Faktor-faktor Yang Menyebabkan Wanita Mudah Lesu & Kelihatan Tidak Berseri
Anda selalu lesu, cepat penat dan sentiasa mengantuk? Hal ini juga mengganggu aktiviti harian anda. Kelesuan, tiada seri wajah, letih serta merasa lemah badan sering terjadi khususnya kepada golongan wanita. Terdapat faktor-faktor yang menyebabkan wanita mudah lesu dan kelihatan tidak berseri yang boleh anda lihat.
Faktor-faktor yang menyebabkan wanita mudah lesu dan kelihatan tidak berseri adalah seperti berikut:
1) Peredaran darah tidak lancar
Fungsi organ dalaman badan termasuk otot boleh terganggu jika tidak dibekalkan dengan oksigen yang cukup dan nutrisi yang diperlukan. Peredaran darah yang tidak lancar juga boleh membuatkan anda berasa kebas atau sejuk pada bahagian kaki dan tangan.
2) Banyak toksin dalam badan
Toksin yang terkumpul di dalam tubuh mampu menggangu penyerapan nutrisi, membunuh bakteria baik dalam badan serta menghalang oksigen untuk bergabung dengan sel darah merah. Toksin di dalam badan juga turut dikaitkan dengan masalah kulit dan jerawat yang teruk.
3) Lenguh, sakit urat & banyak angin dalam badan
Banyak angin dalam badan boleh mengakibatkan perut kembung, sakit-sakit dalam badan dan rasa yang tidak selesa mengganggu aktiviti harian serta kekhusyukan ketika beribadah mahupun sewaktu bekerja.
4) Tidak bertenaga
Kadangkala boleh menjadi alasan untuk MALAS. Jika tidak bertenaga, AUTOMATIK badan kita akan malas bergerak sekaligus mempengaruhi perwatakan, prestasi kerja serta personaliti anda.
5) Keputihan yang luar biasa
Keputihan yang banyak, berbau busuk atau tidak menyenangkan, berwarna, pekat dan mengakibatkan gatal-gatal pada Miss V serta mampu mengganggu kesuburan wanita jika dibiarkan berlarutan tanpa sebarang rawatan.
6) Period yang tidak teratur
Paras hormon yang tidak stabil, period tidak teratur menyebabkan anda sukar mengatur masa dan aktiviti yang telah dirancang. Pengambilan ubat atau pil pelawas haid pula berisiko mendapat kesan sampingan yang tidak dingini.
7) Hubungan intim yang hambar
Kering, berbau, tiada keinginan, sakit semasa bersama pastinya memberi kesan yang mendalam terhadap diri anda dan pasangan dalam menjalani kehidupan harian.
Anda rasa perkara yang berkaitan dengan wajah yang kelihatan lesu dan kusam adalah remeh? Jika dibiarkan, sedikit sebanyak mencacatkan penampilan wanita malah ia mungkin mengurangkan keyakinan diri ketika berdepan khalayak.