Nampak Budak Perempuan Seorang Diri Di Tepi Jalan, Pasangan Suami Isteri Ini Nekad Selamatkan
Kanak-kanak atau budak kecil pastinya memerlukan penjagaan yang lebih. Dari dilahirkan lagi, sehinggalah usianya menginjak remaja dan dewasa. Mempunyai anak yang masih kecil ini tidak mudah, akan ada episod melelahkan para ibu bapa.
Bukan sahaja lelah dengan kedegilannya tapi turut lelah dengan kelincahannya. Lebih-lebih lagi bagi anak kecil yang terlampau aktif. Walaupun begitu, jangan sesekali biarkan anak kecil kita terlepas dari pandangan mata kita.
Nampak Budak Perempuan Seorang Diri Di Tepi Jalan, Pasangan Suami Isteri Ini Nekad Selamatkan
Sekali terlepas, macam-macam perkara yang boleh berlaku seperti kemalangan dan kejadian culik. Kebelakangan ini pula viral berkenaan dengan penculikkan kanak-kanak bagi mengambil organ dalaman. Namun masih ada para ibu bapa yang leka akan keselamatan malaikat kecilnya ini.
Seperti mana yang dikongsikan oleh Eyma Damya menerusi aplikasi TikTok , berkenaan dengan seorang budak perempuan yang kelihatan berjalan seorang diri di tepi jalan tanpa pengawasan orang dewasa.
Pada mulanya, pasangan suami isteri itu melalui jalan tersebut dan secara tiba-tiba melihat budak perempuan yang berseluar kuning dan berbaju putih. Ekoran bimbang akan nasib budak perempuan berkenaan, pasangan suami isteri ini memberhentikan kereta dan mendapatkan adik tersebut.
“Allahuakhbar nak luruh jantung wei. Terpaksa undur balik kes napok budak ni sore-sore main atas jalan. Tolonglah alert anak-anak duk mana” , tulis Eyma pada video yang dikongsikan itu.
Apabila bertanya jiran yang berdekatan, akhirnya suami kepada Eyma ini menghantarnya ke rumah. Menurut jiran kawasan tersebut, ibu kepada budak perempuan tersebut sedang berniaga.
Terima kasih sebab peka dengan keadaan sekeliling..
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ada yang mengucapkan terima kasih kepada pasangan suami isteri ini kerana peka dengan keadaan sekeliling. Turut mendoakan juga moga urusan wanita ini dipermudahkan.
“Tq coz peka dengan keadaan sekeliling. Semoga Allah SWT permudahkan urusan awak juga dear”, tulis pemilik akaun TikTok SiChubbyMr.Turtle.
Tidak kurang juga ada yang berasa bimbang memandangkan sekrang ini banyak kes ambil organ. “Banyak kes ambil organ sekarang.Allahu”, tulis Sayang you.
Dalam masa yang sama, Shaa juga sempat meninggalkan komen menyatakan, nasib juga budak perempuan tersebut berjumpa dengan orang yang baik. “Nasib jumpa orang baik, kalau jahat memang habislah. Kecilnya lagi boleh berjalan di luar.
Akhirnya budak perempuan tersebut berjaya dihantar ke rumahnya. Kejadian yang tidak diketahui dengan lebih lanjut di mana tempatnya namun semoga selepas ini pihak penjaga budak perempuan tersebut lebih berhati-hati.
Mungkin ibu bapanya terlampau sibuk dan tidak perasan si anak sudah berkeliaran. Biasalah kanak-kanak seusia begitu banyak akalnya dan lincah. Walau apa pun itu, semoga anak itu sentiasa berada dalam jagaan Allah SWT selalu.
Kredit: TikTok Eyma Damya
Baca juga: “Kita Tak Tahu Apa Masalah Dia..” Lagi Kes Wanita Ingin Terjun Jambatan Di Kelantan