan  satu berita yang membimbangkan dan menyedihkan. Kes pertama penyakit polio telah dikesan selepas 27 tahun negara kita diisytiharkan bebas penyakit itu. Bayi lelaki dari Tauran, Sabah disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada disember lalu. Virus ini amat ditakuti & boleh membunuh. Jadi ini info penting penyakit polio mak ayah wajib tahu.

Penyakit Polio atau nama penuhnya poliomielitis adalah sejenis penyakit yang boleh menyebabkan kelemahan otot yang mengakibatkan ketidakupayaan pesakit untuk bergerak. Ia juga boleh memberikan komplikasi seumur hidup (lumpuh) dan juga boleh menyebabkan kematian ke atas setiap pesakitnya. Polio berpunca daripada penyakit berjangkit yang disebabkan oleh poliovirus.

Poliovirus adalah sejenis penyakit yang sangat mudah untuk merebak. Penyakit ini boleh disebarkan melalui cecair badan/najis. Pesakit yang mengalami penyakit polivirus ini boleh diserang lumpuh kerana virus tersebut telah menyerang sel otak dan juga saraf tunjang mereka. Selain itu, penyakit ini boleh menyebabkan kematian kerana ia akan melemahkan otot pernafasan sehingga pesakit tidak boleh bernafas langsung.

Penyakit ini telah muncul sejak zaman mesir purba lagi. Namun, pada ketika itu tiada pencegahan yang telah ditemui keatas penyakit ini. Ramai yang telah terkorban disebabkan penyakit ini terutama bagi golongan kanak-kanak. Pada selepas itu, vaksin polio ini muncul pada sekitar tahun 1954-1955.

Gejala Polio

Penyakit Polio

Sesetengah penderita polio tidak menyedari bahawa mereka telah dijangkiti polio, ini kerana virus polio pada awalnya hanya menunjukkan sedikit gejala atau bahkan tidak menunjukkan gejala sama sekali. Meskipun demikian, penderita polio tetap dapat menyebarkan virus dan menyebabkan infeksi pada orang lain.

Berdasarkan gejala yang muncul, polio dapat dibagi kepada 2 jenis, yaitu polio yang tidak menyebabkan kelumpuhan (nonparalisis) dan polio yang menyebabkan kelumpuhan (paralisis). Berikut adalah gejala kedua jenis polio tersebut:

1. Polio Nonparalisis – jenis polio ini tidak menyebabkan kelumpuhan. Gejala ini muncul 6-20 hari apabila positif virus polio dan bersifat ringan. Gejala ini juga berlangsung selama 1-10 hari, dan akan sembuh dengan sendirinya.

Antara gejala tersebut ialah:

  • Deman
  • Sakit kepala
  • Muntah
  • Otot terasa lemah
  • Kaku di bahagian leher dan punggung
  • Kebas dan mati rasa di bahagian lengan atau kaki

2. Polio Paralisis –  jenis polio ini sangat berbahaya kerana dapat menyebabkan lumpuh. Gejala awal polio paralisis ini sama dengan polio Nonparalisis. Namun dalam waktu 1 minggu, akan muncul gejala berupa:

  • Hilang refleks tubuh
  • Ketegangan otot
  • Kaki atau lengan terasa lemah
  • Meningitis iaitu keradangan pada selaput otak
  • Lumpuh

Orang Yang Berisiko Mendapat Penyakit Polio :

Seseorang itu berisiko dijangkiti polio apabila :

  • Tidak membasuh tangan dengan sempurna selepas membuang air besar atau selepas menukar lampin bayi.
  • Tidak menggunakan bekalan air bersih.
  • Mempunyai sistem imun yang rendah seperti pesakit yang sedang menjalani rawatan kemoterapi dan penerima organ.
  • Tidak menggunakan tandas dengan sempurna.
  • Sejarah terkini perjalanan ke kawasan yang berlaku wabak polio.
  • Mengendalikan spesimen makmal virus polio.

Cara Mencegah Penyakit Polio

Penyakit Polio

Cara terbaik untuk melindungi diri daripada penyakit polio adalah dengan mendapatkan vaksin polio. Di Malaysia, vaksin polio diberi sebanyak empat (4) dos secara kombinasi bersama vaksin difteria, pertussis, tetanus & Haemophilus influenzae type b (Hib) kepada kanak-kanak yang berumur 2, 3, 5 dan 18 bulan. Vaksin ini diberi secara percuma unutk warganegara di semua fasiliti kesihatan kerajaan dan caj minima dekenakan bagi bukan warganegara. Di samping itu, orang ramai juga dinasihatkan untuk menjaga kebersihan diri dan persekitaran.

Jadi ibu bapa dan orang ramai diingatkan supaya mengambil langkah berjaga -jaga. Seperti mana nasihat yang dikelurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). KKM menasihati orang ramai untuk memastikan anak-anak mendapat vaksinasi polio yang lengkap mengikut jadual yang telah ditetapkan. Membawa kanak-kanak yang cicir imunisasi ke fasiliti kesihatan yang terdekat. Selain itu, mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan yang terdekat sekiranya mengalami gejala AFP.

Orang ramai juga hendaklah mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer). Terutamanya selepas keluar dari tandas dan selepas menukar lampin serta menjaga kebersihan persekitaran. Akhir sekali, menyediakan makanan secara bersih dan selamat termasuk membasuh ulam-ulaman atau sayur-sayuran yang dimakan mentah dengan air bersih, minum air yang telah dimasak serta memilih premis makanan yang bersih.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini berkaitan penyakit polio anda boleh melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia https://www.infosihat.gov.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat