Tinggal Di Surau Kerana Dihalau Oleh Anak Sendiri
Assalamualaikum cuma nak kongsi 1 kisah yang agak membuatkan hati ini sangat sedih. Baru sahaja pergi ke dobi dekat tasik prima tu,selepas settle letak baju dalam washing machine saya perasan ada seorang pakcik yang duduk dekat kedai dobi tu. Saya pun tegur, Assalamualaikum pakcik, pakcik basuh baju ke? Dia pun balas sapaan saya dengan senyuman yang sangat ikhlas. Saya pun tanya lagi, Pakcik tinggal kat mana. Kemudian dia jawab “pakcik takde tempat tinggal, Pakcik tinggal di surau yang berdekatan”.
Tak silap saya dia cakap tinggal di surau yang dekat dengan kfc tasik prima. Saya bertanya lagi, kenapa pakcik tinggal kat sana? Pakcik tu pun mula bercerita, sempat saya lihat matanya mula berkaca. Bermula la kami bercerita kosong. Pakcik tu cerita dia dihalau oleh anaknya. Mata ni mula berkaca juga (kita memang cepat sedih kalau bab mak ayah ni) .
Pakcik tu sambung lagi cerita, dia ada 2 orang anak,lelaki dan perempuan. 2 orang anaknya dah berkahwin,isteri dia meninggal pada tahun 2015. Katanya dia dihalau oleh anaknya yang kini tinggal di court 2, saya tak berapa pasti apa sebabnya. Pada pendapat saya walau apa salah seorang ayah dia sekalipun, sampai nya hati awak buang ayah awak. Saya tekun dengar pakcik tu bercerita, sambil air mata dah tak mampu nak tahan lagi. Saya menagis juga. Pakcik tu pesan pada saya. Selagi nyawa ayah dan ibu awak ada,awak jagalah ibu ayah awak nak.Rezeki awak tidak akan putus kalau awak jaga ayah awak .
Pakcik dah rasa hancurnya hati pakcik bila dibuang anak sendiri,anak yang pakcik besarkan dengan penuh kasih sayang. Semua keinginan anak pakcik, pakcik turutkan, namun akhirnya ini balasan yang pakcik dapat nak. kata pakcik tu.. Lagi la air mata saya ni laju. Sedih sangat. Lepas bersembag panjang dengan pakcik tu tak sedar baju dalam mesin dah berhenti .
Saya pun hulurkan sedikit sumbangan yang termampu saya beri. Pakcik tu cuba menolak, dia cakap awak nak kahwin, nak pakai duit. Tak payah la nak. Tapi saya cuba memaksa juga untuk ambil. Alhamdulilah pakcik tu ambil sambil mendoakan saya. Semoga murah rezeki ya nak. Pakcik mampu doakan untuk awak saja. Semoga rumah tangga awak bahagia hingga ke jannah.
Tiba2 rasa nak menangis lagi hati ni memang lembut sangat. Cepat sangat sedih. Sebelum berlalu pergi tinggalkan pakcik tu. Hati ni sayu sangat, kalau anak dia ada dalam facebook ni. Saya merayu ambil la ayah awak balik Ayah awak tu syurga awak.
Sedih saya tengok ayah tadi.. Walaupun dia pernah salah atau apa saja dia lakukan pada awak. Maafkanlah ayah awak, sedangkan awak kecil duhulu dia penat lelah membesarkan awak . Pada sesiapa nak hulurkan bantuan pada pakcik ni. Boleh terus jumpa pakcik ni di surau berdekatan kfc tasik prima.