Jangan Ambil Ringan dengan Sakit Perut, Anda Mungkin Menghidap Penyakit Apendiks
Jika anda mengalami sakit perut, jangan ambil ringan akan perkara ini. Rata rata kita ketahui sakit perut boleh terjadi daripada pelbagai gejala seperti gastrik, keracunan makanan, kembung perut, masalah penghadaman dan sebagainya.
Namun, sakit perut juga boleh terjadi daripada sakit appendiks. Apakah dan bagaimana apendiks ini berlaku masih menjadi tanda tanya kepada segelintir masyarakat.
Simptom atau tanda-tanda penyakit apendiks ini terdiri daripada beberapa faktor. Penyakit apendiks ini dikelaskan sebagai penyakit berbahaya. Apabila penyakit mencapai tahap keradangan, ia akan menjadi amat berbahaya dan boleh pecah.
Hal Ini sudah tentu boleh mencetuskan jangkitan di dalam badan dan menyebabkan kecederaan yang lebih serius. Pembedahan merupakan salah satu cara terbaik untuk merawat penyakit apendiks ini.
Apa itu Apendiks?
Apendiks adalah lebihan daripada usus perut, terletak di bahagian kanan usus. Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan.
Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen).
Apa Fungsi Apendiks pada tubuh?
Tidak ada sesiapa yang mengetahui apakah fungsi apendiks yang sebenar dan ada teori mengatakan apendiks bertindak sebagai mengumpul bakteria baik supaya mengembalikan sistem penghadaman selepas sakit cirit-birit. Tetapi, apa yang pasti seseorang manusia boleh hidup tanpa apendiks.
Namun, tidak bermakna jika apendiks tidak mempunyai apa-apa peranan di dalam sistem pencernaan kita, ia tidak mendatangkan apa-apa masalah.
Simptom awal apendiks?
- Muntah
- Loya
- Pesakit akan berasa sakit di sekitar bahagian tengah perut sama seperti sakit perut daripada keradangan organ perut (gastrik).
- Cirit-birit tetapi kuantiti najis sediki / sembelit
- Pening kepala
- Badan tidak bermaya
- Sakit di bahagian kanan di bawah paras pusat
Punca-punca penyakit Apendiks?
- pemilihan makanan yang tidak sihat
- kuman daripada makanan serta minuman
- gemar makanan segera
- tidak menggemari sayur-sayuran dan buah-buahan
- corak pemakanan yang tidak teratur dan tidak seimbang
- kurang mengambil air putih
- malas bersenam
- mengalami masalah penghadaman
Tonton video mengenai Apendiks yang disampaikan oleh Dr.Zamzuri Zakaria, Pakar Bedah Am, Payudara dan Endokrin Hospital Putrajaya dalam segmen DR & ANDA: