Ketahui 6 Kebaikan Membawa Anak-Anak Pergi Bercuti


Melancong merupakan salah satu aktiviti yang amat menyeronokkan. Tambahan lagi, ia juga banyak memberi manfaat kepada kita terutamanya pada golongan kanak-kanak yang masih dalam proses untuk membesar. Selain itu, para psikologi juga ada menjelaskan bahawa kebaikan membawa anak-anak pergi bercuti adalah lebih berbaloi berbanding apa saja hadiah dan mainan.

6 Kebaikan Membawa Anak-Anak Pergi Bercuti:

1. Dapat mencipta memori indah zaman kanak-kanak

Menurut kajian yang dilakukan oleh Holiday Association di United Kingdom, majoriti respondent bersetuju memori terindah zaman kanak-kanak mereka adalah sewaktu pergi bercuti dengan ahli keluarga.

Alaa anak sekejap je dah besar, kalau tak bawa anak bercuti sekarang, sikit lagi mereka dah besar, masuk asrama, kerja dan berkahwin. Alangkah rugi jika anak-anak tiada kenangan indah semasa zaman kanak-kanak mereka.

2. Mengasah kemahiran berfikir

Tahu tak, aktiviti bercuti juga boleh aktifkan beberapa bahagian penting dalam otak anak.

Seperti contoh, aktiviti bina istana pasir, berenang di kolam, serta berlari-lari di pantai boleh rangsang pemikiran BERMAIN ‘play system‘. Ini adalah sangat penting dalam memperkasakan kebolehan berfikir dan bermain secara bebas.

3. Melahirkan anak ber’IQ’ tinggi

Kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai persekitaran mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding yang hanya terperuk di rumah. Kepelbagaian persekitaran ini akan memberi sumber interaksi dari segi fizikal, sosial & pemikiran pada anak-anak.

Dengan membawa anak bercuti boleh dikatakan dapat mengasah konsentrasi, menajamkan pemerhatian dan kemahiran untuk anak-anak belajar.

4. Meningkatkan kesihatan fizikal anak-anak

Perasan tak apabila kita mambawa orang yang sakit keluar berjalan atau bersiar, mood dan kesihatannya menjadi bertambah baik.

Ini juga yang terjadi pada anak kecil. Keluar dari rutin yang sama, persekitaran yang sama sekali sekala boleh buatkan mood anak lebih ceria, menenangkan minda seterusnya fizikal turut lebih sihat.

5. Bantu kurangkan Hyper Aktif

Kanak-kanak yang di diagnose ADHD seharusnya lebih kerap dibawa ke tempat-tempatĀ  semulajadi yang hijau. Hal ini demikian kerana, persekitaran hijau ini dapat membantu anak lebih fokus, buat anak lebih tenang dan dapat kurangkan tantrum.

Jika boleh selalu lah plan ke Cameron Highlands ke, Janda Baik ke atau kemana-mana tempat yang serba hijau okey.

6. Buat anak lebih positif & gembira

Selain buatkan family bonding lebih rapat dan akrab, anak-anak juga pasti lebih gembira. Emosinya juga lebih terjaga serta boleh buatkan anak jadi lebih positif kerana bila kita dalam mood gembira, pelbagai hormon gembira akan terembes.

Di samping itu, bercuti juga adalah salah satu cara yang paling baik untuk kurangkan ketagihan gajet.

Nasihat khas untuk ibu bapa diluar sana, jangan terlalu sibuk dengan kerjaya kerana ia boleh memberi kesan sampingan kepada anak-anak. Walaupun sesibuk mana sekalipun, anda seharusnya membawa anak-anak pergi bercuti sekurang-kurangnya setahun sekali. Itupun sudai memadai. Yang paling pengting, anak-anak dapat memperolehi kelebihan saperti yang dinyatakan di atas.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat