JANGAN PUTUS ASA : Kisah Kejayaan Rahman Briyani Dari Kaca Mata Anaknya – Daily Rakyat

JANGAN PUTUS ASA : Kisah Kejayaan Rahman Briyani Dari Kaca Mata Anaknya


Tadi ada member tanya nk tips mcm mana nk tarik customer beli mknn. Dia berniaga nasi ayam kt bazar n this is the first year dia berniaga.

Satu je aku jawab kt dia, jangan putus asa. Allah tu Maha Pemurah. DIA takkan menghampakan orang-orang yang berusaha dan tak putus asa.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Orang nampak seronok bila ayah aku berniaga kat bazar, penuh orang beratur. Setiap hari orang dah mula beratur sebelum kitorang sampai lagi. Alhamdulillah.

Orang nampak yg manis je. Orang takkan nampak macam mana bermulanya sesuatu tu sampai boleh jadi macam ni. 10 tahun beb. bukan setahun. bukan 2 tahun. bukan 3 tahun. tapi 10 tahun berniaga nak sampai ke tahap yang mcm ni.

Dari mula masak kt depan rumah je setiap tahun, Alhamdulillah tahun ni masak dekat kedai. Tu pun lepas 9 tahun beb. Korang boleh bayangkn sendiri macam mana keadaan rumah bila masak bnyk2. Bangun pagi sebelum subuh dah keluar g pasar sampai laa berbuka tak berhenti kerja wei. Tapi setiap kali tu jangan laa korang mengeluh.

Ayah aku selalu cakap kt kitorng jgn pernah putus asa kalau berniaga ni. Tahun pertama niaga, kitorng menjerit nak tarik customer, “bang nasi briyani bang nasi briyani” sampai hilang suara. Dari tahun ke tahun, orang dah kenal dan orang mula beratur sendiri tak payah nak panggil2 lagi dah.

Lagi satu ayah aku pesan. JANGAN KEDEKUT waktu niaga. Niatkn laa bersedekah bila kita bagi nasi atau lauk tu lebih dr org lain yang biasa bagi. Ni mmg betul. Setiap satu bungkus nasi briyani kitorng jual inshaallah korang mmg boleh kongsi 2 orang. Mmg seronok bila ada customer ckp “bang kitorng beli satu nasi je bang tapi cukup makan satu family” .

Ayah aku tu kalau ada bekas nasi yang lagi besar mmg die dah beli dah. Tapi yg die guna ni je yg paling besar boleh jumpa kt pasar tu.

Kdg2 bila aku terpaksa berbuka kt luar n beli lauk kt bazar, rasa mcm sedih giler bila tgk kondisi makanan yg diorng jual. Rasa mcm kenapa laa korang sanggup buat mcm ni eh. Tak kesian ke bila orang nak berbuka puasa tapi bila mkn lauk yg dibeli tu rasa mcm hermm.

Berniaga ni memang seronok tapi ko kene ada semangat yang tinggi. Jangan berkira sgt soal makanan. Jangan rasa terlalu riak dgn rezeki yg korang dpt. Jangan buat orang yg beli mknn korang tu rasa sedih bila mkn mknn yg korang jual tu. Jangan pernah takut nak bagi lebih dan yang paling penting JANGAN PUTUS ASA!

**Ni aku share sikit vdeo viral tahun lepas. tahun ni aku tak sempat nk rakam apa2 video lgi. Sapa2 yang nak cuba rasa Nasi Briyani ni boleh singgah kat Bazar Ramadan Pinggiran Batu Caves. Gerai kt tepi sekali . hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat