“Apa Yang Berlaku Dalam Media Sosial, Mak Bapak Tak Peduli..” – Ikram Dinzly
Betul lah kan orang cakap, dunia ini penuh dengan ujian. Dunia juga tempat manusia diuji, bukanlah tempat untuk bergembira, berseronok namun dunia adalah tempat untuk makhluknya beramal, beribadah serta mencari keredhaan Allah.
Lihat sahaja hari ini, berapa ramai yang mula lalai dan alpa dengan dunia yang penuh dengan tipu daya ini. Tidak kira usia, yang mudah mahupun tua, saya atau awak, kamu atau dia, semuanya masih leka.
Mungkin saat ini dan pada ketika ini kita masih dalam belenggu syaitan, tertipu dengan nikmat dunia yang seketika ini. Asyik memandang telefon, asyik menggunakan aplikasi yang entah apa-apa untuk berjoget, menari. Seolah-olah tiada lagi rasa malu dalam kalangan wanita yang beragam Islam khususnya.
Hal sebegini pastinya menimbulkan ketakutan. Takut, sedih dan kasihan apabila memandangkan remaja dan kanak-kanak zaman sekarang. Mereka adalah antara golongan tertinggi yang terlalu asyik dan berseronok menggunakan pelbagai aplikasi media sosial.
“Apa Yang Berlaku Dalam Media Sosial, Mak Bapak Tak Peduli..” – Ikram Dinzly
Pelbagai kemungkinan boleh berlaku, seperti mana video viral yang dikongsikan oleh shaaaa mengenai Ikram Dinzly yang menceritakan beberapa perkara mengenai media sosial tersebut.
Kata-kata artis yang dulu menghilang seketika membuatkan orang ramai turut bersetuju. Menerusi video tersebut, Ikram Dinzly menjelaskan beberapa perkara. Salah satunya berkaitan dengan penggunaan media sosial dalam kalangan kita. Lebih-lebih lagi golongan remaja.
Menurut Ikram, apa kejadian yang berlaku dalam media sosial, ibu bapa tidak peduli. Semua tak tahu namun budak-budak ramai dalam tu. Berapa ramai remaja yang berpakaian tidak menutup aurat dan menayangkan bentuk badannya kepada umum.
Menurut Ikram lagi, perbuatan tersebut adalah seperti mereka menjual diri mereka. Pelbagai macam boleh berlaku seperti menarik golongan mereka yang melakukan ‘kerja terkutuk’.
Ni consider macam diaorang market themselves..
“Apa tengah berlaku dalam sosial media, mak bapak tak peduli. Semua tak tahu apa yang berlaku. Budak-budak ramai dalam tu and berapa ramai teenagers yang okay.. to be honest, siapa yang tayang, pakai skirt pendek semua tu. Ni consider macam diaorang market themselves.
Dm tepi, some money datang ambik, bla bla bla bla. It’s like a catalog. Tak nampak sebab dikaburi dengan trend-trend TikTok. Yang kononnya menari, challenge what ever. Thats why it’s considered, ko kene buat show.”, jelas Ikram Dinzly dalam video tersebut.
Well said, sebab tu takut nak bagi hp kat anak-anak tanpa kawalan..
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Bukan sahaja ramai yang bersetuju dengan apa yang keluar dari mulut selebriti ini, ada yang meninggalkan komen menyatakan, tepat sekali. “Tepat sekali Iqram”, “Exactly true”.
Tidak kurang juga ada yang menulis bahawa itulah sebab dia takut nak bagi anak-anak main telefon tanpa kawalan. “Well said, sebab tu takut nak bagi hp kat anak-anak tanpa kawalan”, tulis Fitriah_Nur.
Manakala ayangmomey pula menulis, “TikTok boleh tahan lagi, try gi bigo. Allah..aku tak boleh go dekat bigo. Last-last uninstalled”.
Semoga apa yang disampaikan oleh Ikram Dinzly ini dapat membuka masyarakat dan para ibu bapa semua. Jaga-jaga, dunia sekarang sungguh kejam. Jaga dan didiklah anak-anak kita sebaik mungkin, lebih-lebih anak remaja yang baru ‘kenal dunia’.
Kredit: TikTok Shaaaa
Baca juga: “Dia Sayang Kereta Dia..” Kereta Terbakar Di Tepi Jalan, Gelagat Pakcik Ini Buat Ramai Sebak