Kisah Minyak Dagu: Berhati-hati Para Wanita, Bahayanya Sangat Dahsyat & Tips Khas Untuk Mengatasinya
[AMARAN: Allah ta’ala berfirman (yang ertinya), “Dan Nabi Sulaiman tidaklah kafir, akan tetapi para syaitanlah yang kafir, mereka mengajarkan sihir kepada manusia” (Al Baqarah : 102)
Imam Adz Dzahabi rahimahullah berdalil dengan ayat di atas untuk menegaskan bahawa orang yang menggunakan ilmu sihir, maka dia telah kafir. Kerana tidaklah para syaitan mengajarkan sihir kepada manusia melainkan dengan tujuan agar manusia menyekutukan Allah ta’ala.]
Apakah minyak dagu?
Minyak dagu ini adalah sejenis minyak sihir yang di perbuat daripada anggota badan manusia yang telah mati ada juga di perbuat daripada manusia yang masih hidup. Minyak dagu adalah minyak misteri. Masyarakat Melayu sebenarnya tidak mengenal minyak dagu. Minyak ini hanya dihebohkan oleh kalangan anak-anak muda di Siam. Ia kemudian dieksport ke negara kita. Walaupun tidak ada nilai komersial seperti minyak masak, minyak dagu secara sulit menjadi buruan orang yang kemaruk dengan ilmu-ilmu hitam.
Menurut kalangan dukun yang mengetahui sedikit sebanyak tentang hal ehwal minyak dagu, sebenarnya bukan hanya kepada dagu orang perempuan mati beranak sulung sahaja. Ada yang menggunakan mayat orang mati dibunuh untuk membuat minyak dagu. Bermakna, mereka tidak mengharapkan mayat perempuan sahaja.
Ini adalah kisah benar yang diambil daripada laman sosial Twitter yang telah dikongsikan untuk iktibar kepada semua umat manusia.
Aku nak tweet pun takut-takut, tapi atas kebenaran buat thread ni, diminta semua boleh jadikan ia sebagai pengajaran dan berjaga-jaga terutamanya golongan wanita.
Nama mangsa adalah Izah (bukan nama sebenar) kejadian ini telah berlaku 7 tahun dulu. Lama dia trauma dan sekarang dia dah okay dan berani cerita benda ini kat orang ramai.
Dia adalah mangsa manusia durjana yang gilakan seks. Siapa yang buat? Kawan sekerja dia. Paling dia tak sangka orang yang buat ni paling rapat dan selalu ada masa dia perlukan bantuan. Punca? Okay, macam ni. Bulan Mac 2010, kawan sekerja dia ni confess yang dia sukakan Izah.
Gila kau siapa je yang tak terkejut. Izah tolak secara baik sebab keluarga dia dah terima risikan dari seseorang (sekarang hubungan tu putus sebab kejadian tu) Kawan sekerja dia tak tahu yang Izah terima risikan lelaki itu. Atas sebab cemburu, dia mula berperangai pelik.
Kalau kat tempat kerja, Izah kena perhatikan dari arah belakang. Maklumlah kerja kedai makan ni mana boleh duduk sangat lagi-lagi yang jadi waiter (ambil order dan bersihkan meja).
Perempuan mana ada yang selesa bila tengah kerja orang perhatikan dia dari belakang. Kawan sekerja dia ni ada beberapa kali ajak kahwin tetapi Izah tetap menolak sebab tiada hati pun kat dia. Izah anggap kawan baik sahaja. Kawan sekerja dia ni namanya Zul (bukan nama sebenar).
Zul mungkin rasa tertekan sebab kena reject. Suatu hari, Izah bersihkan ,eja dan bawa semua pinggan kotor pergi belakang. Dia terdengar Zul berborak melalui phone, cakap dengan seseorang yang Izah tak kenal. Apa yang Izah sempat pasang telinga,
“Dia taknak aku, kau faham tak? Aku nak buat macam mana lagi?”
“Minyak? Kau gila!”
“Okay, jumpa kau malam ni.”
Izah terus pergi tinggalkan tempat tu pergi depan kedai. DIa rasa pelik apa benda Zul borakkan tu. Izah tak buruk sangka, mungkin benda lain (think positive). Orang yang kena reject ni selalu perangai dia akan muram dan malu nak bertegur dah kan? Tapi tak untuk hari esoknya.
Izah terkejut apabila Zul belikan bunga dengan coklat. Geli pulak nak cerita. Perangai Zul manja-manja menggedik. Izah tak selesa time tu. Atas jaga hati, Izah amik barang yang Zul beli tu. At the same time, Zul pegang-pegang tangan Izah. Mungkin dari situ dia sapukan minyak tu.
We don’t know till Izah balik ke rumah lewat malam sebab jumpa kawan dia semua. Masa balik rumah tu, kepala Izah tiba-tiba pening, nak muntah, Hidung dia bau benda yang hanyir sangat. Cari-cari tak ada pun benda mati ke apa. Izah mandi malam tu then dia ada terbau wangi yang sangat dalam bilik dia. Macam bau minyak kasturi.
Bila Izah tidur dan tersedar esok hari, dia rasa pelik dan janggal. Perasaan dia tiba-tiba teringat kat Zul. Tanpa sebarang rasa benci atau ragu-ragu, pagi itu dia text Zul ajar keluar rumah. Teman pergi makan, shopping. Izah rasa happy gila keluar dengan Zul. Kalau tak jumpa Zul even sekejap, dia rasa gelabah bak kata orang, meroyan. Sampaikan bakal tunang dia pun dia tak hiraukan. Rasa dah tak ada hati langsung dekat bakal tunang.
Bakal tunang ajak jumpa, Izah tolak bagi macam-macam alasan. Benda ni berlarutan sampailah si Zul mula dapat apa yang dia nak sebenarnya. Yang jadi mangsa adalah si Izah.
Lepas dah dapat apa yang dia nak, Zul mula macam nak jauhkan diri dari Izah. Ye lah, dah sedap dapat nak cuba yang baru pula. Tapi ye lah orang yang terkena minyak dagu ni kau ingat senang ke nak move on kat pembuatnya? Hari makin hari Izah tak tentu arah. Kerja dia berhenti, tunang minta cancel. Parents pun Izah lawan cakap. Semua disebabkan Zul.
Tapi apa yang bestnya, si Zul ni mati sebab accident. Tapi belum selesai lagi, Izah jadi makin menggila macam orang tak tentu arah. Dia nak juga Zul tu. Tiap kali balik rumah je mesti nak muntah disebabkan bau busuk hanyir tu. Tapi bila dalam rumah bau wangi sangat. Macam mana nak settlekan?
Bila mak ayah Izah ni perasan yang anak mereka ni makin teruk, parents dia bawa dia jumpa ustaz. Ustaz kata Izah dah terkena buatan orang. Dah terkena minyak dagu. Ustaz tu kata kena cepat berubat kalau tak jadi makin teruk. Macam mana cara Izah berubat? Okay macam ni, mula-mula ustaz tu suruh minum air zam-zam, kemudian dibacakan Ruqyah Syariyyah satu sesi selama tiga hari. Izah muntah-muntah dan pengsan.
Ustaz suruh parents Izah mandikan dan minum air kelapa sebab air kelapa ni penawar segala ilmu pengasih nusantara. Ustaz suruh cari barang pemberian Zul kalau ada dan dibuang dan jangan sesekali simpan dalam rumah. Bila keadaan Izah dah okay sikit, dia kena baca surah An-Nas 70 kali sehari bila-bila masa. Last, parents Izah kena bekalkan zikir sebanyak 100 kali kepadanya untuk selepas solat atau bila waktu solat jikalau Izah datang bulan.
Zikir dia:
لَا إِلَه إِلا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُل شَيْء قَدِيْر
Sama-samalah boleh baca.
Selepas Izah dirawat secara teratur dan cekap, alhamdulillah dia dah okay semula. Cuma macam aku kata dia trauma sikit bila teringat. Sekian.
Moral: Berhati-hatilah kaum hawa yang lemah. Jangan sakitkan hati orang. Dunia sekarang sungguh menakutkan. Kalau tak suka, tolak cara baik. Kalau rasa tak selamat macam kes Izah ni, berhenti je dan cari kerja kat tempat lain. Manusia kita bukan boleh baca pemikiran dia. Be safe!
Tambahan: Untuk para lelaki pun sila la move on kalau orang dah taknak. Perempuan patut dilindungi bukan dipergunakan. Ada akal sila guna.
Bahaya sungguh minyak dagu ni.zaman dah moden pn masih ade pengamalnya.buat rosak akhlak je.