Senaman & Kesihatan
Senaman & Kesihatan
Senaman adalah satu bentuk aktiviti fizikal atau rekreasi yang menyeronokkan dirancang dan diulang-ulang. Ia dilakukan bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan serta kesihatan tubuh badan dalam melakukan kerja harian dengan bersemangat.
Bersenam bukan bermaksud melakukannya untuk menguruskan badan, bersenam adalah lebih kepada peningkatan tahap kesihatan dan kekuatan fizikal. Senaman yang baik haruslah merangkumi 5 pecahan berikut, iaitu kardiovaskular (stamina, dan jantung), daya tahan otot (stamina), kekuatan otot, komposisi badan, dan kelenturan
Namun dengan perkembangan teknologi yang pesat dan gaya hidup semakin kurang aktif, aktiviti fizikal di luar menjadi semakin berkurangan dalam kehidupan kerana teknologi mendahului kesihatan. Gaya hidup yang tidak aktif ini akan mendatangkan kesan yang negatif kerana ia menyumbang kepada masalah berat badan yang tidak terkawal serta penyakit.
Faedah bersenam adalah :
- Menguatkan daya tahan otot
- Tulang yang sihat
- Kawalan badan yang teratur
- Mengurangkan stress
- Mengurangkan risiko mendapat penyakit
- Jantung dan paru paru berfungsi dengan baik
- Pengeluaran hormon endorphine untuk kehidupan yang sejahtera
- Mempunyai tenaga untuk melakukan kerja harian
Tips Senaman
1. Mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum memulakan program senaman
2. Mulakan senaman dengan tahap yang perlahan sebelum ke tahap seterusnya secara berperingkat
- Mulakan aktiviti senaman dengan berselang seli 2 – 3 minit, dengan 2 – 3 minit berehat selama 15 minit
- Aktiviti perlu ditambah 2 – 3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30 minit
3. Memanaskan badan dahulu untuk mengelakkan rasa sakit selepas bersenam
4. Menyejukkan badan dengan membuat aktiviti ringan seperti berjalan atau regangan bagi mengelakkan rasa pitam
5. Perlahankan atau berhenti aktiviti jika mengalami kesukaran bernafas/ ketidakselesaan semasa bersenam
6. Pakai pakaian yang bersesuaian untuk melakukan senaman dengan selesa
7. Masa yang paling sesuai untuk melakukan senaman:
- Setiap pagi (sebelum 9.30 pagi waktu Malaysia )
- Petang ( selepas pukul 6 petang )
- Permukaan yang rata
- Suhu dan kelembapan udara terkawal
- Kawasan redup/teduh
- Tempat yang terang
9. Pastikan mengambil minuman yang secukupnya, sebelum, semasa dan selepas senaman
10. Jika ada penyakit Diabetes:
- Makan manisan sekiranya anda berasa pening kerana keadaan hipoglisemia (paras glukosa rendah)
- Pakai kasut yang berlapik dan selesa bagi mengelakkan dari kecederaan kaki.
- Jangan melakukan aktiviti fizikal ini semasa lapar atau kenyang
- Berhenti bersenam jika pening, sakit dada dan sukar bernafas
Kesimpulannya
Aktiviti fizikal ini haruslah dipraktikkan dalam kehidupan harian bagi melahirkan masyarakat yang sihat sejahtera. Oleh itu, usaha serta kempen kesedaran yang perlu giat dilakukan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa kesihatan amat penting dalam menentukan hala tuju kehidupan kita seharian.