Masalah Bekalan Air Kelantan, Perlu RM7 Billion Untuk Pulihkan – Timbalan MB Kelantan


Kelantan merupakan salah satu negeri yang mempunyai peratus penduduk yang ramai. Terdapat 10 jajahan, Kelantan turut menjadi salah satu tempat pelancongan yang digemari penduduk negeri lain. Selain tempatnya menarik, makanan di sana juga sangat enak.

Walaubagaimanapun, di Kelantan terdapat satu masalah yang tidak pernah-pernah selesai sejak puluhan tahun yang lepas iaitu masalah bekalan air bersih. Ramai dalam kalangan penduduk di negeri Kelantan tidak henti-henti bersuara akan masalah tersebut.

Meskipun ada yang mendapat bekalan air namun air yang dibekalkan oleh negeri tersebut bewarna coklat dan tidak seperti air biasa. Secara tidak langsung, perkara ini sedikit membebankan rakyat negeri Kelantan. Ekoran itu ramai dalam kalangan penduduk yang menggunakan cara lain bagi mendapatkan air yang bersih.

Masalah Bekalan Air Kelantan, Perlukan RM7 Billion Untuk Pulihkan

Terbaharu, menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro, Kerajaan Kelantan memerlukan kira-kira RM7 billion bagi menyelesaikan masalah bekalan air ini. Menurut Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, masalah utama yang dihadapi Kelantan bagi menyelesaikan masalah tersebut adalah isu kewangan.

Kata Timbalan Menteri Besar tersebut, pada asalnya kos untuk membaik pulih segala masalah itu memerlukan sebanyak RM2 billion sebelum ini namun kini sudah meningkat kepada RM7 billion.

“Dalam tempoh 30 tahun, banyak usaha yang dilakukan Kerajaan Negeri namun kekangan utama yang dialami adalah membabitkan soal kewangan. Menerusi projek migrasi air pada 2016, Kelantan sepatutnya menerima peruntukan RM2 billion daripada Kerajaan Pusat namun sayang peruntukan berkenaan tidak turun disebabkan isu teknikal dan politik.”

“Justeru pada tahun ini, kos untuk pulihkan bekalan air meningkat kepada RM7 billion dan kita sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat”

Kenyataan beliau itu dikeluarkan ketika menjawab soalan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini. Soalan tersebut telah dikemukakan oleh Datuk Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga).

Sebelumnya, Datuk Adhan mempertikaikan negeri Kelantan yang masih gagal dalam menyelesaikan masalah air kepada rakyatnya.

Bagaimanapun, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah tidak menganggap masalah tersebut sebagai kegagalan dan sentiasa berusaha serta bersikap terbuka.

“Kita tidak mengganggap isu ini sebagai kegagalan Kerajaan Negeri sebaliknya ia adalah masalah yang perlu kita hadapi. Kita sentiasa berusaha dan bersikap terbuka kerana masalah air sepatutnya sudah lama selesai sekiranya peruntukan diberikan kepada Kelantan.”, kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah

bekalan air

Walaubagaimanapun, semoga masalah bekalan air sejak 30 tahun lalu ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. Walaupun lambat namun haruslah ada sedikit perubahan. Sampai bila masyarakat dan rakyat Negeri Kelantan hidup atas masalah yang sama bertahun-tahun.

Mungkin ramai dalam kalangan kita menganggap, ianya bukan masalah yang besar memandangkan kebanyakan rakyat Negeri tersebut menggunakan cara lain seperti air boring.

Namun begitu, bagaimana dengan mereka yang tidak menggunakan cara tersebut dan seratus peratus bergantung kepada bekalan air Kerajaan? Diharapkan semoga pihak bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah tersebut dan segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan baik.

Sumber: Harian Metro

Baca juga: “Selamat Datang Ke Negara Coolandten” Respond Padu Orang Kelantan Ekoran Halau Keluar Dari Malaysia 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat