17 Langkah Penjagaan Kulit Yang Wajib Anda Tahu
Apakah Kulit?
Kulit merupakan organ yang penting. Ia merupakan organ manusia yang paling besar yang memiliki berat sekitar enam paun.
Kulit bertindak sebagai rintangan di antara persekitaraan luar dan dalam badan iaitu sebagai pemisah. Kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia.
Kulit adalah barisan perlindungan pertama dari dunia luar dan berfungsi sebagai lapisan pelindung tubuh. Ia adalah ‘penapis semula jadi’ efektif terhadap jangkitan dan bakteria yang tidak diinginkan.
Lapisan berkematu mencegah kehilangan air kepersekitaran. Lapisan ini amat berkesan untuk mencegah kehilangan air.
Kepekaan kulit
Lapisan kulit atau lapisan dermis yang mempunyai banyak reseptor, membolehkan kulit peka terhadap perubahan persekitaran. Reseptor-reseptor ini boleh mengesan pelbagai rangsang seperti tekanan, suhu, sentuhan dan sebagainya.
Lapisan paling bawah kulit merupakan lapisan lemak subkulitan. Lapisan ini merupakan lapisan yang kaya dengan lemak. Lapisan lemak ini juga merupakan penebat haba.
Apabila lapisan kulit ini terdedah kepada sinaran ultraungu, sinaran ultraungu ini akan diserap oleh kulit dan bertindak ke atas prekursor, seterusnya menukarkannya kepada vitamin D.
Tips penjagaan kulit
Tiada masa untuk melakukan rawatan kulit di pusat pakar kecantikan? Anda masih boleh memanjakan kulit anda dengan penjagaan kulit yang mudah.
Kulit dan gaya hidup yang sihat boleh melambatkan proses penuaan kulit dan sekaligus mengelakkan dari masalah kulit. Kulit yang terdedah pada sinaran matahari berisiko untuk mendapat kedutan pada kulit, bintik hitam tanda penuaan dan banyak lagi masalah lain.
Bahkan boleh meningkatkan risiko kanser kulit. Ketahui tips mudah ini untuk menjaga kulit agar kekal cantik dan muda.
Krim pelindung sinaran UV matahari
Sebelum anda keluar dari rumah pastikan anda memakai krim pelindung dari sinaran UV matahari dengan sekurang-kurangnya SPF15.
Elakkan dari terdedah pada sinaran matahari terik pada jam 10 pagi hingga 2 petang. Guna pakaian yang menutup kulit sepenuhnya sebagai pelindung tambahan.
Hentikan tabiat merokok
Rokok menyebabkan kulit lebih cepat tua dan menyebabkan kedutan pada kulit. Ia juga menjadi punca kepada saluran darah pada lapisan kulit paling atas mengecil dan aliran darah turut menjadi perlahan.
Jika anda seorang perokok dan mengimpikan kulit yang cantik serta tidak bermasalah, cara paling baik adalah hentikan tabiat merokok sepenuhnya.
Membersih muka setiap hari
Cuci setiap hari dan cukur segala rerambut yang tumbuh pada wajah membantu dalam mengelakkan masalah kulit. Untuk mengekalkan keanjalan kulit, amalkan dengan mandian air suam dan tidak terlalu panas.
Ini kerana ia boleh mengelakkan masalah kulit berminyak. Bercukur dengan berhati-hati agar tidak mencelakan kulit. Jika anda mengalami masalah kulit kering, gunakan pelembap kulit dengan SPF sesudah mandi.
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
Pemakanan yang baik dan sihat menjamin kulit yang cantik dan kesihatan yang baik. Banyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran. Jika anda seorang yang mudah mendapat masalah jerawat, kerapkan pengambilan Vitamin C dan kurangkan pengambilan lemak.
Elakkan stress
Di samping itu juga stress atau tekanan yang tidak terkawal boleh menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif dan jerawat mula mengambil tempat pada kulit wajah. Untuk menggalakkan kulit dan kesihatan yang baik, ambil langkah untuk mengurangkan stres anda agar tidak memberi kesan kepada kesihatan kulit dan tubuh badan.
Makanan semulajadi untuk kesihatan kulit
Cara semula jadi adalah dengan pengambilan makanan yang baik untuk kecantikan kulit. Ini kerana, di dalam makanan mengandung banyak fitokimia, serat dan vitamin yang bekerja bersama untuk kesihatan dan kecantikan kulit.
Untuk itu, pengambilan makanan yang kaya dengan nutrien itu bukan saja dapat meremajakan kulit, malah memelihara kesihatan kulit dari dalam. Sayur dan buah diketahui makanan paling baik untuk mengekalkan kulit yang sihat.
Namun, terdapat beberapa jenis makanan khusus yang bermanfaat untuk mencantikkan dan menjaga kesihatan tubuh. Berikut beberapa makanan yang mampu memberi nutrien penting untuk kulit.
- Sayur mempunyai manfaat yang luar biasa bagi tubuh, untuk itu sebaiknya banyakkan pengambilan sayuran, khususnya sayuran yang berwarna merah dan hijau untuk mendapatkan kulit yang cantik. Ini kerana di dalam sayuran terdapat beta-karoten yang berfungsi sebagai antioksidan bagi kulit yang dapat menghasilkan sel kulit baru dan membuat warna kulit menjadi lebih muda dan cerah. Antara sayuran yang baik untuk kulit adalah bayam, lobak merah dan brokoli.
- Daging merah mengandungi banyak zink dan protein yang sangat baik bagi kesihatan wajah. Ini kerana daging merah kaya protein untuk menghasilkan kolagen dan antiradang semula jadi.
- Ikan kaya asid lemak Omega-3 yang berkhasiat untuk menjaga kulit supaya tetap cerah. Selain itu, dengan mengamalkan makan ikan seperti sardin, tuna dan salmon dapat melindungi kulit tubuh daripada pancaran sinar matahari dan pencemaran kerana protein yang terdapat pada ikan membantu penghasilan sel dan membuat kulit tubuh menjadi lebih bercahaya.
- Kacang hijau adalah makanan yang baik bagi kesihatan dan kecantikan kulit kerana dengan pengambilan kacang hijau 10 miligram setiap hari dapat membuat rambut dan kuku menjadi lebih kuat dan sihat.
- Gandum terdapat biotin yang berfungsi untuk membuat sel di dalam tubuh. Dengan mengamalkan makanan daripada gandum akan terhindar daripada penyebab kulit kering dan kusam.
- Yoghurt sangat baik bagi kesihatan kulit dan bermanfaat untuk melawan masalah kulit seperti jerawat, ekzema dan dapat menghilangkan kelemumur. Sebaik-baiknya pilih yoghurt yang kurang lemak dan gula untuk menghindarkan masalah kesihatan lain. Selain itu, yoghurt juga adalah antibiotik semula jadi yang dapat membantu menghasilkan bakteria baik dalam tubuh dan menjaga kesihatan pencernaan.
- Ketika kekurangan tenaga, beras merah adalah yang terbaik untuk dimakan. Ini kerana beras merah akan membuat anda berasa lebih kenyang dan dalam jangka waktu lebih lama.
- Gizi, ia juga terdiri dari magnesium, protein, vitamin B kompleks dan antioksidan yang semua bermanfaat dalam menjaga kulit halus dan bebas noda.
- Buah avokado sarat dengan lemak baik dan sangat popular dalam dunia diet. Buah ini juga mengandungi vitamin C dan E yang berguna untuk menjaga kulit yang cerah, sempurna dan indah.
- Mengandungi bahan yang disebut allicin, sehingga bawang putih banyak dikenali kerana kemampuannya untuk melawan segala bakteria dan virus dalam tubuh. Bahan dari dapur ini juga antijerawat dan masalah kulit yang berkait rapat dengan bakteria dalam tubuh.
- Tauhu atau tofu sangat umum dalam diet vegetarian kerana makanan ini terdiri daripada zat besi, kalsium, mangan, protein, dan lemak sihat. Rutin makan tauhu akan memberikan kesan magis pada kulit anda. Ini termasuk produk soya lain seperti susu soya dan tempe.
Secara kesimpulannya kulit mempunyai fungsi perlindungan kesihatan yang penting seperti melindungi diri kita daripada jangkitan dan membantu mengurangkan suhu badan kita. Jadi, jaga dan sayangilah kulit anda.