Pekerjaan di Awan Biru
SEORANG pramugari yang dikatakan berasal daripada Tuaran, Sabah ini mengakui kerjaya sebagai pramugari Malaysia Airlines (MAS) adalah suatu pekerjaan yang mencabar. Dalam pelbagai cabaran yang dihadapinya selama empat tahun, dia menyatakan isi hatinya menjaga dan melayan karenah penumpang yang pelbagai ragam.
Bagi Nurul Fatin atau dikenali sebagai Kaka Fateh, yang juga seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah pada tahun 2013, beliau terus memohon kerja sebagai pramugari di Air Asia dan MAS tetapi rezekinya terpilih di MAS. Dia juga menceburi banyak kerja lain seperti bekerja di kilang ikan, guest relations di Shangri-La Rasa Ria Resort and Spa, airport representative di Kota Kinabalu International Airport, dan juga sebagai maskot sebuah cerita animasi KungFu Panda.
Kata wanita cantik yang bekerja di udara ini, beliau bukanlah berasal daripada keluarga yang senang dan dia selalu sedar diri dan bersyukur dengan semua yang diberikan. Hidupnya berubah setelah bergelar seorang pramugari. Ikuti coretan kisah beliau.
“Ramai yang tanya tak takut ke kapal terbang terhempas? Ajal maut ketentuan Allah. Kita hanya merancang kan? Satu lagi kepada mereka yang selalu mempersendakan MH370 dan MH17 tu, sila la dewasakan sikit pemikiran anda. Gilakah mereka ingin hilangkan diri mereka dari keluarga tercinta? Gilakah mereka ingin ditembak jatuh sebegitu rupa? Kawan, sahabat, abang, kakak, makcik, adik, pakcik, dengar ni… Kami ini hanya menjalankan kewajiban kami memberi makan dan menjaga keselamatan semasa keberadaan kamu di dalam rumah kami, kami juga manusia biasa tapi kami sehabis baik bersengkang mata untuk berjaga dan menjalankan tugas sehabis baik. Sampai sekarang, selepas beberapa tahun, masih terdengar di telinga suara-suara sumbang yang berbunyi;
“Eh flight ni nanti sampai ke ke destinasi? Kita tak hilang ke?” then they laughed. ?
“Eh takut la naik flight ni nanti hilang lagi.” then they laughed as well.
Dan banyak lagi bunyi-bunyi sumbang yang lain. Jauh di sudut hati Allah sahaja yang tahu macam mana rasa sedih. Masih ada rupanya manusia tak berhati baik sedemikian rupa.
Tidak kurang jugak yang melabel pramugari ni kerja cuci tandas/murah/dan banyak lagi berbaur negatif.
Tuan-tuan dan puan-puan kerja kami sebenarnya hanya memerlukan kami menggantikn tisu-tisu yang habis dipakai dan bukan lah KEWAJIBAN kami utk membersihkan tandas TAPI DISEBABKAN kami concern dgn orang yg hendak menggunakan tandas tu, kami tolong bersihkan sebab RAMAI PENUMPANG YANG TIDAK TAHU MENGGUNAKAN TANDAS DENGAN CARA YANG BETUL. Mungkin dia memang bukan PEMBERSIH dan bertanggungjawab. Lagipun mencuci tandas tu pekerjaan mulia. Saya sangat respect makcik/pakcik cleaner tandas. Mereka ni la orang-orang yang sabar, biar bergaji kecik tp sanggup menghadap tandas. Kalau pergi luar negara, kebanyakan public toilet memang bersih padahal bukan ada cleaner 24/7. SEBAB APA? MENTALITI.Pergi lah mana-mana rumah. Kalau tandas dia kotor maksud dia memang tuan rumah yang tak pembersih dan sebaliknya. Sebenarnya nak bagitau saya rasa bersyukur sebab dapat kerja ni. Tolong bagi makan org yang lapar/haus. Bila mereka puas hati, kenyang, happy, THAT MAKES ME HAPPY. Kerja ni saya pilih sebab tiada paperwork. Tidur hotel mahal-mahal tanpa perlu bayar. Bercuti free. Macam-macam lah.
Paling best view dari kapal boleh buat kita sedar betapa indah ciptaan Allah, bertapa kerdilnya kita, betapa berkuasanya Dia. Walaupun sebenarnya saya masih tertunggu-tunggu panggilan polis, saya memang hendak menjadi polis selepas menjadi pramugari. Hopefully boleh dapat sebelum saya berusia 28 tahun. Kalau tak dapat means memang rezeki saya di atas awan. Saya redha kalau disini rezeki saya. Saya tak ada blog so saya share di sini. Mana tahu boleh bermanfaat sama orang lain kan.
So jangan putus asa kalau belum dapat kerja bagus. Kerja la apa-apa janji kita cari rezeki halal. Jangan cari shortcut. Sebab sedih tengok orang kita cantik-cantik jadi perempuan simpanan la, jadi yang tak sepatutnya padahal kita sendiri boleh cari duit untuk benda kita mahu kan? Berusaha ok? Jangan malu untuk kerja gaji rendah. Janji mulia di sisi Tuhan. Bekerja itu juga ibadah kan? So ikhlaskan hati okay? Kalau siapa-siapa perlukan nasihat saya boleh tolong ceramah hahaha walaupun tk bertauliah. Insya-Allah saya boleh tolong.”