Tanda-tanda Awal Diabetes


Diabetes mellitus atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing manis merupakan penyakit yang berpunca daripada paras gula dalam badan tinggi. Penyakit ini juga merupakan penyumbang utama terjadinya sakit jantung dan angin ahmar.

Statistik menunjukkan Malaysia berada di tahap membimbangkan kerana mempunyai bilangan pesakit diabetes yang tinggi. Oleh itu, sama salah kita mengenali tanda tanda awal diabetes dan bersama sama mencegah penyakit ini dari terus bertambah bilangan pesakit.

Tanda-tanda Awal Diabetes

1. Sentiasa haus

Kehilangan air di dalam badan dan dahaga berpunca daripada membuang air kecil dengan banyak. Dengan meminum minuman manis untuk menghilangkan haus sangat dilarang kerana ia merupakan salah satu penyebab ke arah diabetes. Minuman yang diminum itu mempunyai kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan lebihan gula itu menghalang saluran darah dan mampu mendatangkan pelbagai penyakit.

2. Berat badan menurun sedikit

Menurut Dr Cypess, anda akan kehilangan kalori dalam air kencing dan anda tidak menyerap semua kalori daripada gula dalam darah anda. Ia kerana badan anda mempunyai paras glukosa yang tinggi. Malah ia juga boleh terjadi disebabkan oleh kekurangan hormon insulin atau keberkesanan fungsi insulin itu berkurangan. Perkara ini adalah biasa bagi pesakit diabetes. Memandangkan badan anda tak menghasilkan insulin dan sel tak mendapat sumber glukosa, ia akan mencari sumber tenaga lain. Tisu otot dan lemak akan dipecahkan sebagai tenaga.

3. Selalu rasa letih

Kebiasaanya bagi yang menghidap penyakit diabetes  ini akan sentiasa berasa ketih dan tidak bermaya melakukan kerja. Insulin yang tidak berfungsi atau tidak ada langsung dalam darah menyebabkan glukosa tidak masuk ke sel sel badan untuk memberi tenaga kepada badan. Ini akan membuatkan badan anda rasa letih.

4. Penglihatan menjadi kabur

Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi ia mengubah bentuk kanta dan mata dan menyebabkan mata kita tidak dapat fokus dengan baik. Walau bagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal dan penyakit diabetes tidak akan menyebabkan seseorang itu buta.

5. Luka lambat sembuh

Hal ini berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ia menyukarkan darah yang diperlukan untuk proses penyembuhan. Ia dapat dilihat apabila pesakit diabetes akan mempunyai parut luka yang jelas kerana proses penyembuhan yang perlahanan disebabkan oleh diabetes.

6. Kebas pada tangan dan kaki

Gula yang banyak di dalam badan menyebabkan saluran darah anda boleh rosak. Rasa kebas pada tangan dan kaki merupakan tanda tanda awal saraf anda sedang dirosakkan.

Langkah mengelak daripada dihidapi diabetes

  • Kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat serta kecilkan saiz makanan
  • Selalu bersenam
  • Air masak sebagai air minuman utama harian
  • Kurangkan berat badan
  • Hentikan amalan merokok
  • Makan makanan yang mengandungi kandungan serat dan vitamin D yang tinggi
  • Sering dapatkan nasihat dan rawatan doktor

Kesimpulannya, kita semua hendaklah sentiasa menjaga kesihatan badan kita dari dijangkiti penyakit seperti diabetes ini. Ambil tindakan secepat mungkin untuk mencegah penyaki ini jika terdapat tanda-tanda awal diabetes. Mencegah lebih baik dari mengubati. Semoga maklumat tentang tanda-tanda awal diabetes ini bermanfaat untuk semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat