Mata Merupakan Salah Satu Organ Yang Harus Kita Titik Beratkan Dalam Penjagaan Mata
Mata merupakan salah satu organ yang sangat penting bagi semua kehidupan termasuk kita sebagai manusia. Semua hidupan memerlukan deria penglihatan. Cuba kita bayangkan kehidupan kita tanpa deria penglihatan, tentu sekali sukar untuk kita bergerak dan melakukan aktiviti seharian kita.
Kita sewajarnya mengambil serius dalam menjaga mata kita supaya kita dapat menjalani kehidupan seharian kita dengan sempurna.
Disini kami ingin kongsikan tips bagaimana untuk anda menjaga kesihatan mata anda semua. Semoga perkongsian ini dapat memberi kesedaran kepada anda tentang betap pentingnya mata kita untuk kehidupan seharian kita.
Tips Penjagaan Mata
1. Pemakanan Yang Sihat
Mungkin ramai antara kita yang tidak sedar bahawa pemakanan juga memainkan peranan penting dalam penjagaan mata kita. Bagi menjamin mata yang sihat, kita seharusnya mengambil makanan yang mengandungi Lutein, Omega-3, VitaminC, zinc dan Vitamin E.
2. Memakai Cermin Mata
Mungkin ada yang beranggapan bahawa memakai cermin mata hanya untuk bergaya sahaja. Namun seharusnya kita ketahui adalah, dengan memakai cermin mata, ia dapat menlidungi mata kita dari terkena sinaran matahri yang terus ke mata. Hal ini mengelakkan mata daripada rosak kerana menerima terlalu banysinaran UV.
Apabila kita melakukan sebarang kerja, kita juga digalakkan untuk memakai cermin mata keselamatan bagi melindungi mata daripada habuk, bahan kimia ataupun alatan yang berbahaya.
3. Elakkan / Berhenti Merokok
Seperti yang kita tahu, merokok banyak mendatangkan penyakit kepada kita termasukkan mata kita. Merokok boleh mendatangkan masalah seperti katarak mata, kerosakan pada saraf optik dan degenerasi macula.
Selain itu merokok juga boleh membawa kesan yang lebih buruk kepada perokok iaitu boleh mengakibatkan perokok menjadi buta.
Kajian juga telah menunjukkan bahawa perokok berisiko menghidap uveitis iaitu 2.2 kali ganda berisiko berbanding yang tidak merokok.
4. Kurangkan Penggunaan Telefon Pintar atau Komputer
Sememangnya tidak dinafikan bahawa kerja kita memerlukan kita menggunakan komputer selama beberapa jam sehari. Namun kita boleh cuba mengelakkan dari menggunakannya semasa dirumah tidak kira samaada telefon mahupun komputer.
Penggunaan komputer dan telefon yang tidak terkawal boleh menyebabkan masalh seperti digital eye strain, penglihatan menjadi kabur, mata kering, pening kepala dan masalah dalam menumpukan penglihatan jarak jauh.
5. Kerap Melakukan Pemeriksaan
Dapatkan pemeriksaan daripada doktor yang bertauliah sekurang-kurangnya 2 tahun sekali. Ini dapat menjamin kesihatan mata dan mengetahui status kesihatan mata kita.
Sekiranya berlaku sebarang masalah pada penglihatan kita, kita dapat melakukan tindakan awal bagi mencegahnya menjadi lebih teruk atau tidak dapat diselamatkan lagi.
Kesimpulannya
Kesihatan mata merupakan satau perkara yang harus kita serius. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari merawat. Jaga lah mata kita sebaik mungkin kerana ia satu aset yang tiada galang-gantinya.