Tips Kecantikkan: 5 Tips Penjagaan Kuku Yang sihat


Penjagaan kuku ini sama nilainya dengan penjagaan wajah, rambut dan kulit. Tapi ramai yang tidak terlalu mengambil berat terhadap bahagian ini dan ianya juga mungkin dianggap tidak sepenting wajah. Hal ini demikian kerana, wajah, kulit dan rambut sering menjadi perhatian tatkala bercakap soal kecantikan. Di sini saya kongsikan petua dan rahsia penjagaan kuku yang sihat.

1. Jangan gigit kuku

Ini adalah tips paling asas kepada semua. Amalan mengigit kuku boleh dikatakan menjadi rutin sebahagian kita, tidak kira jantina sama ada lelaki atau perempuan. Dan ia seakan-akan menjadi satu tabiat kepada mereka di luar sana.

Mengigit kuku bukan hanya merosakkan kuku, malah mungkin juga boleh dijangkiti bakteria iaitu e-Coli yang terdapat pada kuku. Tak semestinya kuku kita nampak bersih, ia ternyata bebas dari kuman.

Amalan mengigit kuku sebenarnya akan membuatkan kuku rosak, mungkin pecah atau tidak sekata. Jadi, tinggalkan amalan ini untuk mengelakkan kuku rosak.

2. Menggunkan cuka dan bawang putih untuk bersihkan kuku

Tips ini sangatlah berguna kepada mereka yang memiliki kuku yang kekuningan dan kehitaman. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan titiskan cuka di atas kuku dan bersihkan dengan lembut menggunakan kain bersih. Selepas itu, bersihkan dengan air suam.

Di samping itu, anda juga boleh gunakan bawang putih dengan cara membelah bawang putih dan gosokkan bahagian isi bawang putih pada kuku sebelum membersihkannya.

3. Rendam kuku dalam air bercampur perahan limau nipis atau lemon

Lebih elok jika membersihkan kuku dalam air bersih yang dicampur dengan perahan limau nipis kerana ia bukan saja boleh membersihkan kuku, malah akan membuatkan kulit tangan atau kaki anda menjadi bersih dan berseri.

4. Makan makanan yang kaya dengan Vitamin B

Cara pemakanan juga memainkan peranan penting untuk menjadikan kuku kita cantik. Hendaklah sentiasa amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan Vitamin B seperti kekacang, kuning telur, pisang dan hati.

5. Potong kuku dengan teratur

Teknik memotong kuku adalah penting untuk mendapatkan kuku yang cantik. Sama juga kita menoreh pokok getah yang memerlukan kaedah yang betul, tepat dan sistematik. Begitu juga dengan kuku. Potonglah kuku dengan kerap dan secara teratur untuk menjaminkan kesuburan kuku dan mengelakkan ia patah kerana terlalu panjang.

Oleh itu, kita haruslah menjaga kuku kita supaya sentiasa bersih dan kering untuk mengelak daripada berlakunya masalah yang tidak diingini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat