Destinasi Percutian: Time Capsule Retreat, Glamping Terbaik di Pahang!

Sumber Rujukan : the capsule retreat

Bagi anda yang ingin merasai beradu dalam sebuah bilik kecil dengan persekitaran yang berlainan, ini dia “Time Capsule Retreat” yang terletak di Raub Pahang menyediakan bilik dari paip pembentung simen yang telah diubahsuai.

Bilik ini kelihatan kecil, comel dan lain dari yang lain kerana rekaan nya yang amat menarik dan berjaya menarik perhatian pelancong luar untuk merasai suasana tidur dalam bilik yang diperbuat dari paip pembentung simen. Setiap bilik juga disediakan penghawa dinginya tersendiri.

Di “Time Capsule Retreat” juga mempunyai pemandangan yang cukup indah dengan persekitaran hutan rimba dan tumbuh – tumbuhan segar.

Di sini anda boleh melakukan pelbagai aktiviti contohnya menjelajah kawasan ini menaiki ATV, mandi air terjun, menaiki jambatan gantung, mendaki bukit Panorama dan banyak lagi. Selain itu, anda boleh melawati crystal house dengan tiket masuk cuma berharga RM2 seorang. Terdapat juga aktiviti BBQ yang mengenakan caj sebanyak RM26 seorang.

Anda juga boleh melawati musium Sungai Lembing, tiket masuk hanya berharga RM2 seorang dan banyak lagi tempat yang anda boleh lawati di sini.

Time Capsule Retreat” menyediakan beberapa jenis bilik untuk keselasaan anda. Pilihan bilik yang ditawarkan di sini antaranya capsule iaitu bilik yang diperbuat dari paip pembentung simen, parallel dan white cottage. Kesemua bilik ditawarkan dengan harga yang berpatutan dan sudah pasti anda akan berpuas hati datang bercuti ke sini.

 

 

Glamping merupakan akronim atau singkatan untuk Glamour dan Camping yang membawa maksud perkhemahan yang menyediakan segala kemudahan dan peralatan serba mewah dan moden. Bayangkan penginapan di dalam hutan beralaskan tilam yang empuk serta tempat penginapan yang dilengkapi kipas angin atau penyaman udara.

Untuk anda yang ingin merasakan kelainan tidur di dalam sebuah bilik yang unik ini serta melihat pemandangan yang indah, anda harus datang ke sini.

Untuk sebarang maklumat lanjut dan membuat tempahan, anda boleh melayari laman web tertera di bawah :

Time Capsule Retreat 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat