Presiden Indonesia, Presiden Pertama Ucap Tahniah Kepada Datuk Seri Anwar


Setelah penantian yang begitu lama, akhirnya hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Lantikan tersebut telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong dan beliau telah pun mengangkat sumpah di Istana Negara pada jam 5 petang (24 November).

Ramai yang terkejut dan ramai juga yang sudah menjangkakan beliau bakal menjadi Perdana Menteri. Walaubagaimanapun, lantikan beliau sebagai Perdana Menteri sangat dinanti-nantikan oleh penyokong setia beliau.

Kerana kejayaan beliau itu, ramai dalam kalangan ahli politik dan rakan-rakan beliau mengucapkan tahniah termasuklah Presiden Indonesia, Bapak Joko Widodo.

Presiden Indonesia, Presiden Pertama Ucap Tahniah Kepada Datuk Seri Anwar

Menerusi kenyataan yang dimuat naik oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 menerusi laman Facebook itu, katanya Bapak Joko Widodo atau sering dipanggil Pak Jokowi merupakan Presiden Negara yang pertama mengucapkan tahniah kepada beliau.

Ucapan tahniah itu diterima menerusi panggilan telefon. Ekoran itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat mengucapkan terima kasih kepada kepala negara Indonesia itu. Malah dalam masa yang sama, beliau juga turut menegaskan bahawa Indonesia merupakan sahabat sejati Malaysia.

Di samping itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengharapkan agar hubungan dagang, bisnes, investasi, budaya dan isu pekerja dapat dipertingkatkan. Beliau juga mahu agar persahabatan bagi kedua-dua negara ini diperkukuhkan lagi.

Terima kasih Presiden Indonesia Bapak Joko Widodo yang menjadi kepala negara pertama yang menghubungi saya mengucapkan tahniah.

Saya tegaskan Indonesia merupakan sahabat sejati Malaysia dan saya mengharapkan hubungan dagang dan bisnis, investasi, budaya dan isu pekerja dapat dipertingkatkan. Persahabatan kedua-dua semestinya diperkukuh.

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah sebagai PM ke 10

datuk seri anwar

Sementara itu, pada jam 5 pm hari ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong. Istiadat angkat sumpah tersebut telah menamatkan kemelut politik yang melanda negara sejak beberapa hari yang lepas.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini, menzahirkan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 kepada Anwar, 75, di Istana Negara.

Raja Permaisuri Agong iaitu Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan menyaksiakan istiadat tersebut. Turut hadir bersama, isteri kepada Datuk Seri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa lagi Speaker Dewan Rakyat yang lain.
Manakala antara pemimpin parti politik yang turut hadir bersama ialah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Barisan Nasioanal (BN) dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Terdahulu Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Sudah lama beliau menantikan detik-detik untuk menjadi Perdana Menteri, semoga dengan pelantikan tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menjalankan tugas dengan telus, adil dan saksama demi kesejahteraan dan kemakmuran Negara.

Ayuh semua rakyat Malaysia, kita sama-sama menerima keputusan ini dengan lapang dada dan memberikan sokongan kepada beliau.

Sumber: Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

Baca juga: Sah! Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke-10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat