Dah Sedia Untuk Menghadap Tok Kadi ? Ini Soalan Yang Sering Ditanya Semasa Akad Nikah Serta Jawapannya
Debaran untuk bergelar suami orang sememangnya cukup menggentarkan, tambahan pula bila berhadapan dengan bakal mertua dan keluarga kedua-dua belah pihak semasa akad nikah nanti.
Bagi bakal pengantin lelaki, sudahkah anda mempersiapkan diri untuk menjawab soalan akad nikah yang bakal ditanya oleh tok kadi ?
Mari kita bersama-sama membaca sedikit sebanyak soalan-soalan yang bakal ditanya semasa akad nikah.
Soalan Akad Nikah Yang Sering Ditanya Beserta Jawapan
Di bawah merupakan soalan-soalan yang sering ditanya semasa kad nikah oleh Tok Kadi sebagai panduan dan persediaan awal bagi mereka yang ingin membina masjid. Jadi tidaklah anda terlalu gabra nanti.
1. Lafazkan Istigfar
2. Mengucap 2 Kalimah Syahadah
أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
Bacaan Rumi : Ashadu Alla Ilaha Ilallah Wa Ashadu Anna Muhammadar Rasulullah
Maksud: “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah”
3. Bacakan Selawat ke atas Nabi
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
Bacaan Rumi: Allahumma salli ‘ala muhammadin ‘abdika warasulika n-nabiyyi l-ummiyyi wa’ala aalihi wasahbihi wasallim
Maksud: Ya Allah, berilah selawat kepada penghulu kami Muhammad, hamba-Mu dan utusan-Mu Nabi yang Ummi (tidak boleh membaca) dan kepada keluarga baginda dan sahabat baginda beserta sejahtera
4. Bacakan Al-Fatihah
Bacaan Al-Fatihah juga sering ditanyakan kepada pengantin lelaki sebelum lafazkan akad nikah. Bacaan serta maksud Surah Al-Fatihah adalah seperti berikut :
Ayat | Maksud |
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. |
ٱلۡحَمۡدُلِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَــٰلَمِينَ | Segala puji hanya bagi Allah, tuhan sekalian alam. |
ٱلرَّحۡمَــنِ ٱلرَّحِيمِ | Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. |
مَلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ | Yang menguasai pemerintahan hari pembalasan (hari akhirat). |
إِيَّــاكَ نَعۡبُدُوَإِيَّـــاكَ نَسۡتَعِينُ | Engkaulah sahaja yang kami sembah dan kepada engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. |
ٱهۡدِنَاٱلصِّـــــرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ | Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. |
صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱﻟﻀَّﺂلِّينَ | Iaitu jalan orang yang engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang engkau telah murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat. |
5. Sebutkan Rukun Islam
Soalan akad nikah juga boleh diajukan tentang pengetahuan kita mengenai rukun Islam.
Umat Islam berpegang kepada 5 rukun Islam iaitu :
- Mengucap dua kalimah syahadah
- Solat 5 waktu
- Berpuasa pada bulan Ramadhan
- Membayar Zakat
- Menunaikan haji bagi yang berkemampuan
6. Sebutkan Rukun Iman
Selain rukun iman, rukun iman juga merupakan soalan akad nikah yang popular.
Orang Islam berpegang kepada 6 rukun iman iaitu :
Beriman kepada Allah
Beriman kepada malaikat
Beriman kepada Al-Quran
Beriman kepada Rasul
Beriman kepada Hari Kiamat
Beriman kepada qada’ dan qadar
7. Rukun Nikah
Soalan akad nikah lain yang sering ditanya kepada pengantin lelaki adalah rukun nikah.
Rukun Nikah terdiri daripada empat iaitu :
- Pengantin Lelaki
- Pengantin Perempuan
- Akad (Ijab dan Qabul)
- Wali
8. Doa Qunut
Bacaan doa qunut yang sering kita baca ketika Solat Subuh adalah seperti berikut :
اَللّهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ وَعَافِنِى فِيْمَنْ عَافَيْتَ وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ وَقِنِيْ شَرَّمَا قَضَيْتَ فَاِ نَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ وَاِ نَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ وَاَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوْبُ اِلَيْكَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلاُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
Bacaan Rumi :
Allaahummahdinii fii man hadaiit, wa aafinii fii man aafaiit, wa tawallanii fi man tawallaiit, wa baarik lii fiimaa a’thaiit. Wa qinii syarra maa qadhaiit. Fa innaka taqdhii wa laa yuqdhaa ‘alaiik. Innahu laa yadzillu maw waalaiit.
Wa laa ya’izzu man ‘aadaiit. Tabaarakta rabbanaa wa ta’aalait. Fa lakal-hamdu ‘alaa maa qadhaiit, Astaghfiruka wa atuubu ilaik wa shallallahu ‘ala sayyidina muhammadin nabiyyil ummuyyi wa ‘alaa aalihii wa shahbihii wa sallam.
Sebenarnya jawapan-jawapan bagi soalan ini sudah pun kita tahu. Namun akibat terlalu gemuruh dan gelabah pada majlis akad nikah nantilah yang akan membuatkan kita mudah lupa jawapan kepada soalan akad nikah yang ringkas.
Sebagai persiapan, jangan lupa untuk hafal soalan serta jawapannya. Lebih afdhal lagi jika kita dapat dalami maksudnya. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk menghadapi hari bahagia nanti.
Bakal pengantin juga boleh tonton video dibawah untuk dapatkan maklumat selanjutnya: